AKU SANGKA KERAPU, RUPANYA LEPU!

AKU SANGKA KERAPU, RUPANYA LEPU! | DIA punya excited bila joran menarik, macam dapat ikan besar, kemain sorak menjerit, sekali bila dah tarik, hahahahaha.... aku sangka kerapu, rupanya lepu! Adoiii hampeh betul arrr.. Korang kenal ke ikan lepu ni?.. 

Sekali pandang memang macam kerapu, tapi bila Suami jerit, 'Jangan pegang'.. terkejut pulak kita.. rupanya ikan lepu ni ikan berbisa.. Sis pun pestime baru nampak dan tau ni.. kalau tak memang mati-mati ingat kerapu oii.. hahahaha.. 

Sedikit mengenai Ikan Lepu ..

Ikan lepu adalah jenis ikan laut berbisa tergolong dalam genus Pterois dicirikan oleh corak dan warna kemerahan dan kehitaman pada badan yang terang menonjol menonjol serta mempunyai sirip yang tajam berbisa. Ikan-ikan dalam genus ini bertaburan asal di kawasan rangkuman lautan Hindi-Pasifik tetapi ada juga beberapa spesies yang telah menceroboh kawasan barat lautan Atlantik, Laut Caribbean dan Laut Mediterranean terutamanya spesies-spesies P. volitans dan P. miles. 

Aku Sangka Kerapu, Rupanya Lepu!

Ikan lepu ni kata Suami ada banyak jenis, ada yang macam ada sayap terbang pun ada.. tapi jenis kat laut Kong Kong ni, yang biasa jumpa ikan lepu jenis ni aaa.. Ikan lepu ni tak boleh makan, kira macam sama ikan buntal gak lerr.. berbisa.. lupa plak nak tanya, bisanya kat mana ikan tu.. 

Semalam dua kali dapat ikan lepu ni, sekali Sis dapat, sekali lagi Suami dapat.. semua saiz macamtu haaa.. tak tau laa kalau ada saiz lagi besar dari ini.. mengerikan aje bila tengok lelama kan.. lepas dah naikkan, Sis campak je ke tepi, Suami yang tarik keluar mata kail dan campak balik ke-laut.. 

Masa amik gambarnya pun, Suami pesan 'bebaik, bisa tu'.. dapatlah tangkap gambarnya juga tu, sebab dia tak melawan pulak ikannya.. 

Aku Sangka Kerapu, Rupanya Lepu!

Yaaa semalam Sis satu hari ikut Suami turun ke-laut, senang cakap, Suami paksa ikut hahahaha.. adoiii berkira-kira nak ikut okay, memang dah agak, akan hitam laa muka dan tangan, sekali haaa amekaawwww, kan betul hitam huwaaaaa :(( ...

Tapi takpe laa.. bila dapat hasil, dan joran kita pun mengena, jadi seronok ko, hilang segala penat dan tak fikir dah hitam ke apa ke.. tengok laut yang luas, tenang aje minda, luas mata memandang.. duk sakan borak memacam dengan Suami.. gelak-gelak kami berdua atas boat hahahaha.. 

Alhamdulilah, tu je laa hasil memancing semalam, paling excited Suami laaa, dia dapat tarik dua ekor ikan merah tu semalam, bukan senang nak dapat ikan merah. Dan pertama kalinya Sis nengok, ikan merah naik warnanya berkilat kekuningan dan kemerahan, macam emas ko.. dasattt... 

Nextime kita tarik kerapu besar ya Ayahnya.. .. sebab semalam sekor kerapu pun tak dapat.. entah mana pergi kerapu, sekor pun tak nampak.. pi Langkawi agaknya, opssss... 


P/S: Belum settle lagi loading blogger dot com slow gilerr ni.. adoiii.. pehal entah!!!.. 

15 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Wah...sis pun pandai memancing la...meriah hasil tu..x tau pasal ikan lepu tau ikan buntal jer..hehehe....cukup stok sebulan tu sis...kalau banyak sangat x habis..meh pos ke Seremban...hahahha

    ReplyDelete
  2. Kepalanya pun lain tu, pertama kali tau pasal ikan lepu ni

    ReplyDelete
  3. first time dengau namanya..buruk lak rupa ikan ni. ngeri i

    ReplyDelete
  4. Menarik nyer ikan lepu nie. So big! mesti sronok sis masak nie kan. Thank you for sahring your story.

    ReplyDelete
  5. Pertama kali denganr ikan lepu ni Sis. Unik juga rupa parasnya. Macam batu karang sekali imbas.

    ReplyDelete
  6. Best nya daoat ikot mancing hehhee pengalaman baru tu. Ikan lepu pon kita first time tahu. Kulit nk sama buntal

    ReplyDelete
  7. terer sis pandai mancing. ikan merah tu geram je tengok sisik dia. best betul dapat yg segar dari laut macam tu

    ReplyDelete
  8. Ok kalau Marsha ni kerapu dan lepu sama je...hahaha. Mujur akak kongsi ni. Dia nampak mcm kerapu jugak kan kulit dia.

    ReplyDelete
  9. Seronok juga kekadang memancing kat laut tu. Tenang je kan kak. Ikan akak dapat tu banyak betul. Menu apa akak dah plan? Hehe

    ReplyDelete
  10. heyyyy.. peliknyaa ikan ni..tapi orang yg biasanya memancing mesti tahu cara nak masak kan heheheeh

    ReplyDelete
  11. 1st time dengar nama ikan lepu ni. Aneh ek rupa dia haha..sis kte seumur hidup tak pernah memancing dan mmg x minat. I rasa i akan mabuk kalo memancing

    ReplyDelete
  12. haah la rupa dia macam kerapu la.. wow suka tgk hasil mancing tentu segar dan mani je daging ikan fresh

    ReplyDelete
  13. Haaaa....kalau bukan kaki pancing memang tak minat kan, nasib baik en suami bkn kaki pancing, beli jer ikan kat pasar...haaaa

    ReplyDelete
  14. syok juga pegi memancing. saya belum penah ade pengalaman lagi. mesti seronok, tapi tu lah, sunburn. hahah

    ReplyDelete
  15. Wahh, hebat la sis siap turun memancing lagi :) terbaik ahhh,, wahhh seriously i don't know much about ikan ni.. kena google la how ikan lepu ni looks like.. (Y) good knowledge sharing ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post