KERETA IDAMAN - MERCEDES-BENZ-A-CLASS A200

KERETA IMPIAN SIS 2020 - MERCEDES-BENZ-A-CLASS A200 | Yerr impian jerr, belum tentu boleh dapat, macamlah Sis ko ni bekerja ek. Hehehehe. Tapi tak salahkan kalau kita pasang angan-angan, macam Mat Jenin tu. Berangan tu kan free. Tu mesti ada yang kata 'ceh tak hagak-hagak impian dia, banyak duit bolehlah', ermmm dah biasa dengar dah, tapi kita abaikan. 

Orang yang takde impian dan angan-angan, ialah orang yang 'eksen'. Dia kata kita banyak duit, tapi sebenonya dia yang eksen, dia yang banyak duit, so dia boleh dapat apa dia nak tanpa pasang impian atau angan-angan. Dah tu impian dan angan-angan orang dia gelakkan. Tak macam kita yang tak berduit sangat ni, kena pasang impian dan angan-angan. Dapat ke tak, belakang cerita, janji ada impian. 

Semua orang ada impianlah, jangan kata takde, tanya budak umur 5tahun pun, dia pun ada impian nak apa, nak jadi apa. Yang miskin yang kaya semua ada impian. Jangan fikir dulu dapat atau tidak, tapi pasang impian dul, lain-lain hal Allah yang berkuasa. Kalau takde impian, okay diam je. Jangan perlekehkan impian dan angan-angan orang pulak yer. Eh banyak pulak membebelnya. Dah jom balik ke pangkal jalan tajuk. 

Kereta Impian Sis ko..hehehe macam tajuk di atas tu haaa kui kui kui. 


Segaknya dia. Perghh terkebil-kebil Sis ko memandang. Tak tau kenapa, memang berkenan sangat dengan Mercedes Benz A class A200 ni. Pandang pertama terus jatuh cinta. Masa perlancaran dia tu, Sis siap tengok youtube dari mula sampai habis ko hahahaha. 

Lepas tu siap forward kat Suami bagi dia tengok, sebenonya bagi hint hahahaha. Alaaa Suami tau Sis suka kereta ni, dia pun berkenan, tapi belum ada rezeki, tunggulah kalau ada rezeki datang tergolek dok.. 


Dia punya belakang manyak seksi sekali tengok. Sis berkenan sungguh! Entahlah tak tau nak cakap apa. Tidur malam termimpi-mimpi hahahaha.

Ni kalau sekali pecut pergi Paka ni, belezup perginya ek hahahaha. Tekan minyak sekali, lembut jee perginya hehehehe. phewwww..


Kalau untuk perempuan memang sesuai sangat, comel gitu. Lagi pulak color putih. Ye dok...Tapi Sis berkenan color merah, cun gilerr!!..

Korang doakanlah moga murah dan bertambah rezeki, dapat Sis ko merasa naik kereta impian ni hehehehe. Kalau tak pun dapat memandu dalam mimpi pun jadilah kan. Bak kata Blogger Cik Epal, 'berangan tu free, antara dapat ke tidak, tak apa, janji punya impian dan cita-cita'..
Aamiinn..

Takpe kita pasang impian, angan-angan. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, siapa yang tau kan. Cepat dengan lambat je Allah nak bagi. 

Korang pulak, ada kereta idaman tak? Cer komen nak tau juga. 





P/S: Sebenonya malas nak berkereta baru ni, menambah hutang je! Rasa lega bila semua hutang kereta dah selesai. Tinggal membayar rumah ajer. Kena fikir dulu, beli ikut kemampuan atau kemahuan? ..


KERETA IDAMAN - MERCEDES-BENZ-A-CLASS A200 KERETA IDAMAN - MERCEDES-BENZ-A-CLASS A200 Reviewed by Sis Lin on Wednesday, March 13, 2019 Rating: 5

14 comments:

  1. amin. semoga impian sis tercapai... kitewww nyee dream car RR... oppssss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiinn, doakan, nanti boleh kita round...roundabout jee @Farahain hahahahahahah

      Delete
  2. rasa macam tak lama lagi berdesup kete ni dari PG ke Paka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha belum ada rezekinya Kak @Seri, kalau ada, kita update nanti hehehehe

      Delete
  3. Replies
    1. Kannn @Ejulz..idaman katanya, dalam mimpi pun jadilah ...

      Delete
  4. Wuiiiih! Saya BMW X5 kak. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wowww terbaekkk @Afzani...Sis doakan moga satu hari nanti jadi kenyataan ..aamiinn

      Delete
  5. Assalamualaikum lin...mmg baguskn ada angan2 mcm ni...dpt ke x itu belakang kira kn...mama pulak suka beranga nak sgt dpt pakai BMW Z4 tu...mmg mengancam betul bila tengok...tapi tu angan2 jer lin kalau dpt alhamdullilah kalau x dpt tengok jer la...hahahaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull..Yer Maa, angan-angan tu kan free, hehehe dapat tak dapat belakang cite, janji ada angan-angan ...
      Wowww klasss Mama, BMW Z4 tu pun cun Maaa, gaya anak mudo hehehehe..moga apa yang kita impikan dan angankan menjadi kenyataan ye Maa..

      Delete
  6. ada...banyak sangat kereta idamannya...jenuh nak list kat sini..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamboii kemain banyak katanya ko @Sunah..agak-agak kereta apalah tu yerr...

      Delete
  7. macam sama je kereta idaman kita ni...

    uyui doakan semoga akak dapat kereta idaman sis tu..

    doakan uyui juga ya,,^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaaa kita samalah yerr @Mama3D ...Sis doakan moga kita sama-sama dapat capai impian kita..entah bila tak tau hahahaha...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.