BIG BAD WOLF KEMBALI LAGI, KINI DI MYDIN MALL MUTIARA RINI,JOHOR

BIG BAD WOLF KEMBALI LAGI, KINI DI MYDIN MUTIARA RINI,JOHOR | Yeayyy dia datang lagi..cuma kali ni agak jauh sedikitlah, kalau sebelum-sebelum ni di Danga City Mall, tapi sebab Danga City Mall tu dah sendu, makanya tahun ni Big Bad Wolf ni di adakan di Mydin Mall Mutiara Rini,Johor. Korang dah pergi belum ?

Semalam Sis berkesempatan singgah meninjau dan melihat apa pula yang bestnya tahun ini. Seperti sebelum-sebelum ni Sis kau banyak memborong buku masakan aje hehehe tapi beza kali ni, niat nak membelikan sesuatu untuk anak saudara Sis,Mia. Yer Mia dah bersekolah jadi dia boleh membaca dan belajar dari buku yang sesuai dengannya. Tapi yang bestnya, Sis ko berpusing-pusing satu Big Bad Wolf tu nak cari buku yang ada Dinosaur hahahahaha. 

Kenapa Dinosaur? Sebab Mia suka Dino hahahaha kebetulan 1 April ni besday dia yang ke 5 tahun, itu yang Sis ko bersungguh nak carikan dia buku Dino, selain dah belikan dia baju tidur sepasang dengan adiknya gambar Dino hahahaha. 



Big Bad Wolf Johor tahun ni di adakan di Parking lot Mydin Mall Mutiara Rini yer, bukan dalam Mall nya. So korang faham-faham aje lah, dengan keadaan panas dan manusia keluar masuk, makanya agak berpeluh juga le ketiak melengas bau badan .

Kalau susunan buku-buku semua macam biasa, korang senang nak cari dan banyak pilihan. Abaikanlah seketul Sunah tu yang sedang lenggang lenggok berjalan kehausan nak beli Green Tea Dim Dum dia hahahaha. Masa ni kami menunggu Farahain entah kemana hilang dari radar . 



Beginilah keadaan dalam jualan bukunya, Sis ko tak payah ler nak amik gambar buku satu-satu yer, korang kena datang sendiri dan pilih dan cari apa pilihan bacaan korang. Sis ko pening nengok banyak benau buku hahahaha..

Dan hasil konon meninjau dan melihat, maka itulah mendapatnya tangkapan Sis untuk Mia, untuk anak dan juga untuk diri sendiri. hehehehe . Korang rasa Sis dapat tak cari buku Dino Mia tu? hahahaha



Yeayyyy Sis ko berjaya mencari buku aktiviti Dino untuk Mia, dan advance satu buku mewarna unicorn hahahaha. Sampai Sis ko pun rasa nak beli satu buku unicorn tu untuk diri sendiri tau hahaha gilerr cantik dalam buku dia, siap ada sticker dan pelbagai aktiviti. Tak payah tunjuk, korang pergi je ler beli dan cari, bahagian kanak-kanak belakang sana hehehe. Kena sabar dan gigih yer mencari hehehehe. 

Dan dapat juga belikan anak satu buku untuknya. Dia suka masak guna air fryer Sis, so Sis belikan dia buku Kak Hanieliza ni untuknya, kemain suka si Yana hehehehe. Siap dah cadang, esok nak buat ayam ala korean tu. Perghh sonang omai eh hahahaha.. *tu le tujuannya sebab belikan 😆


Kebetulan nak balik, terjumpa pulak geng blogger MsjBox lama, Feena Radzi..kita tak perasan dia, Sunah tegur dia, Sunah kata kawan dia, tapi Sunah baru tau kami kawan dah lama hahahaha. 
Sis ko saje blurkan gambo ni atas sebab tertentu..hehehehe harap ampun hahahaha 

So bagi korang yang belum pergi, moh le datang, jualan masih berlangsung hingga 31hb Mac ini. 
Tak susah, korang waze aje Mydin Mutiara Rini, ada dalam waze tu haaa..
kalau tak reti guna waze...ermmmmm makanya jodoh belum sampai le tu hahahaha..

Oh ya! Yang kaki selpie tu haaa, jangan lupa join contest #bbwjohorselfie2019 dan juga #bbwjohorbookhaul2019 dan korang boleh memenangi hadiah berupa satu troli yang penuh dengan buku atau baucer RM 50 untuk 5 pemenang setiap minggu katanya . 

Semua jualan buku Big Bad Wolf ni diskaun dari 75% hingga 90% harga. 
Mulai 21hb Mac hingga 31hb Mac dari jam 10am hingga 12am tengah malam . 
*jangan ko balik tengah malam jumpa serigala sudah hahahaha aaaawwuuuuuuuuuu...






P/S: Buku yang Sis beli semua tu, habis RM 50 + rm7.80 , murah berbaloi beno. 


10 comments:

  1. weiii da lama la orang tau, nampak kak feena komen2 gak kat FB sis duluuu...tapi tak tegur la..saje jeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha saje mengusi engko dalam blog @Sunah, kalau tak, ko tak komen kakakakakakah

      Delete
  2. macam-macam yang nak dipilih..kita pun banyak pilih buku anak² je..tak boleh lama² kat dalam tu .peluh tiak sebab time pegi tu memang ramai orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, kali ni tercabar sebab mencari bahan bacaan kanak-kanak @Rohaida, akhirnya jumpa juga ...hehehehe

      Delete
  3. ala.. tak sabar nak pegi.. harap buku jangan abis dulu ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi tu @Dilah...Sis ada tinggalkan ko tu hahahaha

      Delete
  4. Eh, terserempak dgn kita tak selfie ek, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh lupa pulak nak mention dalam post hahahaha memasing dah bau masaham katanya Kak @Seri hahahaha

      Delete
  5. Replies
    1. Jommm @Julia, tapi entah sempat ke idok entah, start esok dah bizii huhuhu nasib dapat pergi dah ...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.