MENU MAKAN MALAM TAHUN BARU CINA

MENU MAKAN MALAM TAHUN BARU CINA | ALHAMDULILAH untuk rezeki malam Tahun Baru Cina ni, Sis hanya masak goreng Mee Hoon ajer. Mulanya rancang nak masak memacam, tapi adik-adik pulak memasing selsema, so semua tak dapat nak datang, tunggu dah sihat barulah semua datang berkampung di rumah Sis.

Kalau tidak, jangan kata Mee Hoon goreng jer ado, mau penuh satu meja tu kang hehehehe.. walau apa pun masak tetap masak, sebab ada mulut dan perut yang perlu di isi, ada kang yang balik kerja tu mencari makanan nak makan. 

Siang tadi kebetulan last minit keluar makan tengahari dengan kengkawan Geng Bas Sekolah, sekali Sis nak bagi mereka limau, plan berjumpa laa kami di mana lagi kalau bukan di SDS Bakery & Cafe di Johor Jaya tu haa.. bila dah di sana, Sis dah plan nak beli sebiji kek untuk makan Sis dan anak bujang. Tapi kena pilih kek yang Ayahnya makan, so Sis amiklah kek Merry Berry tu. 

Menu Makan Malam Tahun Baru Cina

Kek tu memang sedap, rasa manis-manis masam tapi tidak terlalu manis. Kecik ajer saiznya tak besar, cukuplah nak makan bertiga ajer. Jadi menu tambahan kami. Ada buah limau, ada biskut Tart Nanas dari SDS juga, dan ada Sis gorengkan Fish Cake untuk anak bujang juga. 

Mula nak stimkan DimSum, tapi takpelah, simpan tunggu adik-adik ajer nanti, makan reramai lagi syokkk.. Tu pun Sis takut gak, takut Suami balik bawa makanan lain pulak, biasa tiap tahun macamtu. Kadang bawa Satay, ada masa di belinya Ikan Stim Nyonya, dan datang mood baik, di belikan Ketam Black Pepper, tu yang Sis duk fikir ni. 

Nak col bagitau jangan beli apa-apa, malas pulak, so takpe la, kalau ada ye makan, kalau takde takpe.. 

Menu Makan Malam Tahun Baru Cina

Cuma frustnya, goreng Mee Hoon kali ni, takde taugeh, takde sawi hijau, tu yang nampak bodo jer Mee Hoon tu, hanya ada kobis, udang dan sotong ring jer. Nampak pucat lesi ajer Mee Hoon Sis tu kan, tapi anak bujang suka laaa kalau kosong tu, nasib baik dia kata 'sedap' hahahaha..

Berani dia kata tak sedap, memang kang majuk Maknya tak masak seminggu hahahaha.. 

Alhamdulilah untuk rezeki harini, malam ni juga adalah 'makan besar' untuk semua kaun Cina yang menyambut Tahun Baru Cina. Dan malam ni mulalah perang mercin dan bunga api. Syok gak tunggu kang kannn.. 

Okaylah.. selamat menjamu selera korang.. 


P/S: TAHNIAH buat Nealofar selamat melahirkan anak lelaki, Muhamad Bilal Bin Muhamad Haris ❤

8 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Replies
    1. Yaaa Kak, tahun mencabar dan berani katanya...

      Delete
  2. makan besar dan dapat rezeki yangb baik-baik punya

    ReplyDelete
  3. macam beso kemain ehkk sotong ring tuh.. geramm pulakk nengok ehk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr Ain beso gilerr, tapi kureng sedap laaa, sebab liat.. sedap lagi sotong biasa ajaa..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment