MENU SARAPAN PAGI AKU 'SPREAD THE LOVE'


MENU SARAPAN PAGI AKU 'SPREAD THE LOVE' | KEMAIN lagi nama sarapan pagi Sis ko kan, 'Spread The Love' acegituuu.. hahahaha.. alaa sesekali nak sarapan pagi ada tema, apalah salahnya. Tapi mata kasarnya ianya hanyalah sekeping roti dan sebotol jem ajo hahahaha.. 

Kalau anak-anak memang faham sangat dan akan terkejut juga kalau nampak sarapan pagi Sis macam ni. Sebab Sis orangnya bukan suka makan roti dengan sapuan jem. Tak kisahlah jem apa sekalipun, jarang sesangat makan roti sapu jem, tak tau kenapa, memang tak suka. Dari zaman bebudak lagi memang tak suka. 

But, bila dapat sekotak kiriman dari PassionFood yang dalamnya ada dua botol jem ni, Sis teringin pulak nak mencubanya. Jemnya pulak adalah 'homemade' dan tanpa bahan pengawet. Tagline dia tersedia 'Made With Passion' haa menarikkan. So Sis cuba.. 

Menu Sarapan Pagi Aku 'Spread The Love'

Menu Sarapan Pagi Aku 'Spread The Love'

Satu botolnya adalah Chocolat-Noisettes, dan satu lagi adalah Casual-Date
Dua-dua nampak menarik dan nampak sedap (walau belum cuba lagi). Buka penutupnya aje, woo bau chocolat dan bau kacang dia tu mengoda betul. Memang tak sabar Sis nak mencubanya. Kebetulan nasib baik juga ada roti putih di rumah, kalau tak, tutup balik laa botolnya hahaha.. 

Kalau sebelum ni PassionFood ada mengeluarkan produk DIY Cup Cake dan juga Brownies, so kali ni dia keluarkan pulak 'Spread The Love' yaitu jem readymade ready to eat yang berkhasiat dan sesuai untuk mereka yang sedang berdiet, sebab dua-dua jem ni tanpa gula tambahan. 

Menu Sarapan Pagi Aku 'Spread The Love'

Menu Sarapan Pagi Aku 'Spread The Love'

Chocolat-Noisettes 
Dark Chocolate, hazelnuts with dark chocholate..

Giler mewah rasa cokelat dia oii, ni kalau bebudak ni memang suka.. untuk Sis kira okaylah sebab Sis kurang sikit suka makan jem cokelat dengan roti, macam rasa pelik je tapi yang ini kira okay.. Sis makan gak sekeping tu habis hehehe.. 

Menu Sarapan Pagi Aku 'Spread The Love'

Menu Sarapan Pagi Aku 'Spread The Love'

Casual-Date
Cashew Nuts Butter with Dates

Yaaa yang ini Sis suka sangat, sebab rasa kacang cashew dia tu sedap gilerrr... mula tak tau pun ada kurma dalam jem tu, bila baca balik oooo kurma rupanya, tapi sikit pun takde rasa manis jemnya sebab tiada gula tambahan dalam kandungannya. Memang sedap, Sis suka yang ni.. 


Dalam setiap sebotol tu, ianya diperbuat secara homemade dari 100% sunflower oil tanpa gula tambahan. Juga kaya dengan kandungan fiber juga protien. Sesuai untuk kanak-kanak dan juga pesakit diabetes, kerana ianya memberikan sumber tenaga dalam setiap sapuan. 

Haaa korang kalau nak cuba, silalah.. boleh dapatkannya di Passion Food. Dan jangan lupa amik gambar dan tag mereka, nanti korang dapatlah hadiah giveaway sebotol dari PassionFood. 

Details Sis tepek di bawah ni yaa.. dan bila dah beli, jangan lupa, amik gambar dan tag mereka, nanti korang akan dapat sebotol lagi percuma.. bolehla buat menu sarapan pagi 'Spread The Love' macam Sis.. hehehehe... 

Combo Box : RM 55
Casual-Date : RM 28.80
Chocolat-Noisettes : RM 28.80

Untuk tempahan, korang contact: 

Atau korang boleh juga beli di SHOPEE 



P/S: Lepas ni Sis kena belajar makan roti sapu jem laaa hahahaha.. adeiii tak tau kenapa tak suka jem.. 

18 comments:

  1. I have never heard of cashew nut butter. So this is something new that I hope I can try in the future.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup me too.. tapi sekali cuba memang sedap sangat, terasa kacangnya yang penuh rasa kacang, ehhhh hahahaha

      Delete
  2. bakar roti tu mesti sedap kak oi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo Sis tak berapa gemar bakar roti, suka makan roti lembut-lembut je macamtu.

      Delete
  3. Replies
    1. Kannn, sekali makan tak cukup dua keping hahahaha

      Delete
  4. Siap ada kurmanya tu yang best Sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laaa, tidaklah rasa sangat kurmanya, lebih kepada rasa kacang...

      Delete
  5. Sedap nampak tu Sis Lin. Yang kurma tu baru 1st time jumpa orang buat. Menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, pestime ada kombinasi kurma dan juga kacang dalam jem..

      Delete
  6. Sedapnyaaaa....harga pun mampu milik tu....eh..nak beli gak la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa SA, walau ada kata mahal, tapi bila tengok pada jemnya, pekat gilerrrr

      Delete
  7. Sedap kan jem homemade ni. Saya suka kalau beli jem macam ni. Terasa tekstur buah dan kekacang. Hehehe. Nanti nak cuba!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ruby, rasa puas makan jem yang homemade ni, sebab rasa kacang dan coklat tu pekat gilerrr

      Delete
  8. sedap ni.. paling suka hidangan yg ada unsur homemade.. lbh pure bahan-bahan didalamnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, homemade punya lagi piorr kan Ayu...

      Delete
  9. kalau ambil combo box jimat. bolehlah beli nanti set combo. teringin juga cuba spread homemade. mesti lebih sedap drpd yg ada dekat pasaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbaloi sangat Zharif, jimat, amik combo box, dapat rasa dua-dua...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.