RESEPI PARU SAMBAL HIJAU BILIS CHE DEE SEDAP, CUBALAH !

RESEPI PARU SAMBAL HIJAU BILIS CHE DEE SEDAP, CUBALAH  ! | Kalau dah sendiri masak, tentunyalah sedapkan, siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri hehehe. Tapi resepi ini adalah rekaan sendiri dari Sis, Sis olah dan cipta sendiri ikut sukahati, maka terjadilah Paru Sambal Bilis Chee Dee ..

Sambal Bilis Che Dee ni anak Sis punya kawan punya Mak yang buat dan jual, sebelum ni memang dah berapa kali anak bawak balik tapi kami hanya makan dengan nasi panas-panas, memang terangkat! Sedap ya ampun.. kemudian, nampak anak bawa balik satu bekas tupperware, maka Sis pun dapat idea, apakata Sis cuba buat sambal hijau ni, di masak bersama paru goreng, ermm sesuatu yang baru gitu. Maka Sis pun cuba. 

Ternyata memang sedap percubaan pertama Sis. Cepat dan mudah aje pulak tu, main tuang je sambalnya dah siap hehehe. 


Resepinya senang aje. Syarat pertama korang kenalah beli sambal bilis Che Dee dulu, kalau takde sambal tu, tak jadilah nama resepi tu, ye dakkk? hahahahaha..

Paru Sambal Hijau Bilis Chee Dee

- Paru (rebus dan hiris, kemudian di goreng)
- Sambal Hijau Bilis Chee Dee
- Selabu bawang besar (hiris)
- 2 batang cili merah (hiris)
- 2 ulas bawang putih. (hiris)
- Serbuk lada hitam
- Garam dan perasa

Mula-mula, panaskan kuali. Kemudian tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. 
Kemudian masukkan lada merah, dan masukkan sambal bilis Che Dee mengikut sukatan berapa banyak paru yang korang nak masak. Gaul-gaul sampai garing.
Kemudian masukkan paru dan gaul sebati hingga semua paru sebati bersama sambal. 
Masuk serbuk lada hitam, dan letak garam, gula, dan serbuk perisa (jika suka), kemudian gaul dan tutup api sedia untuk di hidang. 

*Garam, gula tu, korang masuk agak-agak, sebab sambal bilisnya dah tersedia bahan perasa di dalamnya. 



Haa tu dia Sambal Hijau Bilisnya. Korang kalau nak cuba, boleh wahtsapp atau col nombor tertera ya. Serius cakap, memang sedap! Makan dengan nasi dan ikan goreng, pun dah sedap..
Kalau korang krestif, boleh je guna sambal lain, tapi tajuk sudah tukarlah hahahaha. 

Oh Ya, sebelum tu, Sis nak ucapkan terima kasih pada semua ya yang mendoakan kesihatan Sis. Alhamdulilah Sis dah keluar dari wad, dan sihat. Tiada apa-apa yang membimbangkan, cuma Doktor suruh turunkan berat badan hahahahahaha *berdengung telinga Sis ko dengo 😆

Baiklah Doktor #SisCuba ..hahahaha..

Okay, nanti sambung lagi, terlalu banyak draft nak siapkan ni..kita buat perlahan-lahan janji kerja siap okay. Stay Tuned. 






P/S: Tekak ni nak makan Chili Crab laaaa., nak kena masak juga nampaknya, adeiii teringat-ingat Chili Crab di Renaissance tu..sedap gilerrrr...


RESEPI PARU SAMBAL HIJAU BILIS CHE DEE SEDAP, CUBALAH ! RESEPI PARU SAMBAL HIJAU  BILIS CHE DEE SEDAP, CUBALAH ! Reviewed by Sis Lin on Thursday, March 21, 2019 Rating: 5

12 comments:

  1. ejulz tak pandai mkn paru. hehe. tapi nampak sedap ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah, sedap paru kalau di masak macam ni @Ejulz ...

      Delete
  2. wah..sedapnya..thanks for sharing kak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Cik @Nor, senang dan mudah aje resepinya hahahaha

      Delete
  3. alahai sedapnya paru...teringin nak makan..lama tak makan since di diagnose hypertension...agak- agak bleh makan tak ni sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh @Suria, Sis pun sama macam Suria sakit tu, lagipun bukan selalu makan, tak sebulan pun tak sekali makannya...

      Delete
  4. Ya Allahhh. tengah lapar ni nampak sedap pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Hamka, kalau lapar masuk sini yaaa...hahahahaha

      Delete
  5. ni la entri yang tambah sedap kat belakang tu ekk..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr lahh sebab sedap sangat kann, so kena letak sedap belakangnya @Sunah hahahaha

      Delete
  6. ini saja dengan nasi panas pun da boleh buat bertambah2 nasi =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, sesedap sangat meratah pun menjadi @Siti ...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.