SELAMAT PAGI ISNIN YANG PENUH KECERIAAN


SELAMAT PAGI ISNIN YANG PENUH KECERIAAN | ASSALAMUALAIKUM korang, morning, moga korang semua baik-baik aja dan sihat sejahtera ya. Pagi Isnin yang sejuk ni, memang sedikit lemau nak bangun dan settlekan kerja rumah kan. Semalam seharian hujan di Pasir Gudang, panasnya pun sekejap aje, dan malam hujan selebatnya turun. 

Nasib baik time hujan malam tu, Suami dah pulang dari laut, so tidaklah hati rasa bimbang. Dan hasil lautnya memuaskan, ada la ikan kerapu, ikan jenahak dan lain-lain ikan, tapi semuanya tak di bawa balik, sedekah pada kengkawan yang sama pergi mancing tu haaa yang tak dapat ikan. 

Takpelah, rezeki berbagi sama, lagipun dalam freezer rumah tu haa penuh lagi segala jenis ikan yang masih tak terusik, kang tambah lagi, bila masanya laa nak di masak hehehe.. 

Ada juga yang bertanya Sis, kenapa blog sepi Sabtu Ahad, hahahaha.. yaaa sekarang memang Sabtu dan Ahad Sis berehat dari update blog, tumpukan pada 'Me Time' diri sendiri. Kalau ada pun, Sis dah sesiap schedule pada hari Jumaat untuk autopost hari Sabtu, then memang takde update dah sampai hari Ahad. 


Selamat Pagi Isnin Yang Penuh Keceriaan

Idea dan masa tu ada, tapi dah memang nak berehat, taknak bukak laptop dan nak layan Suami dan anak-anak juga menonton tv dan curi masa untuk diri sendiri, bila lagi kann.. cukuplah kot menulis 5 hari dalam seminggu tu haa.. tang pageviews pun Sis tak amik kisah hari Sabtu Ahad tu, kalau naik, alhamdulilah, kalau turun dari seperti biasa, pun okay, sebab tak lari mana pun viewnya.. 

Just suka-suka dah lerr, dah tua ni apa yang nak di kejarnya kannn.. paling tak pun, kejar adsense tu je laa, tapi so far update 3 atau 4 kali sehari dalam 5 hari seminggu tu, cukup meberangsangkan, dan bulan ni dah dapat cash-out adsense sekali lagi. Tak setiap bulan pun, selang bulan pun jadilah, alhamdulilah. 

So harini plan nak masak Ikan Kerapu Bara stim limau aje. Petang sikit baru masak, sebab Yana on-duty so takde sapa di rumah kecuali anak bujang tu. Pagi ni dah malan roti bakar. Sesambil kang nak cuci cadar, tuala, dan juga kemas bilik tidur. Tu le aktiviti nak buat tengahari nanti. 

Ingat kalau panas aje cuaca ni, nak lari keluar sekejap pi cuci kereta, mata skait beno nengok kereta berdebu kotor tu, ishhhh.. dah berapa hari plan nak cuci, ehhh hujan aje.. so harini ingat kalau cuaca panas nak pi cuci kereta jap.. harap-harap panas laaa.. 

Okaylah nanti smabung.. korang jangan lupa plak, sambil-sambil buat kerja tu, sambil-sambillah kita baca Zikir Hari Isnin ya.. moga harini Allah beri lebih kebahagiaan, keceriaan dan rezeki yang melimpah ruah, aamiinn.. 


P/S: Happy Birthday Google yang ke 23 tahun 😍 ..

2 comments:

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.