PASIR GUDANG BERSEDIH. MOHON DOAKAN KAMI SEMUA.

PASIR GUDANG BERSEDIH. MOHON DOAKAN KAMI SEMUA | Innalilahiwainnailaihirojiun, salam takziah buat semua warga Pasir Gudang, termasuk Sis sendiri,  yang sekarang berada dalam keadaan berjaga-jaga dan penuh ketakutan. Ini adalah semua di sebabkan oleh manusia yang tidak punya hati dan perasaan yang sanggup membuang bahan sisa buangan merbahaya di tempat yang bukan tempatnya. Ini perbuatan Dajjal!


Masih Lagi Tercemar 

PENDUDUK Kampung Bukit Pulai, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, mendakwa Sungai Kim Kim yang berada di kawasan kampung itu masih tercemar dan mengeluarkan bau busuk. Jarak sungai itu hanya kira-kira 500 meter hingga satu kilometer (km) dari lokasi pembuangan sisa bahan kimia di bawah jambatan yang menghubungkan Taman Pasir Putih dan Taman Kota Masai. Kawasan sungai yang dilihat masih tercemar teruk itu sukar diakses orang awam termasuk pihak berkuasa melainkan menggunakan bot.

GAS beracun terhasil yang menyebabkan puluhan mangsa terlantar di zon merah dan zon kuning di hospital terjawab apabila ia dikenal pasti sebagai sisa minyak aktiviti mencuci kapal. Setakat ini Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor sudah mengenal pasti kira-kira 30 kilang yang disyaki menghasilkan sisa bahan kimia berhampiran Sungai Kim Kim di sini, yang menjadi punca pencemaran gas metana sejak 7 Mac lalu. 


SEMUA Sekolah di arah TUTUP

SEMUA 111 sekolah di seluruh Pasir Gudang ditutup berkuatkuasa serta-merta susulan pencemaran bahan kimia di daerah itu sejak 7 Mac lalu. Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam kenyataan medianya pada 10.30 malam tadi berkata, kesemua sekolah berkenaan ditutup bermula hari ini hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

MENURUTNYA, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutus untuk menutup sesi persekolahan itu berdasarkan situasi semasa dan makluman daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri. Katanya, sehubungan itu kesemua murid, pelajar, guru, kakitangan dan pekerja di semua sekolah berkenaan tidak perlu hadir sehingga situasi kembali pulih.


Apa Kata Menteri Besar Johor ? 

KERAJAAN negeri Johor tidak perlu mengisytiharkan darurat disebabkan pencemaran akibat pembuangan sisa toksik secara haram di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, kerana keadaan masih terkawal. Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata, pada masa sama, kerajaan negeri menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas bagi menjalankan siasatan terperinci termasuk aspek forensik dalam kes itu.

MENTERI Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata penduduk di kawasan perumahan di sini adalah tidak terjejas dengan pencemaran kimia yang berlaku oleh kerana rumah mereka mempunyai pintu yang boleh ditutup dan penduduk pula tidak keluar sewaktu siang hari.

BELIAU menjawab sedemikian apabila ditanya oleh wartawan sama ada penduduk di kawasan perumahan yang berhampiran dengan sungai yang tercemar dengan bahan kimia tersebut perlu dipindahkan.

“SAYA lihat kawasan perumahan ini tidak terjejas. Hanya sekolah-sekolah kerana sekolah ini ia agak terbuka, terdedah. Rumah ni dia tutup pintu dan sebagainya. Mereka yang duduk di rumah ni biasanya mereka tak akan keluar sewaktu siang hari .. kalau ikutkan kita punya bancian, perumahan ini tidak begitu terjejas hanya yang terjejas sikit adalah sekolah.” – Datuk Osman Sapian


Siasatan Sedang Di Jalankan 

POLIS Johor membuka dua kertas siasatan bagi menyiasat insiden pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang pada 7 Mac lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, kertas siasatan dibuka berikutan kesan pencemaran sisa bahan pencemaran terbabit mendatangkan kesan kepada penduduk setempat. Tiga lelaki termasuk dua pemilik kilang ditahan kerana disyaki membuang sisa bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim

ORANG ramai diminta menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Nurul Bazilah atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di talian 07-3864222.


Kerja-Kerja Pembersihan Bermula

JABATAN Alam Sekitar (JAS) sudah melantik kontraktor bagi menjalankan kerja pembersihan sisa kimia di Sungai Kim Kim di Taman Pasir Putih, di sini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal, berkata kerja pembersihan menyeluruh sudah dimulakan hari ini (Bermula 11 Mac) oleh kontraktor profesional berkenaan. 

Kita jangka kerja pembersihan ini mengambil masa lima hari, membabitkan kawasan sepanjang 1.3 kilometer dari tempat pembuangan sisa kimia yang dikesan Khamis lalu.


Kos Pembersihan Dan Pemantauan

KERAJAAN negeri meluluskan peruntukan kecemasan sebanyak RM6.4 juta bagi kerja-kerja pembersihan di kawasan terbabit. Menurut Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal, kerja pembersihan yang dilaksanakan melibatkan kawasan sehingga 1.5km ke hilir dari punca pencemaran tersebut. 

KES pencemaran toksik yang berlarutan seminggu menyaksikan jumlah kes baru meningkat apabila pelajar dan murid di beberapa sekolah di sekitar kawasan itu mendapatkan rawatan kerana mengalami sejak nafas, loya dan muntah. 

PEGAWAI Daerah Johor Bahru Mohammed Ridha Abdul Kadir dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana (JPBB) Johor untuk menyelaras tugas-tugas pemantauan, kawalan dan keselamatan selama 24 jam.


Pray For Pasir Gudang. 

KORANG jaga diri okay, sentiasa memantau keadaan kesihatan diri sendiri dan ahli keluarga yang lain dengan mengambil berat, jika ada berlakunya simptom-simptom seperti pedih mata, loya, muntah, pening, sakit dada dan sesak nafas, korang  mungkin telah terdedah kepada pemcemaran bahan kimia berkenaan. Jadi segera dapatkan rawatan perubatan di klinik kesihatan atau hospital yang berhampiran. 

KURANGKAN aktiviti di luar rumah. Mandi dengan kerap jika terpaksa berada di luar rumah bagi mengelakkan kemungkinan sisa kimia terkena anggota badan. Jika berasa khuatir dan keadaan yang amat mendesak terutamanya terdapat ramai anak kecil & ahli keluarga yang tidak sihat, bolehlah mengambil tindakan untuk berpindah sementara dari kawasan terjejas sehingga keadaan menjadi reda.

SEMOGA Allah permudahkan urusan KITA SEMUA dan seluruh PENDUDUK di Pasir Gudang dalam menangani ujian ini. Aaamiinn.. 😭






P/S: Bab komen MB Besar Johor tu, memang Sis ko susah nak hadam!!! Ini NYAWA Datuk, bukannya BELON!!  *speechless 😡


PASIR GUDANG BERSEDIH. MOHON DOAKAN KAMI SEMUA. PASIR GUDANG BERSEDIH. MOHON DOAKAN KAMI SEMUA. Reviewed by Sis Lin on Thursday, March 14, 2019 Rating: 5

12 comments:

  1. Replies
    1. Moga kita semua di lindungi Allah swt..berserah aje padaNYa sekarang Kak @Seri ..

      Delete
  2. Semoga warga Pasir Pudang Dikurniakan ketabahan dan kesabaran yang tinggi dalam meghadapi ujian ini.
    Pasti ada hikmah disebaliknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiinn...inysAllah mudah-mudahan ada hikmah di sebaliknya @Mrs.A ...

      Delete
  3. semoga dipermudahkan urusan disana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiinn, insyaAllah ..makaseh @Hasliyna ...

      Delete
  4. Semoga Allah permudahkan dan melancarkan urusan pihak yang terlibat untuk kembalikan Pasir Gudang yang aman. Semoga mangsa juga diberi kesembuhan oleh-Nya

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan begitulah hendaknyaa @Maisarah ..doakan kami semua...

      Delete
  5. mudah2an berapa hari lagi, semuanya kembali bersih seperti sebelumnya...ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyAllah..aamiinnn , makaseh @Sunah... bak kata Yana 'tak takut ke datang kawasan merah?; heheheh

      Delete
  6. kami pun berkurung sebab pembakaran tempat pelupusan sampah... huhu... sedut asap toksik je kalau keluar rumah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa ye kerr @Maria..lagi dasyat tu dengan baunya kan...harap semuanya berakhir yer..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.