SARAPAN PAGI MAKAN RENDANG ITIK DI NASI KUKUS AYAM DARA ORIGINAL 2004

SARAPAN PAGI MAKAN RENDANG ITIK DI NASI KUKUS AYAM DARA ORIGINAL 2004 | MASIH ingat kesah Sis ke Kuala Lumpur dan makan malam bersama Geng KAMIE tu? Yaaa esoknya Sis sarapan pagi bersama mereka lagi. Sebab malam tu macam tak puas pulak nak berbual dan jumpa kan, so paginya kami berjanji sekali lagi makan sarapan bersama. 

Berjanji dalam jam 9.30am, so Sis dah Suami terus ajer kemas-kemas dan check-out terus. Retna mesej kata kita makan di Nasi Kukus Ayam Dara Original 2004 di Taman Melati. Tapi kalau waze, dia keluar Nasi Lemak Marbelous pulak, tapi sampai di tempat yang sama gak. Takpe laa janji sampai.

Dari tempat Sis menginap, Hotel Armada Petaling Jaya tu agak jauh juga laa, sebab masuk Kuala Lumpur semula, tapi pepagi jalan tak jem, so cepat ajer sampainya. Kebetulan memang lalu sana sebab nak ke Shah Alam dulu amik Sunah then baru gerak sesama balik Johor. 

Sarapan Pagi Makan Rendang Itik Di Nasi Kukus Ayam Dara Original 2004

Di sebabkan masa sampai tu geng-geng lain dah sampai, duduk pun di belakang, bila nak amik makan, terlupa pulak nak bawa kamera amik gambar makanan mereka, so dapatnya amik gambar dalam pinggan sendiri aje laa hahahaha.. 

Tapi meriah weii makan sini, cuma parking agak susah sikit, nasib baik Mini, so senang ler selit je parknya. Menu-menu mereka memang banyak dan happening, siap Suami tunjuk Ikan Patin Lomak Tempoyak lagi, tapi sebab pagi sangat, so tekak tu belum nak makan. 

Bukan apa, Sis dah terpandang Rendang Itik tu haaa, tu yang terus makan Nasi Lemak tuuu.. minta seketul rendang itik, letak ayam seketul dan ceduk Kerabu Taugeh tu sikit, perghh dia punya pergi.... terus pergi ke hati awakk hahahahaha.. 

Sarapan Pagi Makan Rendang Itik Di Nasi Kukus Ayam Dara Original 2004

Kat sini juga korang boleh sarapan Roti Canai, pun ada, tapi masa kami sampai tu, orang agak ramai, so dalam jam sepuluh macam tu, roti canai dah habis dah.. punya lajuu ekkk, tapi memang sedap roti canainya sebab Shai makan roti canai. 

Kuih-muih dia pun banyakkk, memang meriah laa makan sini, puashati.. next time turun Kuala Lumpur boleh pakat-pakat makan sini lagi.. alhamdulilah walaupun sekejap puas jugalah berjumpa dengan Geng KAMIE ni semua. tu pun memasing dah plan untuk next travek, moga semuanya sihat dan kita boleh jalan-jalan naik tuttt tutttt ramai-ramai okay.. 

Waze : Nasi Kukus Ayam Dara Original 2004
No pt 22, Jalan Taman Melati, 53100 Kuala Lumpur
Buka jam 7am - 8pm 

Thanks korang semua.. 

Sarapan Pagi Makan Rendang Itik Di Nasi Kukus Ayam Dara Original 2004

Lepas sarapan terus ke Shah Alam amik Sunah untuk pulang ke Johor sama-sama. Sunah baru balik dari Sarawak dua hari sebelumnya, so Sis yang mengajak dia sekali balik dengan Sis. Tu yang kemain banyak ole-ole dia bagi dan bawak balik, termasuklah ada penumpang di belakang tu haaa hahahaha.. 

Sunah ni dah jadi peminat pokok keladi, segala jenis keladi boleh di katakan dia ada, dan dia juga ada menjual kalau ada sapa-sapa nak membeli, boleh jer contact terus dengan Sunah. Rumah dia dah macam nurseri pun ado hahahaha.. 

Takpelah, janji hobi dia tu menyihatkan dan buat dia happy. So muka ada manyak senyumm, kalau tak, tiap kali Sis nengok muka dia, nampak stress sangat eeeee.. sabar.. 

So bila lagi nak ke Kuala Lumpur.. esok... hahahahahahhaa


P/S: Moga Allah pelihara persahabatan kami semua hingga ke Jannah ❤

16 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Sedapnyer rendang itik
    Ndak2 kalau dapat itik serati/mascorvy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Wak, sangat sedap, terasa-rasa sampai sekarang...

      Delete
  2. Awas ya ole2 kak sunah. penuh kotak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tau takpe, klas ko duduk belakang hahahaha

      Delete
  3. Moh ler mengopi..eh sedap betul rendang itik tu sis lin..rasa nak g beli lak itik sekor..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa betul, rendang itik yang ada kuah sikit tu, sedap gilerrr ...

      Delete
  4. Lama tak makan nasi kukus. Apatah lagi itik... menarik nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try sini kalau berdekatan, memang sedap sagatttt...

      Delete
  5. Rawlins tak makan itik walau berdarah Cina hahaha
    Nanti nak try breakfast sini la, kalau daku gigih nak drive ke sana haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe try arr Rawlins, Sis pantang jumpa hahahaha..

      Delete
  6. Rendang itik dapppnyaaa. Lama xmakan daging itik. Manalah nak dapat dekat banting nie oiii. Jadi mengidam pulak bila baca entri sis lin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa rendang itik dia kat sini sedap Zharif, nanti ko bolehlah try makan sini..

      Delete
  7. uishh rendang itik mmg rare.. mmg sedappp.. nanti kalau ke area sana bolehlah singgah makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, nanti boleh cuba makan di sini Ayu..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment