BILA ANAK BALIK BERCUTI, PENUH MEJA MAKAN


BILA ANAK BALIK BERCUTI, PENUH MEJA MAKAN | BEGINILAH bila anak balik, memang meja makan penuh dengan makanan. Ayahnya paling excited bila anak Sis,Kakak tu kata nak balik Johor sebab ada urusan dan kebetulan cuti Hari Malaysia semalam. Alhamdulilah setelah sekian lama kakak tak balik, akhirnya dapat juga balik walau sekejap. 

Ahad nanti, baliklah semula kakak ke Shah Alam, tak boleh cuti lama sebab masih lagi dalam research Master di MSU, kena sabar sikit, tinggal beberapa bulan habislah, then sambung pulak PHD katanya, hurmmm.. ermmm bila nak kawin Kak oi.. 

Bab kawin jangan sebut, memang dia jawab 'takde masa' hahahaha.. alahaii anak. But now Sis busy gak menguruskan perkahwinan anak Sis,Yana nanti. Bila dan tak jemput ke? Kita tunggu masanya. Doakan semuanya dipermudahkan yaaa.. 

Bila Anak Balik Bercuti, Penuh Meja Makan

Bila Anak Balik Bercuti, Penuh Meja Makan

Dan bila anak balik, penuh meja makan si Ayahnya belanja makan. Bila tanya nak makan apa, kakak mesti kata Ikan Bakar Belatoq. So dapo Maknya offday laa, hanya masak nasi aja. 

Bila Ayahnya pergi beli, ingatkan ikan bakar aje di bawa balik, sekali dengan, Mee Bandungnya, dengan Char kue Tiawnya dan juga Bubur Nasi Berlauknya.. haaa pilihlah nak makan apa kata Ayahnya, alhamdulilah.. 

Meriahkan? Begitulah kalau Ayahnya yang pergi membeli, apa yang anaknya suka, semua kalau boleh dia nak beli tanpa nak tanya dulu anak nak makan apa. Janji makanan tu banyak dan anaknya puas makan, haa gitulah perangai Ayahnya. 

Sebab Ayahnya tau, beli banyak macam mana pun, memang habis anaknya makan, tak bazir, hehehehe.. Lama tak makan berjemaah anak beranak, bila kakak balik, dan kami makan bersama semua, dah macam bulan Ramadhan aje suasananya. 

Bila Anak Balik Bercuti, Penuh Meja Makan

Bila Anak Balik Bercuti, Penuh Meja Makan

Semalam pun, walau Ayahnya balik dari laut, tetap juga bawa makanan balik, di belinya Satay 30 cucuk untuk anaknya. Sekali dengan Burger Ramly, padahal Sis dah beli makanan dah, sebab semalam Sis 'merayap' so Sis tak masak hohohohoho. 

Time makan bersama ni laa macam-macam yang kami borak, cerita dan berbincang hal sepatutnya.. bukan senang nak berkumpul sama time keadaan gini kan, bersyukurlah Allah beri lagi peluang kami untuk bersama. Alhamdulilah.. 

Dan sejak kakak balik ni, adoii dengan Sis sekali semua tidur lewat, duk layan kakak dan Ayahnya nengok Netflix. Kalau tak, biasa jam 10pm lebih je, semua dah naik atas masuk bilik, ni Ayahnya ada geng tengok TV, so layankan aje laa.. ada ketika sampai Sis tertido dah depan TV.. 

Nanti kakak dah balik, sunyilah rumah, kurang kursi dekat meja makan, arghhhhh tak suka perasaan tu laaaaa... tapi apakan daya... sabar je laaa.. 


P/S: Kalau dah boleh merentas, agaknya kami dah sampai Bali hahahahaha.. 

22 comments:

  1. Alhamdulillah dapat jugak balik even kejap. Pasni lagi meriah bila ada menantu. Mak mak kalau anak anak balik memang meriah meja makan dengan macam macam makanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa Fizah, balik ada urusan, kejap pun jadi laaa... tu yang Ayahnya beli macam-macam..

      Delete
  2. semua makanan kegemaran anak tu masa kecik nak dibeli...nak dimasak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Yan, apa anak nak makan, semua dibelinya...

      Delete
  3. Mak oo Mak... ni kalau anak 'sulong' yg x sulong ni balik.. agk2 meriah jgk x? ahhahaa :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha marilah, nanti kita main masak-masak hahahaha

      Delete
  4. Syukur. Dah berkumpul walau sekejap tu pun dah besar nikmat. Meriah sangat-sangat. Begitulah ibu dan ayah, bahagia bila dapat belikan dan sediakan semua apa yang disukai anak-anaknya. Makan sama-sama. Kumpul sama-sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann PC, sekejap tapi cukup sempurna bila berkumpul anak banak..

      Delete
  5. Kak, agaknya macam tu seronok mak kita bila anak-anak balik kan. Makanan penuh meja, tapau je. nak kasi mak rehat. Kalau tak kita penuhkan meja, nanti mak plak masak memacam. ahahaha. Rindu nak balik kampung. Wuuwuuuuuuuuwuwuwuuuuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Ruby, sedih juga kekadang, tapi masa takkan dapat di undur kan, so hargailah mereka yang di depan mata...

      Delete
  6. Seronoknya ramai- ramai kan...macam tu la mak- mak kita kan sis...bila anak- anak balik semua...seronok dia lain macam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar SA, meriah bila dapat berkumpul ramai-ramai.. paling seronok makan berjemaah...

      Delete
  7. meriah meja makan umah sis..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali bila semua ada, gitulah Ayah dia buat...

      Delete
  8. Walaahhh sedapnya . Kika cuti sekolah rumah sunyi ank balik umah hezry

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ye juga kann, sebab bila time hari lain dah dengan Kika..

      Delete
  9. seeonokkan bila semua balik dan berkumpul.. kita as mak oun akan beria masak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok Ayu, bila kumpul dan makan beramai-ramai, lauk banyak pun boleh habis...

      Delete
  10. Rindu nak berkumpul dengan semua adik beradik, kalau masa kecik makan ramai-ramai kat meja jepun. Dah besar semua ni bersial kat lantai je la..tak cukup kerusi dah ngn cucu lagi..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti masa dah okay, boleh selalu makan bersama ... boleh masak dan bbq juga kan Miera...

      Delete
  11. woah... so much food on the table... meriah makan ngan family kan... i miss my family so much now!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa , meriah dengan makanan, tu kira sikit, kalau boleh nak beli banyak lagi hahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.