MALAM GALA UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL

MALAM GALA UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL | Kembar animasi no. 1 Malaysia, Upin dan Ipin kembali ke layar perak setelah 10 tahun. Filem terbitan Les' Copaque Production Sdn. Bhd. ini diarah oleh tiga pengarah muda berbakat, Adam Amiruddin (Pengarah siri Upin & Ipin), Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim (Pengarah siri Puteri), dan Ahmad Razuri Roseli (Pengarah siri Pada Zaman Dahulu). Ia turut dibintangi oleh Asyiela Putri Azhar, Ahmad Mawardi Abdul Rahman, Mohd Amir Asyraf, Fakhrul Razi, dan Ernie Zakri. UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL yang mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan ini akan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 21 Mac 2019.

Malam Gala filem UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL yang diadakan di GSC Mid Valley
telah dihadiri oleh barisan tetamu kehormat, YB Gobind Singh, Menteri Komunikasi dan
Multimedia, YB Dr. Mazlee, Menteri Pendidikan, penerbit, pengarah, barisan pelakon suara,
para karyawan industri, dan pihak media.


Sis berkesempatan hadirkan diri ke malam gala tersebut dan turut sama menonton tayangan perdana Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal. Bagi peminat Upin & Ipin , Sis percaya filem ini bakal menambat hati penonton. Jalan ceritanya dari awal hingga akhir memang penuh dengan gelak tawa dan aksi setiap watak yang di lakunkan, pasti akan jadi tarikan buat penonton untuk datang menonton berulang kali. 

Kos penerbitan yang menelan belanja hampir RM 20 juta ini menggunakan sepenuhnya
kepakaran anak-anak tempatan. Oleh itu, ia diharapkan akan melonjakkan mutu industri
animasi tempatan ke satu tahap yang lebih tinggi setanding dengan karya-karya
antarabangsa. Memilih tarikh 21 Mac selari dengan musim cuti sekolah, diharapkan filem ini
dapat menjadi pilihan tontonan sekeluarga. Ini kerana siri “Upin & Ipin” sendiri diminati oleh
kanak-kanak, ibu bapa, sehinggalah atok dan nenek.


Persembahan mantap Ernie Zakri menyanyikan lagu "Buai Laju-Laju" dan Fakhrul Razi
menyanyikan lagu "Keris Sakti" menghiburkan peminat sebelum pelancaran malam gala ini
yang dirasmikan oleh YB Gobind Singh. Kedua-dua lagu ini adalah OST bagi filem UPIN &
IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL. Skor muzik asal dan runut bunyi ini dirakam semula dalam
bentuk orkestra di Boston dan Prague.

Korang ada baca cerita donggeng atau cerita rakyat dulu-dulu? Seperti Raja Bersiong, Mat Jenin, Nujum Pak Belalang. Yer watak-watak seperti itu yang ada di dalam filem ini. Mula masa Sis dengar watak tu semua terus fikir. Watak dan gaya macam mana yang akan di serap dalam filem Upin & Ipin ni yer, dan ternyata memang semua watak tu memainkan peranan masing-masing. 


Watak Raja Bersiong - Jahat sungguh dia ni. Dialah yang mahukan sangat Keris Siamang Tunggal tu untuk lebarkan kuasa dan jajahan dia. Eee geram tengok dia ni. 


Watak Mat Jenin - Mat Jenin memang suka berangan-angan tapi tak sangka angan-angan dia menjadi kenyataan hehehe. 


Watak Belalang anak kepada Nujum Pak Belalang - Hahaha ini memang kelakar, sampaikan babak minum kopi hitam tu pun ada hahahaha lawak gile!


Watak Nakhoda Ragam - Watak dia ni sebagai watak penyelamat dan menghiburkan. Dialah yang  menyanyi lagu Keris Sakti dalam filem tu . 


Keris diangkat sebagai tema utama cerita setelah mendapat inspirasi daripada sebuah keris Melayu yang benar-benar wujud dan mempunyai misteri tidak mempunyai bilah.


Suruh kemas stor Tok Dalang, tapi lain pula yang mereka jumpa. 


