ASAM PEDAS SIAKAP, MENU PERMINTAAN ANAK TEKAK

ASAM PEDAS SIAKAP, MENU PERMINTAAN ANAK TEKAK | Agak lama tak memasak dan update menu memasak dari dapur Sis kan hehehe. Maklum tuan rumah blog bizi memanjang. Kalau tak hadir event, hilang lari ke Paka. Gitu aje ler. Lagipun kalau nak masak, siapa aje nak makan ermmm.. Tapi ni sebab anak yang sulung dah balik, dah habis degree so kalau masak, ada jugalah orang nak makan. 

Menu asam pedas ni sebenarnya memang lama nak masak dan makan, anak tekak teringin nak makan, kebetulan ada lagi baki beberapa keping ikan siakap hasil memancing Suami tu dulu, maka jadilah buat masak menu asam pedas siakap ni semalam. 

Ikutkan memang malas nak masak asam pedas ni, sebab lihat cuaca yang panas, nak makan pedas-pedas ni, mau kang berapi berasap je satu badan kan? Tapi sebab teringin sangat, nak taknak masak juga sebelum kempunan. Anak pun kata sebab dah lama juga tak makan asam pedas Emak, so jadilah menu Sis semalam. 


Asam pedas kosong jer. Awalnya nak ke kedai nak belilah bendi ke, daun kesum ke, tapi di sebabkan pencemaran udara tak sihat yang melanda Pasir Gudang ni, makanya di batalkanlah nak ke kedai, duduk aje rumah dan masak apa aje yang ada. Janji bahan utama nak masak asam pedas ada. 

Tapi tu laaa, bila beriye masak, rasa asam pedas kureng sikit, tapi bila masak asal boleh aje, kemain sedap asam pedas Sis ko aishhh..Gitulah kan..Anak pun kata 'Sedap pulak asam pedas Mak harini', dia makan bertambah. Hahaha apa? sebelum ni tak sedap ke haaa...

Yang semangkuk tu, Sis ko makan hirup dan meratah hehehehe. Bukan diet tapi nak melepaskan teringin anak tekak nak makan asam pedas, siap aje terus makan. Sedap bak hang!..


Mana tak sedap, korang tengok, menumis sampai betul-betul beriye garing dan merecik ko tau. Tumis 5 kali katanya hahahaha. Habis percik sana sini dapur Sis ko. Perit kat tangan bila terpercik. Tapi puashati! Biar lama menumis bagai, janji asam pedasnya sedap!

Kalau menumis sekejap tu, kadang masih ada rasa lagi pedor lada kering tu. Korang kena tumis lama sikit sampai betul-betul garing, barulah rasa lada tu betul-betul masak. Tengok je ler keadaan periuk yang comot tu hahahaha..Macam tak senonoh kan, tapi aarghhh janji masak. 

Harini tak masak, asam pedas tu ada lagi, kejap lagi nak buat lempeng cecah makan dengannya, pun sedap dan kenyang . Malam nanti dah keluar ada jemputan makan malam, so kita simpan sikit ruang kosong dalam perut ya hehehe. 

Persoalannya, bilakah pencemaran udara di Pasir Gudang ni akan berakhir? Huhuhu rimas, sesak nafas rasa, rasa pedih dan perit mata, asyik berair je. Kepala pun ada masa sakit, tapi masih lagi bertahan, bergelen minum air masak. Ya Allah bantulah kami Ya Allah. Keluarkan kami dari permasalahan ini. Hanya padaMU kami berserah. 
Aaamiinn..






P/S: Harini result SPM keluar. Goodluck buat semua adik-adik ya. Apa pun keputusannya, terima dengan hati yang lapang. InsyaAllah moga ada sinar buat semua. Tahniah juga buat semua!. 


14 comments:

  1. pehhhh.... bab2 hirup kuahhhh... hahhahaaa. nasib ain tgh pantang hirup kuah.. kdg terlupa..terus istigfar ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap ko, makan cecah dengan lempeng, nikmat sungguh yaa dak @Farahain hahahaha

      Delete
  2. perghhhh...giler sedap laaaa asam pedas..

    tetiba mcm nak makan asam pedas jugak la..

    ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air tangan sendiri, semestinya puji sedap hehehehe @Mama3D ...

      Delete
  3. tgk gambar pun kita terliur kak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe kenalah masak asam pedas yerr Cik @Nor hehehe

      Delete
  4. Prayfor Pasir Gudang sis... nampak enak sangat tu asam pedasnya..share lah bahan-bahan walaupun tak ada daun kesum ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makaseh @Emarieys..Doakan kami di sini ya ..
      Yer semalam masak kosong aje, boleh plak sedap melampau hahaha..bila masak cukup bahan, tak pulak sesedap ini hahahaha kata anak..

      Delete
  5. tu dia..walau kosong xde bahan...nampak meletoppp...kalau SA mmg x jadi la macam ni..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Suria, time masak kosong gini, boleh pulak kejadiannya sedap..hahahaha

      Delete
  6. mak ai..menggelegak nkoooo dalam periuk tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyo laaa, tengah masak duk menangkap gambo, mau tak gelegakk @Sunah hahahahah

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.