MAKAN LEMPENG CECAH ASAM PEDAS SEMALAMNYA, SEDAP!

MAKAN LEMPENG CECAH ASAM PEDAS SEMALAMNYA, SEDAP! | KITA ni Mak-Mak kan, memang susah laaa nak membuang sisa makanan, lebih lagi kalau masih elok kan. Kena pulak asam pedas, makin lama di panaskan, makin sedap lerr rasanya. 

So kelmarin tu ada masak Asam Pedas Ayam, dan semalamnya ada baki dua ketul lagi, fikir punya fikir, sebab malas nak masak nasi, so semalam sebelum Maghrib, Sis buat lempeng ajer.. nanti bolehlah Suami balik kerja tu makan lempeng ajer, tu pun kalau dia nak makan malam. 

Lately ni kerja banyak katanya, balik pun lambat, makan jadi tak selera, balik mandi terus tido ajer. Kadang siap Sis tertidur, tau-tau Suami kejut ajak naik atas. Hurmm sian laa, tapi gitulah kan kalau nak senang, susah-susah dulu pendapatan, senangnya kemudian..alhamdulilah..

Makan Lempeng Cecah Asam Pedas Semalamnya, Sedap!

Cantikkan pinggan Ninso tu kan hehehe.. 

Memang sajerr buat tebal-tebal, bior puas sikit mengigit lempengnya. Tak kira pulak dapat berapa keping, Sis makan dua keping ajer. Pastu lebihnya anak bujang balik makan, dan di tinggalkan Ayahnya 3 keping, Suami balik makan, licin.. terus cuci pinggan hehehehe...

Sejak-sejak ni memang Sis control makan nasi, tapi lempeng tu pun berat jugakan hahaha, tak kisahlah, janji ada makan, tak makan kang, sakit lain pulak timbul. Sudah-sudah lerr penyakit yang ado ni, tak mampu nak nanggungnya weyyy.. 

Harini insyaAllah, jika dengan izinNya, sampailah Sis puasa harini. Cuaca pun panas di Johor ni, lama tak hujan.. pokok nak kena siram je hari-hari, nasib takde tanam pokok keladi, kalau tak, ermmm satu kerja pulak nak membelek hahahaha.. 

Plannya konon nak goreng mee ajer buat berbuka, tau-tau Suami call, suruh masak juga Sup Ekornya, semalam tak jadi masak, sebab katanya balik lambat.. so kita masak harini laaa.. Korang yang ada baki asam pedas tu, haa apalagi, bolehlah makan lempeng cecah asam pedas semalamnya, sedap woooo.. 

Korang masak apa?.. 


P/S: Macam nak drive ke Jusco kejap laa, nak beli kasut jalan huhuhu.. 

8 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. kita punya asam pedas, tak sempat buat lempeng sejak Iman dah rajin membekal, kita pun join sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe rumah ni dah mula dah masak tak habis, sebab dah takde sapa nak makan Kak..

      Delete
  2. Sedap plak tengok Lempeng dgn asam pedas.. kenyang juga la kan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, lagi plak asam pedas semalamnya, bertambah lagi sedap...

      Delete
  3. alamak lapar plak tgok post ni hehehe. btw singgah follow blog akak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. silalah buat dan mencecah yaa..
      Salam kenalan juga Faezah..

      Delete
  4. eh geram tengok presentation dia. macam makan kat hotel pulak

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment