HARD ROCK CAFE KEEMPAT MENGUMUMKAN PEMBUKAANNYA DI JOHOR BAHRU


HARD ROCK CAFE KEEMPAT MENGUMUMKAN PEMBUKAANNYA DI JOHOR BAHRU | PAGI ni sempat Sis attend siaran langsung majlis sidang media dari Puteri Harbour sempena Hard Rock Cafe mengumumkan pembukaan cawangannya yang keempat di Johor Bahru pada Disember akan datang. 

Happening juga walau dalam versi virtual. Ramai kalangan media Johor dan luar Johor yang turut serta pagi ni. Turut mengiburkan kami semua, penampilan istimewa dari #1 Female Saxophonist,Keyin yang menghiburkan semua yang hadir pada sidang media pagi ini. 

Dan untuk pembukaan keempat ini, Hard Rock Cafe Puteri Harbour akan menjejakkan kaki ke Iskandar Puteri, bandar paling selatan di Semenanjung Malaysia, dan akan merasmikan pembukaannya dalam bulan Disember 2021. 

Hard Rock Cafe Keempat Mengumukan Pembukaannya di Johor Bahru

Hard Rock Cafe Keempat Mengumukan Pembukaannya di Johor Bahru

Kafe yang bakal dibuka di Puteri Harbour ini merupakan cawangan Hard Rock Cafe yang keempat di Malaysia selain di negeri Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka. Restoran dan bar kontemporari ini adalah yang pertama seumpamanya kerana ia mempunyai gaya reka bentuk dalaman moden serta menampilkan susunan berkelas tinggi, mewah dan tersusun rapi di setiap sudut untuk pengunjungnya. 

Bar seluas 557 meter persegi ini boleh memuatkan sehingga 238 orang tetamu yang terdiri daripada ruang makan luar dan dua tingkat dibahagian dalam kafe berserta pentas untuk hiburan secara langsung. Ruang makan utama dan ruang makan peribadi di tingkat atas boleh memuatkan seramai 100 orang tetamu. 

Hard Rock Cafe Keempat Mengumukan Pembukaannya di Johor Bahru

Para tetamu juga boleh menikmati hiburan muzik secara langsung dari ruang makan dalaman yang terletak di aras bawah. Konsep ruang makan ‘Alfresco’ yang menghadap ke pelabuhan yang menawan disertai dengan pemandangan matahari terbenam yang indah merupakan keistimewaan kafe.

Para tetamu di Hard Rock Cafe boleh berjalan di sepanjang ruangan dinding memorabilia, yang memaparkan serangkaian memorabilia dari pemusik legenda dari seluruh dunia. Selama bertahun- tahun, dinding memorabilia telah menjadi ciri khas bagi Hard Rock Café meraikan kepingan unik yang disumbangkan oleh atau dibeli dari bintang rock popular dari era yang berbeza selama bertahun-tahun.

Hard Rock Cafe Keempat Mengumukan Pembukaannya di Johor Bahru

Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, para tetamu disajikan dengan pelbagai pilihan rasa asli dari bahan- bahan yang berkualiti tinggi dan segar. Hard Rock Café menampilkan ‘Original Legendary® Burger’, siri ‘Signature Steak Burgers’, ‘Specialty Entrée’, ‘Bar Bites’ dan pelbagai pilihan salad, sandwic serta pencuci mulut. Ia juga menawarkan pelbagai jenis minuman bebas alkohol dan minuman beralkohol seperti bir, wain, koktel buatan tangan termasuk hidangan rasmi Hard Rock sendiri iaitu koktel ‘Hurricane’. 

Rock Shop yang terkenal di dunia di bawah jenama Hard Rock ini terletak di dalam kafe tersebut. Ia menawarkan pengalaman berbelanja seperti bintang rock bagi pengumpul dan peminat untuk membawa pulang barang jualan seperti baju, topi, pin dan pelbagai koleksi lain.

Hard Rock Cafe Keempat Mengumukan Pembukaannya di Johor Bahru

Hard Rock Cafe Keempat Mengumukan Pembukaannya di Johor Bahru

“Kami mengalu-alukan kedatangan semua tetamu yang terdiri daripada penduduk tempatan mahupun pelancong dalam memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan berharap ianya dapat memberi galakan dan semangat dalam kehidupan seharian mereka yang sibuk. Hard Rock Cafe Puteri Harbour berusaha untuk menaikkan selera dan minat anda dengan produk-produk terbaik daripada Hard Rock dalam memberikan pengalaman yang luar biasa. " ulas Pengurus Besar, Jimmy Wong.

Dapatkan maklumat tambahan mengenai jenama Hard Rock Café di laman sesawang www.hardrockcafe.com/ atau ke laman facebook atau instsgram


P/S: Yayy.. tak sabarnya lahaiii.. dah dekat dah, tak payah nak pi jejauh nak berRockstar hehehehe.. 

11 comments:

  1. Wahhh syok betul akak! Cawangan kat Puteri Harbour ni memang best. Sebab ada view matahari terbenam! Moh la kita gathering Disember ni. Kot dah boleh merentas kan.

    ReplyDelete
  2. pernah try di hard rock di pulau pinang jer tahaun lepas. tapi tak ada live band sbb masa pandemik. tapi lupa laa masakan apa yang best hahahha

    ReplyDelete
  3. Waaa JB dah nak ada cawangan HRC. HRC ni lokasi semua strategik. Tapi bila lah nak dapat ke sana. Hahaha.

    ReplyDelete
  4. syoknya da dekat kan..selama ni asyik tengokkk aje orang pergi HRC...hihihi

    ReplyDelete
  5. Wow......this is good. Lame dah x lepak dekat Hard Rock. I miss Hard Rock food. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  6. last pg hardrock dkt bali dan Penang. skrg dah boleh try pg yg johor pulak.. menarik ni

    ReplyDelete
  7. Nanti dah boleh rentas, Sis Lin kena bawa kami pergi macam2 tempat ye Sis. Salah satu HRC la ye

    ReplyDelete
  8. Wah seronoknya orang johor tak perlu merentas ke melaka nak ke cafe. Senang ada kat johor kan sis lin.

    ReplyDelete
  9. wah best yer, syok lah lepak2 kat puteri harbour nnt ada cafe hard rock. kat sana semua restoren fancy2. pernah g sana, last2 g makan sushi king jer.hehe

    ReplyDelete
  10. congratulation for the opening... at least i have to choich to pick hard rock cafe for my dining

    ReplyDelete
  11. Wow I also can't wait to know about the new Hard Rock Cafe in Malaysia

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.