MAKAN-MAKAN TAHUN BARU CINA BERSAMA KELUARGA DI WAN LI CHINESE RESTAURANT

MAKAN-MAKAN TAHUN BARU CINA BERSAMA KELUARGA DI WAN LI CHINESE RESTAURANT | MENJELANG ajer Tahun Baru Cina, benda yang paling best dan yang di tunggu selain angpow, adalah 'Makan Besar'. Sebab time makan besarlah semua ahli keluarga, kengkawan, saudara mara yang jauh dan dekat akan berkumpul bersama meraikan hari raya Cina bersama. Kebiasaannya, anak lelaki yang akan pulang kerumah orang tuanya, manakala anak perempuan, akan ikut Suaminya kerumah mertuanya. 

So memang meriah laa suasana. Biasa makan besar ni akan diadakan sehari sebelum Tahun Baru Cina, dan kemudian akan berlarutan sepanjang hari rayanya, kira-kira dalam lima belas hari macamtu. Cuma trend sekarang dah tak sama macam dulu. Kalau dulu orang tua lebih suka memasak di rumah dan berkumpul makan semeja, tapi sekarang ramai orang tua kita tak sihat, anak-anak pulak sibuk, so paling selamat dan senang, makan-makan Tahun Baru Cina bersama keluarga di Wan Li Chinese Restaurant at Renaissance Johor Bahru Hotel. 

Wan Li Chinese Restaurant adalah antara salah satu restoran dalam Hotel di Johor yang turut mengadakan promosi 'Chinese New Year Reunion Dinner' sempena Tahun Baru Cina. Yaa ianya terletak di Ground Floor Renaissance Johor Bahru Hotel. Sis dah beberapa kali jugalah ke sini mencuba pelbagai menu promosi perayaannya, so far memang masakann Chefnya terbaekkk.. puashati laa kalau ko bayar mahal sekalipun. 

Dan sekali lagi tahun ini, mereka menyediakan 𝙒𝙖𝙣 𝙇𝙞 𝘾𝙝𝙞𝙣𝙚𝙨𝙚 𝙉𝙚𝙬 𝙔𝙚𝙖𝙧 𝙎𝙚𝙩 𝙈𝙚𝙣𝙪𝙨 dengan hidangan set yang sangat menyelerakan menepati semua citarasa termasuk kaum Muslim. Yaa, restoran ni walaupun Chinese Restaurant, tapi Muslim boleh makan, but terpulanglah ya memasing. Tepuk dada, tanya selera.. gituhhh.. 

Makan-Makan Tahun Baru Cina Bersama Keluarga Di Wan Li Chinese Restaurant

Makan-Makan Tahun Baru Cina Bersama Keluarga Di Wan Li Chinese Restaurant

Dua hidangan yang mesti ada di setiap meja makan besar adalah, Prosperity Yee Sang dan Abundance Treasure Pot Poon Chai, dua hidangan ni memang menjadi kemestian setiap kali menjelang perayaan Tahun Baru Cina. Dan ini kali agak berbeza hidangan yang disediakan oleh Wan Li Chinese Restaurant pada tahun Harimau ni, kemain banyak betul abalone yang mereka sajikan dalam setiap hidangan. Puas makan, berbaloi lerr dengan harganya.. 

Untuk Prosperity Yee Sang, ada 4 jenis Prosperity Yee Sang yang di sediakan : 

Prosperity Yee Sang Abalone : RM138nett (S) RM188nett (L)
Prosperity Yee Sang Crispy Fish : RM98nett (S) RM138nett (L)
Prosperity Yee Sang Crispy Soft Shell Crab : RM98nett (S) RM138nett (L)
Prosperity Yee Sang Salmon Fillet : RM98nett (S) RM128nett (L) 

Dan untuk Abundance Treasure Pot Poon Choi ada 2 saiz di sediakan : 

Small : RM498nett 
Large : RM938nett 

Untuk hidangan Chinese New Year Reunion Dinner, terdapat 3 set menu yang di sediakan. Dan setiap menu tu berlainan menu-menunya.. Nak tulis kesemua menu pun panjang pulak, so untuk lihat menu, korang boleh ke Wan Li Chinese New Year Set Menus ni ya.. 

Dan di bawah ini, adalah antara menu-menu yang Sis cuba ketika hadir di media review Chef Table baru-baru ni.. korang nengok je laa yaa hehehe.. details set menu, nanti Sis letak di bawah tu okay.. 

Makan-Makan Tahun Baru Cina Bersama Keluarga Di Wan Li Chinese Restaurant

Prosperity Yee Sang Abalone
Huat Ah !

Makan-Makan Tahun Baru Cina Bersama Keluarga Di Wan Li Chinese Restaurant

 Double-Boiled Morels Mushroom Soup with Conpoy and Free Range Chicken
Mana ya nak cari cendawan tu, sedap beno rasa, kenyal-kenyal je gigitnya.. 

Makan-Makan Tahun Baru Cina Bersama Keluarga Di Wan Li Chinese Restaurant

Authentic Steamed "Pontian" Promfert Fish with Fragrant Mixed Garlic
Hidangan ni macam ada rasa yang kurang dek tekak Sis, sebab mybe rasa dia tak pedas, kena makan dengan cili baru okay.. 

Makan-Makan Tahun Baru Cina Bersama Keluarga Di Wan Li Chinese Restaurant

Chinese Style Risotto with Braised Abalone, Mixed Mushroom and Vegetables
Menu ni pulak lain dari yang lain, ibarat macam nasi goreng cina kuah banjir, tapi sedap.. 

Makan-Makan Tahun Baru Cina Bersama Keluarga Di Wan Li Chinese Restaurant

Chilled Lemongrass Jelly with Aloe vera and Fresh Passsion Fruits
Arghh ini paling sedap, segar gilerr ketika menghirupnya.. licin Sis sedut hahahaha

Makan-Makan Tahun Baru Cina Bersama Keluarga Di Wan Li Chinese Restaurant

Baked Homemade Nian Gao with Honey Glaze
Berbeza dengan Nian Gao yang biasa makan, biasa jenis goreng, yang ni dah macam kuih kaswi, tapi rasa dia tetap sedap.. 


Tak silapnya set yang Sis makan pada malam tu, walau tidak semua menu set dihidangkan tapi harganya dalam RM2,088nett per-table untuk 10 orang. Tu baru sikit je menunya, ada lagi banyak menunya dalam setiap set. Memang berbaloi, dari segi rasa dan harganya, korang pasti puashati. 

Dah nama pun hotel lima bintang, mestilah tempat pun selesa, luas, lapang, parking pun senang & safety dan staffnya semua patuh SOP, so korang pun kena jugalah yaa patuh SOP dan hanya 'fully vaccinated' sahaja di benarkan untuk Dine-In.. 

Dan pastikan status MySejahtera korang aktif dan jangan lupa pakai facemask dan scan dulu sebelum masuk. Tapi kalau takde facemask, mereka akan beri percuma. 

Makan-Makan Tahun Baru Cina Bersama Keluarga Di Wan Li Chinese Restaurant

Korang dah boleh start booking dan buat tempahan sekarang!. Bawa keluarga dan juga sahabat handai meraikan Tahun Baru Cina ini dengan penuh kegembiraan. 

Untuk lihat lebih banyak gambar, korang boleh ke Facebook Page akusislin okay .. 

 𝗖𝗡𝗬 𝗥𝗘𝗨𝗡𝗜𝗢𝗡 𝗗𝗜𝗡𝗡𝗘𝗥 | 𝟯𝟭 𝗝𝗔𝗡𝗨𝗔𝗥𝗬 𝟮𝟬𝟮𝟮
🕰️ Session 1 : 5pm to 7pm
🕰️ Session 2 : 8pm to 10pm 

𝗪𝗔𝗡 𝗟𝗜 𝗖𝗛𝗜𝗡𝗘𝗦𝗘 𝗡𝗘𝗪 𝗬𝗘𝗔𝗥 𝗦𝗘𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗨 𝗔
RM1788 nett per table of 10 persons
RM1088 nett per table of 6 persons

𝗪𝗔𝗡 𝗟𝗜 𝗖𝗛𝗜𝗡𝗘𝗦𝗘 𝗡𝗘𝗪 𝗬𝗘𝗔𝗥 𝗦𝗘𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗨 𝗕
RM2088 nett per table of 10 persons
RM1288 nett per table of 6 persons

𝗪𝗔𝗡 𝗟𝗜 𝗖𝗛𝗜𝗡𝗘𝗦𝗘 𝗡𝗘𝗪 𝗬𝗘𝗔𝗥 𝗦𝗘𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗨 𝗖
RM2488 nett per table of 10 persons
RM1488 nett per table of 6 persons



P/S: Lama tak jumpa ahli JDT Blogger dan JOCOM, bila dah jumpa, riuh seHotel hahahaha.. 

14 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. tgk gmbar je dh tau sedap apa lagi rasanya..😊🤗😋😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan, tertelan-telan air liur kan hahahaha

      Delete
  2. Dah lama tak makan chinese food..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba ni Aini, sedap-sedap semuanya..

      Delete
  3. Replies
    1. Betul, semua menarik, sedap dan harga berbaloi sangat ..

      Delete
  4. Tak lama lagi CNY akan tiba..kaum cina bole merai makan besar bersama keluarga ....Chilled Lemongrass Jelly with Aloevera and Fresh Passsion Fruits sedapnya sbb tgh cuaca panas skarang ni...dpt dessert sejuk222 nyaman rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap Mama, sejuk aje masuk dalam tekak, rasa nak cari gak resepinya, nak cuba..

      Delete
  5. Aduhai meriahnya juadah dia. Terus teringat kampung plak bila CNY nie. Kalau dulu2 arwah nenek dan atuk akan kirim angpow time CNY. Hehe.

    Eh. Bila nak ajak makan lagi nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Rawlins, mengimbau kenangan betul.. now banyaknya beli dan makan di restaurant aje..

      Jom ar Johor, kita makan-makan...

      Delete
  6. ya ampun makanannya mmg meriah ya.. terliur kita wakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr Wak.. makan tersandar kenyang kita hahaha.. nasib baik balik tak merangkak hahahaha

      Delete
  7. CNY dishes nampak sedap. Itu Yee Sang sangat besar. Best memang untuk CNY bersama kawan kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Sang dia meriah dengan abalone, rasa pun sedap sangat...

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment