KERIA VIRALGANU DI PASAR MALAM PAKA

KERIA VIRALGANU DI PASAR MALAM PAKA | Yerr keria tu sejenis kuih, kuih keria. Macam di Melaka, terkenal dengan keria antarabangsa tu, di Paka ni, pun ada juga, 'Keria viralganu' namanya. Sebenarnya ini adalah rekemen dari seorang kawan Sis, dia kata kalau ke pasar malam Paka, nanti cari, beli dan cuba keria viralganu ni, sedap katanya. Dah di bagitau macamtu, makanya memanglah Sis akan cari.

Semalam Sabtu pasar malam Paka, Sis dan Suami memang kaki pasar malam, pantang ada pasar malam, memang Suami suka mengajak pergi. Macam-macam ada di pasar malam Paka ni. Sis paling suka tengok orang jual ikan-ikan, tengok ikannya segar-segar, lepas tu kadang tunggu depan gerai tu, semata nak tengok tokeinya menyiang ikan pulak hahaha. Geram kadang tengok pisau tokei tu yang tajam hahaha.

Cuaca panas, berjalanlah kami Suami dan Isteri semalam, pusing 2-3 kali dalam tu. Beli kuetiaw goreng, ayam goreng, sate daging, udang goreng, buah-buahan dan tiba-tiba Suami tegur, 'Tu haa kerianya tu' , Sis toleh je haaa aah betullah..terus beli sekotak. Tak silap sekotak tu ada 12 biji rm5. 
Panas-panas lagi ko. Nak lagi panas, korang tunggu depan kuali. 


Sis ni bukanlah pengemar sangat keria ni, sebab manis. Tapi sebab kawan rekemen suruh beli dan cuba, makanya dah jumpa tu belilah. Support kawan-kawan menjualkan. Nak mencuba apa salahnya. Tapi menarik juga pakaging dia. Letak dalam kotak macam ni, memang cumel je tengok. 

Masa beli semalam ramai yang menunggu, mungkin memasing menunggu yang lagi panas dalam kuali atau beli banyak, sebab tu kena menunggu. Kedainya pun tak susah nak cari, area belakang depan jalan sana. Tapi kena masuk dari belakang tempat orang menjual ikan-ikan, nanti mesti korang jumpa. 


Kalau dah ke pasar malam, ermm Suamilah orang yang paling banyak membeli-belah hahaha. Macam-macam dia beli. Katanya 'malam ni kita tengok tv sambil makan, lapar je makan, lapar je kita makan' hahahaha. adeiii macam manalah Sis ko nak diet ni hahahaha. Siap Suami jawab balik ni 'Sejak bila diet? hahahaha adoiiii...

Masuk aje kereta, Suami terus minta keria tu, katanya nak rasa sebab masih panas. Suami amik seketul terus makan dan kata 'sedap lembut kuihnya', Sis pun amik seketul gak makan, ermm yerr sedap, lembut...patut namanya keria viralganu, viral agaknya keria ni kat sini, sedap. 

Korang bolehlah cuba yer. Memang sedap. Lagi panas lagi sedap ni. Yang Sis tau Sabtu pasar malam Paka dia ada jual, kalau hari Rabu pasar malam tu Sis tak tau ada ke tak. Cubalah cari nanti yer. 

Kot kalau nak buat tempahan pun boleh agaknya, ada nombor telefon tu kat kotak, korang trylah call ya. Sedap, puashati. Cubalah. 

Okay tu jer nak update. Nanti kot ada apalagi yang best kat Paka ni, nanti Sis share lagi. 
Jomm pusing-pusing tepi pantai .. 

OkBai..





P/S: Bila Suami kata 'Duduk sini jelah, tak payah balik' ermmm ko ngase? huhuhu 😢


14 comments:

  1. kita pun kalau ke pasar malam semua makanan nak bli..balik umah..mula la xhabis nak mkn..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Cik @Nor, pantang nampak semua nak di beli..samalah macam Suami Sis, semua nak belinya hehehe tapi alhamdulilah habis..

      Delete
  2. pehhhhh......kalauu dekatt pasar malam uda ade jual kuih telinga keling tuhhhh... yang goreng, buat semua lelaki...hahahaa..tengok je beli tak.hahahahaa..sebab tak bpe minat sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Namanya bederam laaa @Farahain hahahaha...tu nama timangan aje hahahaha..
      Sis ko suka oiii..lagi panas lagi sedap...

      Delete
  3. Ganu heaven ngan makanan sis..nampak sedap keria tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn..sebenarnya banyak nak update pasal makanan kat Paka ni @Suria..hahaha tunggu by turn hahahaha

      Delete
  4. keria skrg makin lama makin comel tapi debab.. kuih fav akk tapi kdg takut nak beli sbb takut tak rasa keria, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik selama kita beli keria, semua rasa keria Kak @Seri hahahaha...

      Delete
  5. makan panas² memang syok keria ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr, rangup lembut gituuu @Rohaida ...yumyumssss sangatt

      Delete
  6. sedap makan kuih keria ni panas2.. rangup belah luar tu tp dalam lembut.. tu yg best kan sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerrr @Dilah..rangup, lembut makan time panas-panas tu...sedap tau-tau licinn heheheh

      Delete
  7. gituhh sejak ada laptop baru ni, update di mana2 khennn... :p
    kita suka jugakk keria gula melaka camni, tapi yang guna ubi keledek putih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaaaa lorrr, senang mudah di bawa hahahaha.. Khenn @Sunah..
      Ooo yang ini keledek merah agaknya sebab makan dalamnya merah keorengan hehehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.