Asyik berangan aje Mat Jenin ni , berangan nak jadi kaya.


Kerajaan Inderaloka - Alam Fantasi


Misi menyelamatkan kerajaan Inderaloka. 


Dua tiga kucing berlari, habislah kita kali ni - Jarjit Hahahaha..


Belalang yang banyak membantu Upin & Ipin juga kawan-kawannya.


Nakhoda Ragam yang menyanyikan lagu Keris Sakti dalam filem ni .


Dua singgit dua singgit hahahahha


Sinopsis Filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal 

Filem UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL mengetengahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama kawan-kawan ke sebuah kerajaan dongeng bernama “Inderaloka”. Mereka akan berjumpa dengan pelbagai watak-watak dongeng popular seperti Mat Jenin, Bawang Merah, Bawang Putih, dan Pak Belalang. Penonton boleh mengimbau kembali nostalgia cerita zaman kanak-kanak dan melihat cerita dongeng nusantara ini dianimasikan dengan perwatakan baharu. 

Semuanya bermula apabila Upin, Ipin, dan kawan-kawannya mengemas bilik stor Tok Dalang dan terjumpa pada keris Siamang Tunggal itu dan tanpa di sangka telah membawa mereka terus ke dalam kerajaan atau dunia lain. Semasa mereka cuba mencari jalan pulang ke Kampung Durian Runtuh, Upin & Ipin juga kawan-kawannya secara tiba-tiba mendapat pelbagai dugaan dan cubaan dan secara langsung mendapat tugasan memulihkan kerajaan Inderaloka itu dengan menggunakan Keris Siamang Tunggal. 

Dengan bantuan watak-watak dari dongeng dan cerita rakyat Malaysia, Mat Jenin dan Belalang, Upin, Ipin dan kawan-kawannya akan menempuhi beberapa halangan yang mencabar dalam filem pengembaraan yang penuh aksi, dan lucu. Dan masa ni juga korang akan teruja dengan seni grafik dalam filem ni, sangat cantik ! Walaupun kartun animasi tapi Sis ko terkebil-kebil mata tengok grafik 3D dia, sampai terfikir, kalaulah ada 4D ke 6D ker,  wowwww gileee gambarnyaa...

Berjayakah Upin & Ipin juga kawan-kawannya kembali ke Kampung Durian Runtuh mereka untuk bertemu Opah dan Kak Rose? Siapakah pemilik KERIS SIAMANG TUNGGAL? Dan siapakah yang menjadi SIAMANG? Korang kena tengok sendiri. Jeng jeng jeng ..

 Filem itu juga akan ditayangkan di Indonesia, Singapura dan Brunei selain cuba menembusi pasaran Asia lain seperti China, Taiwan dan Jepun. Tahniah buat Les'Copaque ! ๐Ÿ‘

Nantikan tayangannya !

  UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL

Tarikh Tayangan : 21 Mac 2019
Terbitan : Les' Copaque Production Sdn Bhd

Bintang : 9/10








P/S: Korang kena tengok baru boleh komen, jangan baca dan dengar je, tonton sendiri, pasti puashati dan terhibur! Sis pun nak tengok lagi.. Jommmm!


8 comments:

  1. wahh.. menariknya sis.. boleh bawak anak2 tengok la citer upin ipin ni cuti sekolah nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat menarik @Dilah...bawa anak-anak nanti menonton, memang tak rugi! Anak mesti suka..

      Delete
  2. wahhh...siap ada watak cerita rakyat dulu kala ekk...tak sabarr nak tengok~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sangat menarik, dari jalan cerita hinggalah kesudahannya, memang anak-anak mak pak pasti suka @Sunah ...

      Delete
  3. tak sabar nak bawak budak² ni pi tengok cerita baru upin ipin ni hah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr, tiket dah boleh beli sekarang kalau nak @Rohaida, beli online..memang budak-budak suka ni, mak pak pun sama hehehe jangan lupa bawa atuknya sekali ...

      Delete
  4. Replies
    1. Jangan lupa nanti datang pawagam berhampiran dan tengok ya @Ejulz ..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.