JOM REBUT PAHALA PUASA SUNAT HARI PUTIH!

JOM REBUT PAHALA PUASA SUNAT HARI PUTIH! | ALHAMDULILAH jika dengan IzinNya berpuasalah Sis harini.. Suami dah mengizinkan tu yang pepagi jam 5.30am dah bangun bersahur. Dalam pada nak bersahur, di kejutkan pulak dengan berita kematian Ayahnya Geng Bas Sekolah Sis,Izam tu meninggal dunia seawal jam 3am.. Allahuakbar.. 

Terus masuk dalam group wahtsapp kitaorang, measing macam tak percaya aja.. tapi bila lihat Izam begitu tenang menjawab soalan kitaorang, itu bermakna dia dah redha atas pemergian Ayahnya yang dia jaga selama ini. Yaa Izam tidak bekerja dan menjaga Ayah dan Ibunya di rumah. Moga Allah beri ganjaran besar buatmu sahabat.. aamiinn..

Korang ada yang berpuasa harini? Harini jika siapa berpuasa adalah di panggil Puasa Putih atau Puasa Ayyamul Bidh. Harini 13 Jamadilakhir dan kebetulan harini Hari Isnin, selain dari dapat pahala puasa Sunat, kita juga mendapat pahala puasa tiga hari (13, 14 & 15 - Hari Putih) seolah-olah kita berpuasa sepanjang tahun.

Menurut Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, kita disunatkan berpuasa tiga hari setiap bulan, iaitu setiap 13, 14 dan 15 hari bulan dalam bulan-bulan Hijriyyah. Hari yang afdhal untuk melakukan puasa tersebut ialah pada malam bulan mengambang, iaitu pada hari yang ke-13, 14 dan 15 setiap bulan Islam.

Jom Rebut Pahala Puasa Sunat Hari Putih!

Nama puasa sunat ini dikenali juga sebagai Puasa Hari Putih (الأيام البيض). Ini kerana malam hari tersebut terang benderang kerana cahaya bulan. Akan tetapi puasa pada 13 Zulhijjah dikecualikan kerana haram berpuasa pada hari tersebut kerana ia merupakan hari tasyrik.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa beliau berkata: 

“Kekasihku (iaitu Rasulullah SAW) mewasiatkan kepadaku tiga nasihat yang aku tidak meninggalkannya sehingga aku mati; berpuasa tiga hari setiap bulannya, mengerjakan solat duha dan mengerjakan solat witir sebelum tidur.” (Riwayat al-Bukhari)

Niat Puasa Hari Putih : 

Nawaitu sauma ayyamal bidh sunnatan lillahi Ta’ala (Sahaja aku berniat puasa pada hari-hari putih sunah kerana ALLAH SWT).

Seandainya tidak sempat berniat pada waktu malam sebelum berpuasa keesokannya, ia boleh sahaja dilakukan selepas terbitnya fajar. Asalkan kita belum makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.

Dan perlu di ingat, bagi seorang isteri, kita tidak boleh berpuasa sunat ketika bersama suami kecuali apabila sudah mendapat keizinan. Sebab itulah dari malam tadi dah minta izin dulu dengan Suami, tu yang Allah gerakkan bangun sahur, alhamdulilah.. 

Jom Rebut Pahala Puasa Sunat Hari Putih!

Islam sangat menggalakkan setiap umat Islam untuk melakukan ibadah-ibadah sunat seperti contohnya puasa putih ni. Sis niat moga bila Sis puasa, kesihatan akan bertambah baik dan berkuranglah penyakit, tu je yang Sis niatkan. Sebab dengan berpuasa, Sis boleh control makan di siang hari. 

Jikalau korang tak boleh berpuasa pada pertengahan bulan iaitu 13, 14, dan 15 haribulan, korang jangan risau, lebih-lebih lagi bagi orang perempuan sebab korang boleh berpuasa dengan memilih mana-mana 3 hari dalam sebulan. Cuma, puasa hari putih ini lebih afdhal dilakukan pada pertengahan bulan kerana Rasulullah SAW sendiri melakukannya. Faham tak tu?..

Kalau korang terlrpas harini, jangan bimbang, masih ada banyak lagi hari-hari Putih akan datang dalam bulan Hijrah yang boleh korang berpuasa. Korang save dan tandakan sesiap di kalender korang, lagi mudah.. 

Salam Takziah

Harini ikutkan ada event, tapi bila dah ada hal di siang harini, terpaksalah batalkan niat nak pergi event, lagipun Sis berpuasa, event mula jam 6pm pulak.. takde rezeki namanya.. Pun belum ada idea nak masak apa ni.. ermmmm.. 

Moga Allah permudahkan urusan Izam sekeluarga dan juga urusan kami harini.. aamiinn., 

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. 

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aaamiinn..


P/S: Badan ni dah minta urut, sakit-sakit semua adeoiiii... 

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment