MEE UDANG GALAH PAKA, PADU SEYYY !!

MEE UDANG PAKA, PADU SEYYY !! | Serius sedap! bak kata seketul Han anaknya blogger Cik Epal 'paduuuu' hahahaha. Dah jadi ayat Sis ko pulak tidap kali makan, asal sedap jer 'paduuuu' adeiii lawak dan bijak tau Han! ๐Ÿ˜† 

Sispa kata kat Paka ni takde Mee Udang Galah? Adaaa ko. Sebelum ni memang lama dah asyik nak mengajak Suami pergi makan mee udang kat Sg Rambah Pontian tu, yang tu memang tip top! tapi Suami kalau balik Johor memang no time nak balik lelama, makanya simpanlah hasrat tu, sampaikan Suami pun rasa serba salah selagi tak bawak Sis pergi makan. Sebab Sis ko asyiklah duk sebut hehehe. 

Nak jadi cerita, orang kata kalau dah rezekikan, ada satu hari tu Suami call semata nak bagitau 'Ly, kat sini pun ada mee udang galah, nanti kalau datang sini kita pergi', hahahaha terus excited le Sis bila mendengarnya. Terus tak sabar nak ke Paka hahaha. 

Dan akhirnya sampai juga Sis ko ke Paka Jumaat lepas dan seperti yang Suami janjikan, dia bawa Sis makan ke Kedai Mee Udang Galah Paka ni hehehe. Jom Sis tayang dulu mee udangnya lepas tu baru cerita di mana kedainya hahaha. 


Mee Udang Galah Tomyam - RM 10

Nampak tak apa yang Sis up? Hahahaha yerr yang ini Mee Udang Galah Tomyam, Suami order yang ini. Rasa dia sedap, betul sedap, Sis tarak tipu. Suami siap puji Makcik yang masak tu lagi masa membayar. Udang dia besar, fresh, sesuai dengan harganya. 

Kalau yang Mee Udang Galah Sg Rambah tu, takde mee tomyam, hanya jual nasi goreng udang galah dan juga mee bandung udang galah aje. Tapi kat Paka ni, macam-macam ada. Nasi beriani udang pun ada. 


Mee Udang Galah Kari - RM 10

Yang ini Sis punya. Tapi bila makan, rasanya sedap lagi Suami punya hahahaha. Bukan tak sedap, sedap tapi tekak Sis lebih suka kepada yang tomyam tu. Tapi sebab nak mencubakan, so kita kena cuba rasa dan makan.

Sama juga dengan Suami punya, meenya banyak, udangnya besar dan fresh. Tidak terlalu rasa kari, tapi tetap rasa kari hahahaha. Yelah maksud Sis, tidak terlalu kuat rasa rempahnya, sedang-sedang aje rasa karinya. Korang boleh cuba ni. Kata pakcik tu, rata-rata ramai order mee kari udang galah ni. 


Ni kedainya, tepi jalan jalan besar Paka. Korang kalau dari bandar Paka, kedainya sebelah kiri, sampai Petron, jangan laju-laju, slow-slow sebab kalau korang laju, nanti terbabas dan tak nampak kedainya. Ini kerana kedainya termasuk ke dalam sikit. Signboard pun hanya di kedai aje, takde papan tanda tepi jalan. 

Suami kata dia dah berapa kali juga terbabas nak ke sini, makanya kena slow-slow kalau selepas Petron tu. Kalau korang dari Kerteh nak ke Paka, kedainya sebelah kanan, kena u-turn baru jumpa kedainya. 


Ada macam-macam menu kalau korang nak makan. Bukan mee aje, nasi beriani juga ada, semua guna udang galah. Suami kata nasi goreng udang galah dia pun sedap. Sebelum ni dia dah makan. Banyak juga sepinggan kata Suami. 

Harga tidaklah terlalu mahal, tapi kalau order yang 'special' atau limited' tu, memang mahal, tak silap Sis RM 25 semangkuk. Yang biasa RM 10 sahaja. Yang special dan limited tu, mungkin udangnya besau gilee agaknya, atau mangkuk besar..entah lah tak tanya pulak pakcik tu. 


Kedainya buka setiap hari KECUALI hari Jumaat. Yer hari Jumaat banyak kedai tutup siang hari di Paka ni. Malam baru ada buka, tu pun tengok kedai. Mee Udang Galah ni di buka pada jam 10.00 pagi sehingga jam 6pm tak silap katanya pakcik tu. 

Sebelum ni buka waktu malam, tapi kata pakcik tu, dia kekurangan pekerja, jadi tidak ada yang membantunya. Maka buat masa ni hanya buka siang hari sahaja. 

Termasuk papan tanda kedainya. Suami ada bagitau pakcik tu, orang susah nak nampak kedainya sebab kedainya ke dalam, ramai terbabas. Pakcik tu kata dia akan cuba bikin papan tanda kat depan jalan tu sikit masa lagi. Kasihan pelanggan nak datang tak jumpa sebab terbabas ajer. *banyak pulak komen Suami ek hahahaha ๐Ÿ˜

Sis rekomenlah kalau sesiapa yang berada di Paka atau kawasan-kawasan sewaktu dengannya, untuk mencubanya, ini bukan post berbayar, tapi Sis makan Suami bayar yer. hahahaha. 

Alhamdulilah, terima aksih Suamiku. Moga murah rezekinya belanja Isterimu selalu. 
Aaminn..

Facebook : Mee Udang Paka 






P/S: Korang ada tempat makan mee udang galah yang best nak rekomen Sis? Kalau ada sila komen, tak kisahlah negeri mana pun, komen aje, kalau pernah makan, bagi link blognya sekali yer. TQ


12 comments:

  1. jom cari kat JB pulak..ade jugak orang PM saya tanya mana port mee udang yang sedap dan fresh kat area JB ni..belum pernah mencuba mana2 lagi...kalau ada yang baca komen saya ni, mohon bagi cadangan yaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay @Sunah..tunggu Sis balik, kita gi yang kat Sg Rambah Pontian sana okay...Jumaat tutup...nanti kita plan pergi sesama okay...

      Delete
  2. wow udang galah diaa... berbaloilah dengan harga RM10 tu kan. nampak sedap

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr @Maisarah, woww sangat, besar, fresh dan sedap..rekemen sangat!

      Delete
  3. Replies
    1. Iyerrr @Farah memang besau udangnya, puashati makan...

      Delete
  4. Alaaaa..pagi-pagi Sis Lin dh up dah gambar makanan..nampak sedap sgt tu sis..kalau SA dapat laaaaa....huiii...mmg SA makan hingga ke titisan yg terakhir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe pepagi kalau nampak memang menyelerakan kan @Suria, kalau dah lepas lunch kang, tengok pun kenyang hahahaha..samalah Sis, habis di korek sampai ke otak udang hahahaha

      Delete
  5. uih...puas hati ko makan..harga pun tak mahal mana kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, puashati makan @Rohaida, penuh besar dan murah ..

      Delete
  6. wahhh.. febret ejulz ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, peberet Sis juga @Ejulz ...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.