BERSANGKA BAIK PADA ALLAH, PASTI HIDUP TENANG DAN BAHAGIA


BERSANGKA BAIK PADA ALLAH, PASTI HIDUP TENANG DAN BAHAGIA | DUNIA makin hari makin penuh dengan cabaran dan ujian dari Allah, kalau kita tak kuat, memang hidup susahlah nak tenang dan bahagia. Ada ketika tu kalau di uji, rasa iman memang goyah, akal kekadang jadi pendek, hinggakan ada yang sanguup buat perbuatan yang di benci Allah, Allahuakbar.

Dan setiap manusia di dunia ini, selagi bernafas dan berpijak di bumi nyata, selagi tulah memang tak lari dari masaalah kan? Bukan korang aje, Sis juga alaminya, baik ujian pada diri sendiri, ataupun dugaan dalam rumahtangga. Perkahwinan selama 28tahun lamanya, kalau tidak kerana sifat Sabar, Tolak Ansur dan saling faham memahami, rasanya ujian kecil pun, kita tak boleh handle, betul tak?. 

Alhamdulilah, hingga harini, selama Sis bersangka baik pada Allah, hidup tenang dan bahagia aje. Petuanya mudah aja, Suami marah, kita diam, Isteri marah, Suami kena diam juga, so takde laa amarah tu naik dedua kan, dan paling utama, JANGAN tinggal SOLAT. 

Bersangka Baik Pada Allah, Pasti Hidup Tenang Dan Bahagia

Petua hidup tenang dan bahagia ini amat diperlukan oleh ramai orang. Semua kita mahukan rahsia untuk hidup tenang dan bahagia. Dengan memiliki ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup ini, pastinya kenikmatan dan keseronokan hidup akan dikecapi sepanjang masa. 

Apabila hidup kita tenang dan bahagia pastinya kesihatan kita juga baik seterusnya prestasi kerjaya juga akan bertambah baik. Petua hidup bahagia dan tenang ini akan menjadikan kehidupan dan perhubungan kita dengan orang sekeliling juga menjadi baik.

Antara nasihat, panduan, tips berguna, teknik berkesan, cara bagaimana petua hidup tenang dan bahagia ini dengan menghilangkan atau membuang segala sifat-sifat buruk dalam diri kita. Dengan menghilangkan dan membuang segala sifat buruk dalam diri ini akan menjadikan hati kita bersih seterusnya ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup akan dikecapi. InsyaAllah..

Bersangka Baik Pada Allah, Pasti Hidup Tenang Dan Bahagia

Petua Hidup Tenang Dan Bahagia

1. Tinggalkan sifat PEMARAH – Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2. Tinggalkan sifat PENDENDAM – Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Tinggalkan sifat BAKHIL – Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

4. Tinggalkan sifat TAMAK – Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). 

Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

5. Tinggalkan sifat TIDAK SABAR – Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

6. Tinggalkan sifat EGO – Ibu segala mazmummah, membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Kerana semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

7. Tinggalkan sifat RIAK – Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah murka kalau kita riak, takabbur dengan apa yang kita ada.


P/S: Jom hidup tenag-tenang aja.. 

8 comments:

  1. Bersangka baik dengan Allah, sederhana dan selalu mendoakan. Terima kasih Sis perkongsian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar PC, sentiasa, baik atau buruknya, bersangka baik aje denganNya..

      Delete
  2. InsyaAllah...perlahan lahan tinggalkan semua dalam senarai tu

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Syukur alhamdulilah, moga kita jadi pilihanNya ya Wak..

      Delete
  4. Betul, sometimes bila dah diberi ujian, rasa tak termampu...tapi tetap kena bersangka baik dengan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Nona, sentiasa bersangka baik, kadang itu semua ujian..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.