TUTUP BUKU LAMA, BUKA BUKU BARU

TUTUP BUKU LAMA, BUKA BUKU BARU | ORANG kata, yang dulu tu, dululah. Lupakan. Yang sekarang, sekarang..hurmmm tapi ingat senang ke nak lupakan? Oh tidakkkk, bukan semudah itu nak melupakan, lagi pulak kalau perkara itu sangat menyakitkan. Lain orang lain pandangan dan perasaan. 

Ada certain kes Sis boleh lupa, forgive and forget, but ada certain tu, kalau Sis dah tak suka, dah benci, dah nyampah... akan selamanya Sis pendam.. dendam tu belum lagi.. cuma 'aku BENCI'... 

Tapi untuk certain yang boleh Sis lupakan tu, Sis anggap perangai orang yang menyakitkan hati kita tu sebagai ‘cerita lama’ kerana ia berlaku di masa lepas (masa yang lama) dan sudah pun berlaku. Tak menyumbang pada kemajuan diri kalo diingat selalu.

Kita kena bukak cerita baru dan elak untuk cakap balik cerita-cerita lama. Jadikannya sejarah hidup sahaja. Jadikan hari ini adalah lebih baik dari hari kelmarin, dan hari esok adalah pemulaan hari baru yang membahagiakan

Setiap manusia tidak akan pernah lepas daripada melakukan kesilapan. Itu lumrah. Namun, selama kita hidup, pernahkah terdetik dalam hati kita untuk berubah? Jika benar kita pernah melakukan kesilapan, bertaubatlah. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima taubat dan Maha Pengampun.

Jangan tarik balik keburukan lalu ke masa kini kerana ia akan mencemarkan kebahagiaan yang kita nak rasai sekarang. Nak berjaya, kita perlu sentiasa bersemangat. Nak sentiasa bersemangat, kita perlu sentiasa gembira.

Kita akan jadi tidak gembira apabila kita selalu ungkit balik cerita-cerita di masa lepas, iaitu cerita lama kita. Maknanya, masa depan kita pun tak ada guna kalau macam tu sebab kita selalu ungkit balik cerita yang dah lama. Kesannya, tak majulah kita. Mereput situ.. 

Lupakan kesilapan lalu, kerana mengingatinya tidak akan memberi apa-apa makna lagi kepada kita. Masa tidak akan dapat diputar. Namun, diri kita masih boleh diperbaiki. Setiap apa yang kita lakukan bermula dengan niat. Niat itu datangnya dari hati. Jika bersih hati kita, maka bersih jugalah niat dan pilihan kita. Namun, jika hati kita telah hitam, maka hitam lah jalan yang dipilih.

Tutup Buku Lama, Buka Buku Baru

Jangan pandang belakang  walau seburuk manapun situasi yang berlaku di masa lalu. Masa lalu biarlah kita tinggalkan supaya kita dapat membentuk masa depan yang lebih gemilang buat diri kita. Tapi bohonglah kan kalau kata mudah lupakan. Tiap kali ingatan kita terputar balik ke masa lalu, sebenarnya minda kita sedang memerangkap kita. Kita kena menguasai minda, bukan kita yang dikuasai minda melalui mainan emosi kita sendiri.

Fikiran yang matang adalah fikiran yang dikuasai oleh rasional, bukan dikuasai oleh emosi. Fikiran kita ni bila dikuasai oleh emosi dan kita pun bercakap jadi agak beremosi, kesannya kita rasa sukar untuk melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita, walaupun cuma kesalahan kecil. Untuk mematangkan fikiran, Korang kena kawal emosi. Sekarang pun Sis tengah kawal emosi tengah menaip ni. Rasa nak nangis pun ada ni.

Setiap hari, latih diri untuk mengawal emosi dan elak untuk berkata dengan penuh emosi. Kawal rasa nak marah, kawal rasa geram, sakit hati serta perasaan-perasaan lain yang serupa dengannya kerana dengan mengawal semua emosi tu, kita sudah melatih diri untuk sentiasa berfikiran rasional, bukan befikiran emosional.
Tutup Buku Lama, Buka Buku Baru


Bersyukurlah kerana kita masih hidup pada hari ini. Itu tandanya ALLAH masih memberi peluang untuk kita bertaubat. Bukankah ALLAH Maha Pengasih dan Maha Penyayang?. Pernahkah kita berfikir yang kita akan mati secara tiba-tiba? Sudah bersediakah kita untuk menghadapinya? Bersediakah kita untuk bertemu ALLAH? Apakah yang akan kita bawa untuk menghadap ALLAH? Pahala-pahala kita? Atau dosa-dosa kita?

Takut melakukan kesilapan? kita perlu ingat.. semua manusia akan melakukan kesilapan. Ya, memang kita tidak mahu melakukan kesilapan, ia membuatkan kita kecewa dan sedih. Oleh itu kita kena lah belajar dari kesilapan kita, jadikan kesilapan itu satu pengajaran dan pengalaman hidup supaya kita lebih berhati-hati dalam setiap langkah.

Jika kesilapan itu tidak melibatkan orang, simpanlah sebagai rahsia hidup korang. Dan berusahalah kearah pembaikan supaya kesilapan itu tidak berulang. Jika melibatkan orang lain, cuba sedaya upaya memohon maaf dan berterus terang dengannya supaya tidak menjadi semakin besar dan rumit.. berusahalah perbaiki kesilapan tersebut supaya tidak bertambah parah. dan yang paling penting kenalah belajar supaya tidak berulang.

Jadi, tutup buku lama, buka buku baru. Biarkan kenangan lalu menjadi pengajaran buat kita. Agar kita sedar letakknya diri kita di dunia ini. Tutup buku lama, buka buku baru. Tutup aib lama, jadilah dirimu yang baru. Kerana itu adalah sebaik-baiknya. Aku yakin, jika kita berubah kerana ALLAH, insya'ALLAH, ALLAH akan bantu kita.


P/S: Hanya 'dia' aja yang aku takkan maafkan selamanya... sekian... 

8 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Selamat Tahun Baru sis! Moga 2022 membawa kebahagiaan dan kejayaan buatmu.. Moga sentiasa dilindungi Allah.. Amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru Non.. Moga yang baik-baik aja buat ko yaa Non...

      Delete
  2. Ada yang boleh maafkan tapi susah nak lupakan. Ada yang mudah dilupakan sampai terlupa juga dah maafkan atau belum. Ada yang dengan mudah maafkan dan lupakan. Tapi paling bahaya susah nak maafkan apatah lagi melupakan. Ini hakikat kita manusia kan Sis. Sebab PC juga begitu. Supaya sentiasa waspada dan beringat.

    SELAMAT TAHUN BAHARU SIS SEKELUARGA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa PC, ada certain kita boleh maafkan, tapi bila sesuatu yang menyakitkan, memang sampai bebila laa takkan dapat maafkan dan lupakan..

      Selamat tahun baru juga buat PC ..

      Delete
  3. atie pun ada " dia " yang atie tanak maafkan juga :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada benda kita boleh terima, ada certain, ianya terlalu perit untuk kita hadap kan Atie..

      Delete
  4. Kadangkala tu boleh maafkan, tapi sukar untuk melupakan. Tapi dari rasa sukar melupakan ini, ia dijadikan pengajaran supaya kita boleh jadi lebih berhati-hati di masa akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. sukar memaafkan jika ianya dah buat luka yang mendalam...

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment