JUALAN GUDANG CHRISTY NG, DAPAT BELI BAG DENGAN HARGA RM99

JUALAN GUDANG CHRISTY NG, DAPAT BELI BAG DENGAN HARGA RM99 | Pernah dengar tak jenama Christy Ng ni? Yang kaki online shopping di instagram atau di website, mesti tau nama ni. Kalau Sis pun nampak dan tau di instagram juga, kena pulak anak Sis yang sulung memang kaki shopping online dan membelek insta, so dialah juga perkenalkan kat Sis. 

Dan dia jugalah yang gigih beratur sewaktu Christy Ng ni buat jualan gudangnya di Petaling Jaya pada 1 hingga 3 March baru-baru ni. Bag juga kasut dia memang boleh tahan cantik design dia, yelah design anak-anak muda sekarang.

Kalau Sis ko memang ada minat satu bag design dia. Nak beli online tak beli-beli, nak jadi cerita, boleh pulak Christy Ng ni buat jualan gudang, apalagi, bila anak Sis kata dia pergi dan dia tunjuk bag yang Sis nak tu, teruslah suruh je dia beli hehehe.

Design yang mana? Tu haaa


Bag dia sangat menarik perhatian Sis, lain dari yang lain. Kalau tengok kat website dia pun dah takde lagi dah design yang ni. Harga Sis lupa berapa, seingat rm189 ke rm200++ , gitulah kot. Entah ek lupa dah, cuma masa jualan ni, anak dapat beli dengan harga rm99 sahaja. Berbaloi le juga hehehe.

Kalau korang bukak instagram Christy Ng tu, korang akan tau dan nampaklah masa dia buat jualan tu. Punyalah ramainya manusia, salah seorang tu anak Sis ko lah, yang gigih beratur dan menunggu hahahah. 


Ini gambar masa anak Sis hantar pada Sis sewaktu dia sedang beratur menunggu masuk ke dalam. Gigig tak gigih haaa.. 

Ramai giler orang katanya, berebut-berebut, letak aja sekejap bagnya, terus sekejap tu hilang. Kena cepat dan pantas. Kebanyakkannya personal shopper yang datang tu membeli. Sampaikan 10/15 bag ko mereka rembat, takkan buat pakai sendiri hahahaha.


Yang ini bag anak Sis, cantik kann, Sis suruh dia belikan juga untuk Sis tapi color dah takde, tinggal color biru aje, Sis pulak taknak, bag biru dah banyak. hehehehe.

Yang ni pun rm99, kalau banding harga asal memang jauh beza, so berbaloilah beli bagi mereka yang berminat. Yang tak minat memang akan 'membazir' hehehehe 😙


Taraaa yer inilah bag yang Sis nak tu. Cantik ke? Takpe janji Sis ko suka dan rasa puas! Reward untuk bulan ni kepada diri sendiri. Hehehehe Suami pun tak tau ni hahahaha. 

Cantik color dia, Sis sangat suka. Anak kata anak banyak color, tapi dia kata yang ini paling lawa. Dan masa pertama kali pakai pun, dah ada yang puji 'lawa bag ko Lin' hehehehe maseh 😘


Secara rasminya keesokkan harinya dah pakai sewaktu hadir ke kenduri walimahtul urus Kak Haslina Harun - Blogger otai Kak Ina KL (Blog Tertunailah Hasrat Di Hati) . Cantik tak hahahaha. *Sis ko memang selalu cantik* kakakakakah muntah ijooo 😝

Anak beli pada 1hb March, Sis ke Kl 2hb March, so dapatlah pakai bagnya hehehehe, jangan korang konpius pulak.Apa-apa pun bila kita beli sesuatu dengan duit kita sendiri, walaupun duit tu datang dari duit Suami sekalipun, kita akan rasa puas, sebab takde ayat 'Sayang, nak beli bag tu Yang'..Betul tak? Lain rasanya. 

Dah tunjuk kat Suami, bila Suami kata lawa, lagi berbunga-bunga hati nak memakainya hehehehe. 

Korang kalau nak skodeng gak boleh ke instagram Christy Ng ni yer. 

Okay nanti sambung lagi, Sis nak gosok baju dan packing barang. Nak kemana? Rahasia hehehehe. Tunggu update seterusnya . Stay Tuned. 

OkBai .





P/S: 'Buai laju-laju' ... 


JUALAN GUDANG CHRISTY NG, DAPAT BELI BAG DENGAN HARGA RM99 JUALAN GUDANG CHRISTY NG, DAPAT BELI BAG DENGAN HARGA RM99 Reviewed by Sis Lin on Monday, March 04, 2019 Rating: 5

14 comments:

  1. Ehemmm. . Patutlah bukan main kuat Lin pegang tali beg tu, beg baru rupanya.. Hahaha.. Tapi serius unik designnya Lin, bukan biasher-biasher

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakakakah sabar je lerr Kak @Seri ni tau hahahahahaha

      Delete
  2. stylo gila beg tu...terus jadi muda doploh tahun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaa sengal ek punya komen ko @Sunah hahahahaha

      Delete
  3. bestnya kalau ada kat JB, haha. Cantik beg sis =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat JB ada kedainya di Jusco Tebrau tapi takde lah sale gudang @Farah hehehehe

      Delete
  4. cantik la kak..kalau sy pun rembat..harga murah bangat..:)

    ReplyDelete
  5. SA pun minat dengan handbag Christy Ng ni...cantik dan up to date

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai juga yang minat dan sudah ada koleksinya @Suria, kawan Lin pun semua koleksi dia ada, hebat gilerrr

      Delete
  6. cantik tu begnya...yang atas tu pun cantik..simple je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn @Rohaida, simple good looking hahaha ewahhhh

      Delete
  7. Cantiknya beg tu .. tak sia2 beratur panjang 😁

    www.miakassim.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau xpe @Mia, dapat juga si anak nak bag yang dia suka hehehe termasuk Emaknya tumpang sekaki hehehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.