PUDORE HAND SANITISER PERFUME DENGAN 75% ALKOHOL

PUDORE HAND SANITISER PERFUME DENGAN 75% ALKOHOL | SEJAK-SEJAK kita dah hidup dengan virus Covid19 ni, dah jadi satu kemestian kan, mesti nak beli hand sanitiser, dan kemana aje pergi mesti kena bawa sama, tak kiralah brand apa pun sekalipun, janji selepas makan atau pegang sesuatu ke, kita nak kena bilas dan cuci tangan kita, paling tak guna hand sanitiser. 

Memang boleh di katakan dah banyak lerr brand dan jenis hand sanitiser yang Sis beli, baik yang harganya mahal atau pun yang biasa-biasa. Tapi dalam pada banyak tu, selain jenama yang dipercayai, brand PUDORE Hand Sanitiser ni menjadi pilihan Sis. Ini dah masuk kali kedua Sis membelinya. 

Masa pertama beli, sampai tak sempat nak amik gambar full, sebab sampai aje barangnya, dah di rembat dek anak-anak sorang dua hahahaha.. tau-tau tinggal untuk Maknya dua juga. So ini kali, dapat aje beli lagi, cecepat Sis amik gambar dan kongsikan di sini hahahaha..

Pudore Hand Sanitiser Perfume Dengan 75% Alkohol

Pati pewangi Pudore ni dikayakan dengan ekstrak pewangi dan mengandungi Vitamin E dan terkandung 75% alkohol di dalamnya. Cecair pembasmi kuman Pudore Sanitizer mampu menghapuskan 99.99% kuman dan bakteria dan membuatkan tangan korang sentiasa bersih dan wangi.

Memang wangi, ada banyak pilihan bauan yang ada. Bila pakai tu, korang akan rasa tangan korang wangi dan sentiasa bersih walau berada di luar. Sis suka saiznya, sebab saiznya yang kecil memudahkan untuk dibawa ke mana-mana.

Pudore sanitizer ini boleh sahaja korang sumbat di dalam poket, purse, atau gantung di beg tangan sebab di siapkan sekali dengan clip gantungnya, mudah kan.. memang mudah kita bawa sana sini. Bak kata pepatah, kecil-kecil cili api, biarpun kecil bukan sebarang kecil tapi sanitizer yang kecil inilah yang mampu memberi kesan yang besar untuk kesihatan kita. 

Pudore Hand Sanitiser Perfume Dengan 75% Alkohol

Yang menarik lagi tentang Pudore sanitizer ini, ia juga dihadirkan dengan 6 jenis wangian yang sangat menyenangkan. Tiada lagi bau ubatan pada tangan korang. So lepas makan kalau guna sanitiser ni, takde la bau smabal belacan hehehehe.. 

Strawberry Pie
Vanilla cupcake
Japanese Blossom
Peach Love Mango (NEW)
Always Adorable (NEW)
Dreams Comes true (NEW)

Bau paling top yang di gemari ramai adalah bauan Japanese Cherry Blossom, Vanilla cupcake dan Strawberry Pie sememangnya baunya mampu mengukir senyuman di wajah korang.

Harga dia hanya RM10 sahaja jika korang beli sebotol, tapi untuk set combo macam Sis ni, beserta kotak harganya RM58 sahaja. Memang sesuai kalau korang nak bagi hadiah pada kengkawan sempena harijadi kan.. alaa lambat lagi besday Sis laa hahahaha..

Korang yang nak dapatkannya, boleh contact seller ni www.wasap.my/60172670522/sanitizer
Atau boleh order melalui SHOPEE ni okay. 


P/S: Tapi kadang ekk.. dah selalu pun, ada masa lupa juga nak sanitise tangan adoiii.. 

4 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ok..nak beli nanti. suami saya tak suka pakai yang dettol ke, antabac ke, watson ke.. dia kata bau hospital. nak yang BBW. tapi ajak ke jPO malas pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, sama anak-anak ni haa, suka yang wangi sikit, janji ada protection..

      Delete
  2. Replies
    1. Yee Wak, mesti nak kena ada setiap orang kemana-mana..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment