SELAMAT HARI LAHIR MAT GEBU @ ADNAN IBRAHIM

SELAMAT HARI LAHIR MAT GEBU @ ADNAN IBRAHIM | Hari ini 8 Januari 2022, hari istimewa buat rakan blogger Sis, Mat Gebu atau lebih di kenali dengan Adnan Ibrahim (FB), empunya blog Dapur Tanpa Sempadan yang Sis kenal sudah 14 tahun lamanya. Perkenalan dari alam maya (dunia blog) membawa kepada facebook, dan seterusnya berjumpa face to face, dan hingga ke harini, inilah rezeki persahabatan kami yang Allah pelihara. Alhamdulilah.

Harini Mat Gebu masuk umur 46 tahun, dia sebaya dengan Sis tahun 76, cuma dia kira macam abanglah sebab dia awal tahun kan, Sis pula bulan November. Dan harini hari lahirnya, maka dengan itu automatiknya dia dah TUA setahun dari Sis hahahaha..

Agak lama tak berjumpa dan kerumahnya di Sedenak sana. Last jumpanya masa arwah Mak Sis meninggal, Mat datang sekeluarga. Then bermula PKP hinggalah sekarang, kami tak berjumpa. Ye laa walaupun boleh aje menziarah, tapi Sis faham, Mat Gebu punya orang tua dan agak tidak berani nak merisikokan diri untuk berjumpa dengan sesiapa. Yang faham ye faham, jenis tak faham, kang kata orang sombong plak, hurmmm.. 

Sis dah faham sangat Mat Gebu tu, dia tak pernah meyombong ke, bangga diri ke, tinggi diri ke, orangnya memang humble dan sangat merendah diri, cuma badan je gebu hehehe.. Kalau datang ke rumahnya tak pernahnya lapar, balik sentiasa kenyang, siap kekadang tu dia bagi 'tapau' lagi hahahaha..

Selamat Hari Lahir Mat Gebu @ Adnan Ibrahim

Arghhh rindunya dengan kopiO air tangannya., Biasa kalau ke rumahnya, Sis akan pergi dengan sahabat sorang lagi, Suejoshua. Kalau dah ke sana, susah betul oii nak balik hahahaha.. selagi jam dinding Mat tu tak bunyi soploh kali, selagi tu duk berborak, lagi Maknya Mat,Mak Yah tu kalau bercerita, sakan khusyuk kami mendengarnya..

Tak semua orang boleh jumpa dan kenal dengan lebih dekat dengannya. Rezeki Sis yang sekepala dengannya dan kami gila-gila sikit, makanya kami serasi bersama, sangat rendah diri orangnya, yang dah pernah jumpa atau kenal dia, mesti tau kan perbatasan kehidupan dia, bukan sembarangan punya orang yang ko boleh main sondol je, kena hormat pendirian dia dan jaga budi bahasa ketika dengannya, silap haribulan, engko tak jumpa jalan balik keluar Sedenak tu hahahaha...

Tapi bagi Sis, Mat Gebu sangat pemurah, baik hati, lemah lembut dan sopan santun dalam bicara dan hormat orang tua, susah nak jumpa orang macam dia tu, menjaga orang tua bagai menjaga nyawanya sendiri. Tahniah Mat..

Selamat hari lahir buat ko Mat. Aku doakan moga ko di murahkan rezeki, dipanjangkan umur, bahagia dan ceria selalu bersama insan-insan yang ko sayang dan hidup ko sentiasa di rahmati Allah swt. Aku akan sentiasa ingat jasa baik ko sekeluarga dan akan ingat selalu ingat nasihat dan pesanan ko buat aku. Terima kasih Mat. 

Ada yang tanya, Mat Gebu tu pompuan ke lelaki?
Hahahaha soalan tu bertahun-tahun orang tanya, takde soalan lain ke aaaaa....next!

Facebook : Adnan Ibrahim
Facebook Pages : Tiffinbiru Dot Com 
Instagram : Mat Gebu


P/S: Sesekali nak skodeng laaa Mat ni hahahaha tengok bumbung pun jadi lerrr 😂

4 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment