SATAR MERSING SEDAP, 50 SEN SEBIJI

SATAR MERSING SEDAP, HANYA 50 SEN SEBIJI | Pernah ke makan atau tau ke apa itu Satar? Satar adalah makanan ringan tradisional dari negeri Terengganu, yang diperbuat daripada ikan. Ia merupakan masakan istimewa Terengganu. Ia adalah campuran kelapa parut dan daging ikan yang ditumbuk bersama lada, bawang dan halia lalu dibalut dalam daun pisang dan dibentukkan segi tiga piramid. Setiap satu akan dicucuk seperti sate gergasi dengan batang buluh dan dipanggang atas bara api. Teksturnya seperti otak-otak ikan.

Yerr itulah Satar, Sis mula pandai makan bila Suami beli setiap kali kami ulang alik ke Trengganu, dan sekarang pula sejak anak bujang belajar di Poli, di Mersing pun ada juga jualnya Satar ni. Beza rasa antara Trengganu dengan Mersing punya, bagi Sis takde beza pun, sama aje, cuma yang bezanya orang yang menjualnya. Contoh: tak kira di Trengganu atau di Mersing ni, kalau si penjual buat ikut betul resepinya, akan rasa lebih isi ikan dari kelapa parutnya. Ini jujur Sis kata, yang jadi tak sedap tu, bila ada yang menjual, kelapa lebih banyak dari isi ikannya..ko ngase? ..

Tapi kalau nak rasa beno rasa aslinya memanglah di Trengganu, tapi pun ikut penjual gak, kalau dia buat betul resepinya, maka rezeki koranglah dapat yang sedap, kalau kena memang jenis jual banyak kelapa, nasib ko le, walau beli di Trengganu sekalipun hehehehe..

Dan ni Sis nak bagitau dan share, tak payah nak ke Trengganu jauh sana, di Mersing pun ado, pun sedap dan rasa beno ikannya. Sebelum ni ada juga Sis beli 2/3 tempat di Mersing, tapi tidak rasa sedap yang ini. Yang ini Sis rekomen betul, serius sedap!


Kebetulan nak bawa dan amik anak bujang Sis habis sem, macam biasa Emak mesti kirim Sis satar ni, makanya kebetulan tempat yang sebelum ni Sis beli tutup, dan sewaktu beli kopok lekur, Sis tanya budak jual tu mana nak beli satar, dan dia bagitau simpang depan tu ada, sedap satarnya..katanyaa. Maka terus Sis pergi dan cari. 

Dan jumpa, inilah kedainya, tepi jalan tepi pantai deret-deret kedai meniaga keropok kering semua. Dan ada satu simpang tepi tu korang akan nampak warung kecil ni ada tulis Satar 50sen sebiji. 


Masa Sis datang tu, Satar tengah bakar lagi, so mestilah nanti panas-panaskan..perghh sedap gilee, terasa-rasa anak tekak, bau bakar dia je dah terliur hahahaha. Maka tunggulah Sis menunggu siap bakar sambil snap le gambar. 

Adik tu siap tegur Sis ko 'Kak, amik gambar kak, nanti viralkan eh'..hahahah eh eh dia tau ke Sis ko ada blog ek..konpius sekejap Sis hahaha...Sis ko balas dengan senyuman aje hahahaha..


Tengah duk tengok bakar satar tu, dengar makcik-makcik ni gelak-gelak, yang Sis ko dari tadi ingat ke mereka ni duduk melepak membawang ke, kesahnya mereka tengah buat proses bungkus satar laa woii...hahahaha kijam gile fikiran Sis ko hahaha...

Yerr maafkan Saya makcik, tak terfikir pulak makcik duduk situ tengah buat kerja hahahaha..mampos kalau makcik ni baca blog aku..yang sorang tengah potong dan mengelap  daun pisang , yang lagi 2 orang tu tengah mengisi dan membalut satar. 


Nak puaskan hati, Sis ko beralih ke sarah sana, konon nak lari dari asap, padahal saje nak amik gambar makcik ni tengah mengisi satar hahahaha. Yang makcik sorang tu (tudung hitam) duk perati je Sis ko hahahaha..tapi lepas amik gambar, eh dia senyum pulak hahahaha..

Agaknya dah biasa orang datang amik gambar mereka kann..bersepah muka makcik ni agaknya sana sini hahahaha...dia dah tak heran..ko je yang jakun nengok hahahaha..Nampak mudah dan senang je cara membungkus tu, tapi kena pantas, sebab orang datang beli Sis ko nengok dah beratur panjang dah, masing-masing sekali beli rm10/20 Sis dengar. Sis pun beli rm10 (Emak punya) dan rm 5 (Sis punya). 


Masuk kereta terus Sis dan anak bujang makan, panas-panas sedap bak hang! Ternyata betul budak kopok lekur tu cakap, sedap uii...rasa isi ikannya dan kelapanya pun tak rasa tengekk..dan tidak terlalu pedas, memang sedap! Lupa nak amik gambar satarnya, maka sebelum korang tanya macam mana rupanya, Sis google aje gambar dan guna gambar tu haa. kredit pada tuan punya gambar dalam watermark tu ya. Itulah sebenonya gambar isi satar tu. Nantilah kalau pergi beli lagi Sis amik gambar satar dan gantikan gambar ni yer..mana tidaknya, makan sambil drive, cam mana nak snap gambar hahahaha...

So korang kalau nak beli satar di Mersing, haa carilah kedai yang ni yee Satar 50 sen Sebiji namanya...lalu aje di tepi pantai area jual keropok sana, mesti jumpa nanti. Memang sedap!






P/S: Sekali google satar, eh kuar pulak muka Aliff Satar melambak hahahaha...adeiii kelakar betul...


16 comments:

  1. lamanya xmkn satar..nak makan satar kna g tpi pantai baru ada..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Cik @Nor, tepi pantai baru jumpa orang jual satar kan...hehehehe

      Delete
  2. Replies
    1. Nampak gaya kenalah pi cari dan beli yee Cik @Ash...

      Delete
  3. tgk satar ni terus tringat makan satar kat terengganu. best kan satar. sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr kalau ke Trengganu, memang tak miss beli satarnya @Awadah ...

      Delete
  4. PC tak pernah makan satar Sis..yang kerapnya otak-otak je..teringin juga nak makan satar yang sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kenalah cuba satar pulak @PC, memang sedap, lain rasa dengan otak-otak ..

      Delete
  5. dulu, ada dia bukak kedai depan rumah..yang tu sedap gak..ke kedai ni.lupa dah..Nampak nau dah lama tak balik Mersing..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uma Mersing ko kat mana @Rohaida? Jangan-jangan yang ni depan uma Mak ko hehehe

      Delete
  6. satar kat mersing pun da sedap...tak payah gi jauh2 da....ibah suke gak satar kat mersing, tapi tak ingat gerai yang mana satu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, siap ada yang pedas dengan yang tak pedas lagi kan @Sunah ...

      Delete
  7. OMG Nakk!!!!!!!!!!!!!!!! sy pnh mkn skli yg pns2 baru sy tahu rs sodap nya satar ni omg kat mana ni sbb sy kn sllau g ganu!! wargh harus cari!! eh/ hi mak... sy ni mai melawat hehehhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Trengganu banyak laaa @Sizzling, tepi-tepi jalan mesti ada yang jual satar ni...

      Delete
  8. satar memang sedap. first time makan kat batu pahat kawan yg ajar. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn kena dapat yang sedap, memang sedap @Ena, kena dapat yang kelapanya tengekkk, tak shedap jadinyaa...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.