HUJAN TANPA HENTI SEPANJANG PERJALANAN DARI IPOH KE JOHOR

HUJAN TANPA HENTI SEPANJANG PERJALANAN DARI IPOH KE JOHOR | HUJAN itu rahmat, tapi kalau hujan tu berterusan terus, jadi trauma okay tengok hujan. Sis yang tak terkesan dengan banjir pun, naik risau bila tengok hujan tanpa henti sepanjang perjalanan dari Ipoh ke Johor. Mana laa tau, kang sangkut jem ke apa, dah buang masa kan. 

Ipoh ke Johor bukan dekat, tambah jem kang, naik kematu lerr punggung. Tapi alhamdulilah, dua hari satu malam, perjalanan Sis dan Suami Allah permudahkan. Memang timing kami gerak dari Ipoh ke Johor semalam elok sangat. Walau hujan sepanjang perjalanan tapi perjalanan tu mudah. 

Sis ke Ipoh pada hari Sabtu pagi untuk hadir ke majlis perkahwinan sepupu Sis di Rumah Putih,Ipoh sana. Pagi Sabtu, kami gerak dalam jam 7am macamtu dari Pasir Gudang cuaca elok, cuma ada laa renyai gerimis di satu dua tempat masa perjalanan, tapi takde lebat macam semalam. 

Sempat juga kami singgah makan di Kari Kambing 40 Hari untuk alas perut sebelum gerak lebih jauh hehehe.. lepas makan terus gerak ke Ipoh tanpa henti. 

Hujan Tanpa Henti Sepanjang Perjalanan Dari Ipoh Ke Johor

Dari Pasir Gudang sampai ke Kuala Lumpur Suami drive, lepas tu stering bertukar, Sis pulak drive sampai ke Ipoh. Bila Suami dah lelap, apalagi.... kaki ni tekan pedal minyak pecut terus hahahaha.. tau-tau 'Oit dah sampai Ipoh?' kata Suami hahahahaha...

Sampai Ipoh mencarilah Hotel yang anak Sis,Kakak booking, yaaa dia yang uruskan semua penginapan Mak dan Ayahnya ni.. so sampai sana terus aje ikut waze. Yang bestnya, laaaa dekat jerr lepas masuk bandar Ipoh, betul-betul Hotel kami ni sebelah AEON Kinta City,Ipoh hahahaha.. senang nak tuju. 

Hotel 1969 Busines Suites @ Ipoh Garden namanya. Kira tempat ni bukan macam bangunan hotel, tapi lebih kepada macam apartment service orang meniaga macamtu. Bawahnya penuh dengan kedai-kedai kopi hipster sesajerr. Tapi serius selesa giler biliknya dan tempatnya cantik sangat. Nanti laa Sis cite di lain post pasal hotel ni ya.. 

Malamnya pun pergi majlis kahwin sepupu Sis tu, hujan masyaAllah lebat gilerrr. Nak taknak kami redah jugalah. Tempatnya pulak terbuka ala wedding dalam taman gitu, so ko faham-faham aje laa keadaan lecaknya macam mana, adoiii.. habis tumit tinggi aku hahahahaha.. 

Hujan Tanpa Henti Sepanjang Perjalanan Dari Ipoh Ke Johor

Di sebabkan hujan, tak dapatlah nak borak lama masa kenduri kawin tu. Pakcik Makcik Sis pun lepas bergambar entah kemana perginya. Sebab orang ramai, so Sis memang fobia oii.. so apalagi, terus aje kami balik. Cuaca masih lagi hujan sampai ke bilik hotel, tido manyak syokkk, sejukkkkk.. 

Esoknya nak check-out, paginya turun sarapan, ingat ke dah tak hujan, ehhhh hujan jugaaaa.. Kami check-out awal sebab Suami ada urusan kerja petang tu. Dan sepanjang perjalanan dari Ipoh tu memang Suami drive, lebattt oiii hujan. Kemudian sempat kami singgah di Kuala Pilih makan tengahari, apalagi cari Lomak Daging Salai lerr.. 

Lepas makan, dari Kuala Pilih Sis drive sampai Machap. Sebab hujan semakin lebat.. Bila sampai Pasir Gudang barulah hujan gerimis tapi tetap hujan.. sejukk kemainn weiiii... nasib masa di Ipoh kami ke AEON, sempat soping baju tebal hahahaha.. ada gak gunanya pakai semalam. 

Apa-apa pun alhamdulilah, selamat dah perjalanan kami. Walau singkat tapi penuh dengan penceritaan ..Dan tahniah buat sepupu Sis,Fifi untuk perkahwinan kali keduanya, moga kekal bahagia hingga ke Jannah.. aamiinn.. 


P/S: Sampai Ipoh, apalagi, memborong Kopi Ipoh dan juga LImau Bali lerrr hehehehe.. 

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Alhamdulillah perjalanan lancar... Memang sekarang ni hujan di mana-mana, kita kena berhati-hati. Apapun, Selamat Pengantin Baru buat sepupu Sis Lin ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Cik TK, pemanduan tu kena hati-hati, time hujan kadang memang semua kereta slow..

      Delete
  2. Kita kalau hujan2 ni tak menahan asyik nak berhenti pi toilet aje, siksaan sungguh kalau long distance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe samalah kita, rasanya 4 perhentian kot benti kencing hahaha

      Delete
  3. Limau Bali tu faveret. Untung husband sis wife dia boleh drive..kalau husband Ammi padan muka dia drive sorang2 hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Ammi, kalau ke Ipoh memang ole-olenya limau bali laaa kan..
      Lin lebih suka drive dari duduk sebelah hehehe

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment