KELUAR AJE HOSPITAL, DAPAT UPAH GLORIA JEAN'S COFFEE, SEDAP !

KELUAR AJE HOSPITAL, DAPAT UPAH GLORIA JEAN'S COFFEE, SEDAP ! | Alhamdulilah, setelah 2 hari 1 malam tidur di hospital KPJ Pasir Gudang, harini dapat balik kerumah. Semua ujian darah dan juga ultrasound baik-baik aja, cuma tu ler, hati je ada masaalah sikit hehehehe. 

Yer jenis Sis ni, kalau sakit sikit, bukan mengada-ngada nak pergi hospitallah nak checklah tapi Sis sejenis yang takut pada sakit, maka kalau sakit je sikit, memang Sis ko akan ke klinik atau hospital. Tak kisah kena tahan ke tak kena tahan ke, janji dapat tau apa sebab sakit. Tu Sis lah, kalau korang Sis tak tau. Yang Sis tau, ada juga orang kalau dah sakit, suka 'nanti-nantilah', haaa yang tu sendiri tanggunglah yer. 

Sakit ni tak bagi signal, nak sakit, kejap je Allah bagi, hilang segala nikmat makan dan 'senyum', terus stress fikir 'apalah sakit aku ni', betul tau, tak tipu, tapi tu Sis laa, korang Sis tak tau, mungkin korang kebal hahahaha. 


Yerr hilang nikmat nak makan, telan apa pun ko rasa pahit aje, padahal sekali nampak macam sedap ajerrr..ke menu hospital memang cenggini ek rasa dia huhuhu. Tapi ada masa lauk hospital le sedap gilerr hahahahaha..lagi-lagi kalau western dia oii, lamb chop pun ada oii..

Nasib baiklah view Sis ko tu, dah macam ala-ala check-in kat Trove Hotel hahahaha. Sejuk mata memandang luar tu, cuma tak pool aje hahahahah. 

Kenapa masuk hospital ? Baca SINI 


Tak sangka ko dalam KPJ Pasir Gudang ni ada Cafe kopi cenggini. Nama dia pun pestime Sis ko dengar Gloria Jean's Coffee. Masa mula masuk wad, dah nampak dah, tapi konon tengah mood sakit, maka buat dekk je ler. Tapi harini masa nak keluar wad, nekad pergi juga singgah dan nak rasa hahahaha.Tiber terngiang-ngiang ayat Dr Aizal hahahahahha..

Sis ko masa order suruh dia rekemen , kopi apa yang sedap, so dia rekemen Sis Caffe Latte, okaylah kita cuba. Bau kopi dia masa dia buat tu, perghhh terus rasa segar otak Sis ko, nikmatnyaa aroma kopi hahahahah. *Sis ko belum sedor diri lagi hahahahah.


Bukan tu je, ada juga jual kek, roti, muffin dan juga puff. Eh puff sardin dia kemain sedap uii, habis seketul Sis ko bedal, panas-panas lagi. 

Lepas ni bolehlah lepak dalam hospital aje minum kopi gan geng berjemaah. Sis suka !!


Dann taraaaa, dapatlah upah diri sendiri beli Caffe Latte untuk charge badan yang lomah longlai ni , tiberrrr hahahahaha..Baca dak Sun dan Ain, mesti mereka 'puii' kan Sis hahahahahah...
Takpelah buat geli-geli, esok-esok kita ikutlah nasihat Dr Aizal tu hahahahaha...

Apa-apa pun alhamdulilah dapat balik rumah, peluk bantal buchuk dan tidur atas katil sendiri. adeii sakit punggung tidur katil hospital, kena pulak tak dapat bilik single, share double bed dengan orang, punyalah bising anak-anaknya datang, Sis ko sabar je lerr.. selamat dah Sis ko balik. 

Dan yang bestnya Sis ko dapat MC sehari esok hahahahaha. teruja kejap ko hahahahaha.
Okay esok MC tak masuk opis (dapur), kita pi makan dapur orang hahahahaha..

Okay nk rehat, makaseh Suami yang jauh nun sana, sehari sampai dekat 5/6 kali call tanya khabar, wahtsapp kalau tak jawab jer, call lagi, risau beno dia kat sana. Saya okay, jangan risau ya Sayang ..kerja elok-elok dan jangan lupa makan ubat juga. *masing-masing sakit sesama. 






P/S: Kalau Dr ada baca, Terima kasih Dr Aizal 💓 *malu gile bila Dr minta url blog Sis hahahahaha


KELUAR AJE HOSPITAL, DAPAT UPAH GLORIA JEAN'S COFFEE, SEDAP ! KELUAR AJE HOSPITAL, DAPAT UPAH GLORIA JEAN'S COFFEE, SEDAP ! Reviewed by Sis Lin on Wednesday, March 20, 2019 Rating: 5

20 comments:

  1. ahahahaha...puiiiiiii! lemah longlai la sangatttt!

    habisla lepas ni Dr pantau blog sis, tengok jaga makan ke tak..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha kan dah datang ...lemah gile oii @Sunah tapi lomah bila nampak kopi hahahahaha
      Syyyhhhh...Dr baca jeee..hehehehe

      Delete
  2. hehe.... pasni ada peminat Dr la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...Dr Aizal baik, siap bagi MC lagi @Sheila hahahaha

      Delete
  3. Oi..sy org pasir gudang pun baru tahu gak...ahahaha... Bila wujud cafe ni ehh..last year xde lagi masa gi.... Jaga diri leklokk..sian cik abe...

    Hmm....sis...doktor ensem takkk...single takk.kah9

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, kalau tak masuk KPJ, tak tau pun ada Gloria Jean's Coffee ni @Nona, jom le lepas ni kita ngeteh sini heheheh

      Delete
  4. kemahen ko ya Lin, Gloria jeans coffee terus.. Gloria ni top jugakkan, tapi kita pun rasanya baru try sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha khennnnn, segar bila dapat bau aroma kopi Kak @Seri hehehehe

      Delete
  5. perghhh sedap beno ni..
    uyui tak pernah try pun Gloria Jeans ni
    ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita @Mama3D, pestime gak try ni, sedap !!

      Delete
  6. amboii.. kemahin sis ye.. kuar hospital terus minum coffee.. habis lah lepas ni dr tu baca blog sis.. asyik tengok sis makan sana sini je.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hohohoho upan untuk diri sendiri @Dilah, baru segor badan hahahahaha

      Delete
  7. wow..pesakit dr ni blogger hebat la..hihi..jga kesihatan yer kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ayat Cik @Nor gelak kita baca hahahahaha

      Delete
  8. KPJ memang semua ada Gloria Jeans sis...wahh..sakit pun boleh minum kopi erk...SA DAH LAMA TAK MINUM SINCE BULAN 10 TAHUN LEPAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat Jb ni, Sis baru tau @Suria, dan baru buka rupanya coffee ni hehehe..
      Bagusnya @Suria, diet coffee..Sis ko tak menahan hahahaha

      Delete
  9. Baru wujud kot kat situ..masa pegi melawat abang hari tu ada satu kedai je kat situ kan..Lepas ni confirm repeat lagi minum kopi ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr, masa anak Sis warded tu, katanya baru juga buka, kepunyaan salah seorang Doktor Kpj juga katanya @Rohaida ...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.