HARI ISNIN TERAKHIR DI BULAN JANUARI

HARI ISNIN TERAKHIR DI BULAN JANUARI | SELAMAT pagi Isnin buat semua orang, moga korang semua dalam keadaan sihat dan baik-baik aja. Kesihatan Sis pun sudah baik, bertambah sihat dan cergas pun ya. Lepas tiga empat hari cucuk booster ni, tenaga tu macam double sikit rasa sihatnya, tak mudah mengantuk, cepat berpeluh dan alhamdulilah kalau jalan jauh sikit ke buat kerja lebih ke, takde plak rasa mengah macam sebelumnya. Harap ianya satu tindak balas yang baik untuk diri Sis. 

Lain body lain ler rasanya kan, so far alhamdulilah badan Sis boleh terima booster ni, kesan lepas cucuk booster tu kejap jer sakitnya, then dah okay dah ni. Janji boleh buat diri sihat sudah laaa, malas lerr nak fikir hal-hal yang berkaitan. Bagi yang tidak sesuai atau teruk selepas cucuk booster tu, bertabahlah. Nak tuding jari memana pun susah juga. Yang taknak cucuk booster pun, semuanya hak memasing. Ikutlah mana yang baik untuk diri sendiri ya. 

Untuk pagi ni, kita chill-chill sudah laa, kan esok nak raya hahahaha.. Yaaa meriah sungguh kan tahun ni kaum cina sambut raya, dah dua tahun ko tak sambut raya, so semalam bila Sis dan Suami ke Jusco Permas mencari hamper untuk di hadiahkan kepada kengkawan Cina, wowww meriah sana sini dengan suasana 'merah'.. sangat seronok Sis, turut tumpang membeli gak baju-baju dan perhiasan mereka hahahaa.. 

[Baca Juga] : Zikir Hari Isnin 

Macam biasa lerr, beli apa, kalau tak pokok buluh hiasan dan juga bunga blossom sakura tu, cantikk gilerr.. makaseh laa kat Suami yang melayan. Tu yang pagi ni mood manyak baikk, senyum ajerr bangun tido, sebab kejap lagi mau hias letak itu pokok buluh hahahaha.. 

Dan harini juga adalah hari terakhir di bulan Januari, kejap sungguh ya dah sebulan, tau-tau ehhh masuk bulan Februari dah. Maka bila tiba bulan Februari esok, sedia maklum, Sis akan 'berehat' dari semua event rancak sana rancak sini seketikan sehingga bulan March mendatang. Walaupun jemputan Buffet Ramadhan sudah mula masuk hohohoho..

Berehat kenapa? Bukan menjaga badan ya, tapi menjaga dalam banyak segala hal untuk urusan seterusnya. But untuk duduk update di blog tetap ON seperti biasa, cuma dalam dua bulan ni, takde laa korang nampak Sis update posting media food review/event memana ke.. mungkin akan ada satu atau dua sahaja ler, tapi takkan seperti macam dulu-dulu, pantang di jemput, semua ko sapu hahahaha.. 

Ada ketikanya memang penat rasa... entahlah susah nak di luahkan.. simpan untuk diri sendiri ajer. 

Hari Isnin Terakhir Di Bulan Januari

[Baca Juga] : Kelebihan Hari Isnin 

Each time you make a good decision or do something nice or take care of yourself; each time you show up to work and work hard and do your best at everything you can do, you’re planting seeds for a life that you can only hope will grow beyond your wildest dreams. Take care of the little things—even the little things that you hate—and treat them as promises to your own future. Soon you’ll see that fortune favors the bold who get sh*t done.

  •  Jika korang mahu membuat sesuatu, korang akan cari jalan. Jika korang tidak mahu membuat sesuatu, korang akan cari alasan.
  • Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia
  • Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.
  • Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman
  • Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja
  • Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Moga harini ini akan lebih baik dari sebelumnya.. 
Jom makan telur.. 


P/S: Harini 'makan besar' nak order jer makan Extra-Ong Egg Marry Brown hahahahaha.. 

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Salam Isnin Sislin. Hari ni cam lemau sikit sbb Jun tak ambik cuti hahaha! kalau tak boleh la pegi jenjalan ke, camping ke :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii Carneyz.. syoknyaa kalau dapat pi camping yaaa...

      Delete
  2. hari ini bosan sebab pergi pejabat tak ramai orang kerja pun tak berapa ada, tapi malas nak amik cuti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kalau cuti pun tak kemana, baik kerja aja kan Dana..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment