KUIH BULAN TRADISI DILUPA JANGAN


KUIH BULAN TRADISI DILUPA JANGAN | KORANG ada perasan tak, makin tahun, era zaman semakin berubah, kuih bulan pun dah banyak perubahan. Dah agak susah juga nak mencari kuih bulan tradisi zaman tok nenek kita dulu. Bagi Sis yang berketurunan darah cina, kuih bulan ni memang setiap satu kali setahun akan ada je yang memberi atau kami beli, sebabnya bukan senang nak makan kuih bulan jika takde perayaannya. 

Cumanya macam Sis kata laa, dah agak sukar nak mencari kuih bulan tradisi yang di panggang dan diperbuat secara orang lama. Makin hari kuih bulan dah agak 'hipster' okay hehehe.. Tapi konsepnya sama, sebagai tanda meraikan festival kuih bulan. 

Dan sempena Mid-Autumm Festival yang bakal berlangsung pada 21 September ini, sekali lagi Double Tree by Hilton Johor Bahru mempromosikan Oriental Treasures Mooncake Gift Set, kuih bulan tradisi mereka dengan pakaging kotak merah yang sangat cantik. Merah ko MakNgah hehehehe..

Kuih Bulan Tradisi DiLupa Jangan

Kuih Bulan Tradisi DiLupa Jangan

Masa terima kuih bulan ni, Sis agak teruja dengan bag dan kotaknya tu, memang betul-betul gaya tradisi dedulu kala, orang kata 'Chinese Style' hehehehe.. Ye laa kalau di lihat sekarang, banyak pakaging sekarang up-to-date sikit, color pun macam-macam, but yang ini memang betul warna tradisi..

Setiap sekotak tu, hanya ada 4 biji kuih bulan aja. Dengan pakaging yang cantik macamtu, memang sesuailah kalau korang nak hadiahkan kepada mereka yang meraikan festival kuih bulan ni kan.. 

Kuih Bulan Tradisi DiLupa Jangan

Kuih Bulan Tradisi DiLupa Jangan

Kenapa di katakan Kuih Bulan tradisi lebih ramai mencari? Sebab ianya benar-benar rasa tulen kuih bulan, yang membezakannya hanya inti dalamnya. Kuih bulan biasanya dalam bentuk pastri bulat atau segi empat tepat, berukuran lebih kurang 10cm dalam diameter dan 4-5sm tebal. Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji teratai dikelilingi oleh satu kerak agak nipis (2-3mm) dan intinya sesetengahnya ada kuning telur daripada telur itik masin. 

Kuih bulan adalah kaya, berat, dan tebal berbanding dengan kebanyakan kek Barat dan pastri. Mereka biasanya dimakan dalam bahagian kecil diiringi dengan Teh Cina. Dan sebab itulah tahun ini juga Double Tree by Hilton,Johor Bahru lebih memperkenalkan kuih bulan tradisi berbanding kuih bulan gaya moden. 

Kuih Bulan Tradisi DiLupa Jangan

Korang boleh buat pilihan inti kuih bulan mana yang korang lebih suka untuk nikmatinya. Sebab ada 8 jenis perasa inti kuih bulan yang Double Tree by Hilton, Johor Bahru sediakan untuk tahun ini, antaranya; 

Baked Pure Lotus
Baked Pure Lotus with Single Yolk
Baked Red Bean
Baked Black Sesamee Lotus
Baked Green Tea Lotus
Baked Tiramisu Lotus
Baked Pumpkin Lotus
Baked Durian Lotus

Untuk pembelian sebiji kuih bulan tu harganya RM26, tapi kalau korang beli 4 biji dalam sekotak, harganya hanya RM98nett sahaja. Kirakan harganya lebih murah RM10 dari harga pembelian sebiji. Beli dan hadiahkan kepada mereka yang meraikan. 

Kuih Bulan Tradisi DiLupa Jangan

Untuk kali ni, Sis cuba 4 inti perasa, iaitu; Pure Lotus Paste, Red Bean Paste, Pumpkin Paste with Melon Seed dan juga Durian Paste with Melon Seed. Dan paling teruja nak rasa dulu, semestinyalah Durian tu hahahaha... apa-apa je laa, kalau kata durian, mesti sedap rasanya kannn.. 

Memang benar, walau tidaklah berapa nak bau dan rasa durian, tapi bila makan tu, memang ada rasa durian. Bagi yang biasa makan kuih bulan, mereka taulah rasa macam mana kuih bulan tu, sebab kalau rata-rata yang bertanya, 'Apa rasa kuih bulan tu Sis?'... ermmm Sis ko tak reti nak jawab.. kena cuba sendiri. Tapi kuih bulan Double Tree by Holton,Johor Bahru ni memang puashati.. 

Korang tengok jee laa ketebalan intinya berbanding kulitnya, tebal intinya kannn... sebab tu kata kuih bulan tradisi dilupa jangan ..

Kuih Bulan Tradisi DiLupa Jangan

Dah bukak dah potong kalau tak habis makan, korang boleh je simpan dalam bekas tertutup dan makan kemudian. Boleh tahan lama expired dia.. tapi biasanya kalau dah potong makan, tak sampai seminggu dah habis hahahaha.. 

Korang boleh order melalui online dan menggunakan perkhidmatan penghantara seluruh Johor. Caj mengikut kawasan tempat penghantaran. Atau nak walk-in juga pun boleh dan self-pickup di ruang Lobby. Details tempahan dan pembelian, Sis sertakan di bawah ni. 

🔗 𝗚𝗿𝗮𝗯𝗙𝗼𝗼𝗱: bit.ly/GrabDTJB 
🔗 𝗧𝗮𝗯𝗹𝗲𝗔𝗽𝗽: bit.ly/TakeMKHome 
☎️ 𝗖𝗮𝗹𝗹 𝘂𝘀: +607 268 6868



P/S: Ingat nak beli lagi Kuih Bulan, nak beli kuih bulan SDS, pun sedap woooo... 

19 comments:

  1. Ako pernah rasa kuih bulan yg asli.. Mcm susah sket tekak nak terima hehee.. Tp maybe kuih yg dimodenkan bole msuk kot hehe ntah la.. X pernah dh cuba kuih bulan ni sejak aritu

    ReplyDelete
  2. Pernah rasa kuih bulan ni sebab mak best friend anak ada bagi. Tak ingat perisa apa tapi pandai mak kawan anak tu buat. Rasanya tak manis sangat.

    ReplyDelete
  3. nampak sedap kuih bulna ni. ida pernah cuba tapi rasanya tak kena dengan anak tekak sebab manis sangat. maybe yang jenis lain ok kot

    ReplyDelete
  4. Yes, I had mine too. Love the mooncakes from Doubletree as it is not too sweet to my liking.

    ReplyDelete
  5. Pernah try beberapa kali makan kuih bulan. Memula takut gak tak leh terima dek tekak.sekali sedap rupanya. Saya suka perisa kacang merah. Sedap sangat.

    ReplyDelete
  6. Indah betul kejadian Kuih Bulan nie ye. Rawlins rasa yang Starbucks nyer je. And dah deliver kat my parents and siblings too

    ReplyDelete
  7. hahahahahah..sama macam aku! teruja nak try perisa durian tu dulu!

    ReplyDelete
  8. Yay!!!!!!! Moon cakes festival is back. This Hilton moon cake look so pretty. Plus, I'm like the packaging.

    ReplyDelete
  9. Terbau bau mooncake akak tu. Tengok dia punya gebu dan smooth tu. Mengundang betul. Okay nak pi beli kuih bulan Hilton. Nyummm!

    ReplyDelete
  10. Mesti sedap betul kalau hilton yang buat kan.. teringin nak try la yang tiramisu tu..

    ReplyDelete
  11. Marsha biasa makan mooncake yang lotus. Tiramisu tu nampak sedap juga

    ReplyDelete
  12. Saya pun tak pernah makan Kuih Bulan yang asli. Perasanya juga menarik terutamanya yang durian tu hehe..

    ReplyDelete
  13. cantik dan nampak esklusif. suka kalau dapat pakej mcm ni.. nampak ada personal touch

    ReplyDelete
  14. Nyummy sedapnya..rindu nak makan kuih bulan haha..Bila work from home ni ak dapat merasa la. Selalunya kalau kerja kat pejabat ramai kawan chinese..memang banyak ler yang bawa kuih bulan ke opis :D

    ReplyDelete
  15. Perghhhhhhh, nampak full dan padat isi mooncakes tu. Terasa nak order je dah ni. Saya ni dah la peminat setia kuih bulan. Dah lama tak makan pulak tu. Terliur terus.

    ReplyDelete
  16. Memang terbaik kuih bulan Hilton Hotel, i also like it. The paste is so delicate and smooth.

    ReplyDelete
  17. tahun ni takde rezeki lgi nak rasa kuih bulan atau kuih bakul ni. dulu macam setiap tahun dapat makan kuih bulan. patut lah sis putih rupanya ad mix

    ReplyDelete
  18. Cantiknya packaging Mooncake Dari Hilton ni... Oh yes, walaupun banyak flavors hipstur skrg,yang traditional flavors wajib ada juga for each celebration...hehehe...

    ReplyDelete
  19. sedapnya... keje company cina banyak je dpt kuih bulan sblm ni. yang halal dorang bagi. so semua boleh makan. paling sedap kuih bulan aiskrim. berebut2 dgn bos duk makan.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.