BILA GAS HABIS, DAPUR STEAMBOAT JADI PENYELAMAT

BILA GAS HABIS, DAPUR STEAMBOAT JADI PENYELAMAT | Ibarat masak dapur atas dapur, haaa gitulah. Tengah syok-syok masak, tiber gas habis. Yang konfidennya, ingatkan tong lagi satu ada gas, sekali nak pasang, awat ringan beno, *pap dahi* baru ingat, dari haritu nak ganti tak ganti lagi, makanya dua-dua tong gas yilekkkk hahahaha. 

Haru betul, time nak menumis pulak gasnya habis. Nasib baik teringat ada dapur elektrik steamboat tu, haaa Sis ko pakailah dapur tu, tenggek atas dapur gas, akhirnya siap juga masaknya. 

Sebelum nak masak, Sis mereneh barli, mungkin itu yang buat gas lagi habis hehehe. Lagi satu mana nak tau gas nak habis, dan kena pulak punya konfiden ingat tong spare ada gas hampeh betul! 

Korang pernah kena ke macam Sis? 


Dapur atas dapur. 

Berguna juga dapur steamboat gini, at least ada kecemasan macam ni boleh guna. Yer pakai karen elektrik, hidupkan karen dan on kan kemudian pilihlah menu mana, macam Sis nak menggoreng, so guna stir, automatik dia adjust tahap kepanasannya. 

Jangan tanya harga. Harga entah berapa, lama dah, ni hadiah Suami dapat lucky draw. Ingat-ingat lupa. Jadilah berguna jugakan. 


Memang sedap paprik Sis masak semalam hahaha ..

Semalam tengah nak masak menu paprik, tengah nak menumislah gas habis. Menu ringkas dan mudah, sebab Sis guna rencah segera aje, hehehe. Masak guna gas ke guna elektrik ke sama je le, janji memasak dan masak hahaha.

Takyah le resepi, resepi sana sini ada, korang gugel ajelah hahaha. Nak mudah, beli pes paprik, lagi sonang. Nak masak, jangan susahkan diri, masak seadaanya dan masak cara kita. Janji ko masak, boleh makan dan kenyang. 

Harini Sis bizi sikit, siang tadi dah keluar ke poslaju amik barang, kemudian terus pergi lunch dengan kawan, ni dapat balik kejap rumah, solat Zuhur dan Asar, nanti jam 5.30pm nak gerak ada event. 

Event makan sesajalah ek. Rezeki jangan di tolak. Musuh jangan di cari, tapi musuh yang suka cari pasai! hahahaha 'Hantu Gile" 💀

Okaylah, jom kita Asar, nanti sambung lagi, sorilah harini satu entri je dapat post, nape? Korang rindu ek bebelan Sis ko hahahahaha....*ada ke yang rindu hahahaha. Dah dah nanti sambung.

OkBai. 





P/S: Sempat hunting coli dan seluar dalam untuk esok hahaha lalalalalal... 


BILA GAS HABIS, DAPUR STEAMBOAT JADI PENYELAMAT BILA GAS HABIS, DAPUR STEAMBOAT JADI PENYELAMAT Reviewed by Sis Lin on Friday, March 01, 2019 Rating: 5

12 comments:

  1. selalu sangat kena macam ni. haa.. kita lah yang haru biru ,,orang lain tak rasa sebab tak masak kot.. kita yang masak ni.. asyik bebel :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn @Wani, kali ni Sis yang cuai, sebab boleh lupa tong spare pun dah habis huhuhu...

      Delete
  2. lahh kesian sis. takpe nasib ada dapur steamboat.. kalau tak kena tunggu lahh org hantar gas tuhh bru boleh masak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, penyelamat tika takde gas hehehehe

      Delete
  3. nak beritahu isteri ini......nak share dulu.

    https://www.ohbosannya.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe kannn, ada gunanya juga kann @ohBosannya.

      Delete
  4. nasib baik ada dapur tu kan, kiranya tu dapur multifunction la.. kita ada sebiji beli kat wowshop ke goshop.. mmg byk kegunaannya cuma tak selalu guna sbb beso sgt, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak @Seri, kecil dan tidak besar, so tenggek je atas dapur, plug in suis heheheh

      Delete
  5. Assalamualaikum lin...betul tu lin mmg berguna kalau masa sesak2 gas x ada mcm ni...mama pun pernah kena juga nasib baik ada dapur induction ni...pg ni pun elok hubby goreng nasi gas abis terpaksa la buka kotak gunakn dapur ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, ooo sama plak kejadiannya ye Maa..
      Lin boleh lupa tomg dua-dua kosong adeuiii, kalau ada Suami ni, mampos dia bebel berbakul hahahaha

      Delete
  6. Rsenyeee dah dekat setahun lebih kottt.. Dah tak pakai gas. Semua pakai dapur elektrik..hipster ler katakan. Hahhahhahaa.. Ain pulak masak mmg pakai noxxa. Dapur elektrik tu punn dpt lucky draw gak. Kihkihkih. 😜😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pakai Noxxa memang le guna elektrik, senang tak payah nak cuci dapur bagai kannn @Farahain...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.