WORDLESS WEDNESDAY - PERIA GORENG


WORDLESS WEDNESDAY - PERIA GORENG | BILA sebut je peria, mesti ramai yang tak pandai dan tak suka makan kan? Salah satunya sebab ianya pahit. Jangan kata korang, Suami Sis sendiri pun tidak berapa suka hehehe.. Tapi semalam, Sis hiris-hiris, rendam dengan garam sekejap, kemudian lumur serbuk lada putih dan lada hitam, then gaul dengan tepung bestari kemudian goreng, ehhhh laku pulak peria goreng Sis tu yaa..

Baik Suami dan juga anak-anak, memasing duk gasak makan dengan nasi semalam. Tak pulak memasing kata pahit, lagi tanya 'Ni peria ke?' hahahaha.. amacam? sedap kannnn.. Makan peria ni bagus, banyak khasiatnya. 

Kalau peria katak, Sis suka masuk je dalam periuk nasi, biarkan lama, nanti perianya dah lembik layu tu, makan buat ulam dengan nasi. Tapi yang Sis goreng ni peria besar. 

Peria Goreng

Peria Goreng


P/S: Korang macam mana pulak? Suka makan peria?..

32 comments:

  1. Sa selalu makan dan dah terasa muak sebab Pak Zain tanam peria katak sis...kalau peria besar atau kami panggil kambas tu memang beli dan selalu buat goreng berlada...sedap..letak ikan bilis garing...huiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kambas tu laaa SA, pahit-pahit tu Sis suka, kadang goreng cili bertelur pun sedapkannn...

      Delete
  2. antara faveret ammi peria ni. peria goreng belacan, peria goreng pedas, solok peria, peria goreng (ammi biasa letak bestari & tepung beras skali..biar krup krap).

    masak lemak peria pecah telur pun best gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, pantang nampak, tapi tengok mood, kadang nampak pun tak beli sebab dah beli sayur banyakkk..

      Delete
  3. Akak buat saya rindu kat mak saya la. Mak rajin buat peria goreng rangup-rangup stail kedai mamak tu kak. Huwaaaa. Nak buat juga lah peria goreng. Buat kudapan. Nyummmy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti buatlah Ruby, senang aje, makan pepanas dengan nasi atau ratah, memang sedap woooo...

      Delete
  4. Despite being "notorious" for its bitterness...if you can cook and know how to "deal" with it, peria can be turned into a tasty dish no less. :)

    ReplyDelete
  5. PC suka peria Sis. Tapi kalau beli PC sorang yang makan sebab en suami kurang suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan orang tua, tapi banyak khasiatnya kan PC ...

      Delete
  6. Rawlins tak suka langsung peria. Tapi bila makan nasi daun pisang, layan pula. Balik rumah, mak masak takleh masuk plak. Kenapa entah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ko sama dengan kawan Sis, kedai mamak punya dia makan, tapi bila masak sendiri tak boleh makan hahaha

      Delete
  7. Yummy!!!!!!!!! This peria goreng look so tempting. Boley juga dimakan sebagai snack kan. Thank you for sharing your recipe with me.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa.. nanti try Fadima, senang aje, takde tepung bestari pun boleh je guna serbuk kunyit...pun sedap...

      Delete
  8. Wak hari ini pun makan lauk peria katak goreng dengan tempe

    ReplyDelete
  9. sedap woii.. ni kalau og kedai mamak mesti mencari... krup krap.. buat sendiri lagi puas hati kan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, mamak punya laa sedap, garing dan tak lembik, rangup je kannn..

      Delete
  10. Mak saya suka buat peria goreng kak tapi dia buat sambal cili api peria ngan ikan bilis. Sedap betul makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pun selalu gak Sis buat, cuma ikut mood nak makan peria ni hahahaha

      Delete
  11. cara masakan mcm ni memang sedap. simple je. tapi tu lah, tak semua suka peria.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, kalau rajin, boleh buat bebanyak dan makan ratah, banyak khasiatnya peria ni...

      Delete
  12. tak minat makan peria. pahit. tapi banyak khasiat kan.kalau kedai mamak tu selalu diorang buat goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr pahit, kalau kena cara masaknya, kurang sikit pahitnya peria tu..

      Delete
  13. Kalau madak peria kak dan suami jer yg mkn, bdk2 tak gemar sgt, memang sedap klu goreng dgn tepung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita Kak, anak-anak lain tak berapa makan dan suka..

      Delete
  14. kalau peria goreng mcm ni mmg sedap, sbb tak pahit sgt dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, kena rendam dalam garam dulu baru goreng Syu...

      Delete
  15. I like peria sebab banyak khasiat and the bitter taste is unique.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, bagus untuk kesihatan, wanita berpantang pun bagus makan peria..

      Delete
  16. goreng garing n crunchy sedapnnnnnnyaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, tapi kadang susah nak buat dia crunchy hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.