MINUM MADU KELULUT ASLI BANTU MENURUNKAN BERAT BADAN AKU


MINUM MADU KELULUT ASLI BANTU MENURUNKAN BERAT BADAN AKU | BETUL ke Sis? Hahaha kalau tak betul, Sis tak berani nak tulisnya yaaa... ini sebab sendiri dan minum dan sendiri jadi testimoninya. Kisahnya Sis dapat satu kiriman untuk Sis mencuba Madu Kelulut dari Urban Eco-Life Agro Farms ni. 

Buat pengetahuan semua, Urban Ecolife Agrofarm adalah sebahagian daripada YAYASAN PERMAKULTUR ECOLIFE (Protem). Dan mereka mempelopori bidang "Regenerative Agriculture 4.0" yang berasaskan pada teknologi Aquaponics ELIT dan Ecolife Integrated Technology dan juga mempelopori bidang tanaman herba, Agropreneur Nursery dan Pertanian Berkelompok. 

Sis sendiri pun baru mengenali produk dan brand ini. So memang agak terujalah nak mencubanya. Mulanya memang Sis agak sukar juga nak menelan madu ni, tapi sebab kebetulan Sis ada minum air Detox setiap pagi, so Sis terfikir, cuba kalau Sis campurkan sekali sesudu madu kelulut tu dalam air detox Sis.. 

Madu Kelulut Asli

Madu Kelulut Asli

Sebenarnya banyak manfaat madu kelulut yang semakin mendapat perhatian orang ramai memandangkan ianya berasal daripada lebah stingless atau tidak bersengat yang memiliki kandungan khasiat lebih tinggi. Madu kelulut turut dikenali dengan nama lain seperti madu meliponine, trigona laeviceps, trigona apicalis dan sebagainya.

Urban Ecolife Agrofarm (UEA) ada dua jenis madu (KOMADU), satunya Madu Kelulut Asli, dan satu lagi adalah Madu Apis Mellifera. Dan yang Sis cuba ni adalah Madu Kelulut Asli. 

Sis hanya amalkannya setiap pagi dan malam sahaja hanya satu sudu yang Sis masukkan ke dalam air detox Sis. Dah hampir habis sebotol dah madu kelulutnya Sis minum dan ternyata perubahan tu ada pada penurunan berat badan Sis. Walau tak banyak turunnya, at least kalau 1.5kg tu, banyak juga laaa oii turunnya tu hanya dengan madu kelulut dan air detox tu haa.. 

Lagipun ianya memang bagus untuk sistem percernaan kita, lawas okay.. 

Madu Kelulut Asli

Selain dari Sis rasakan berat badan Sis turun dengan mengamalkan madu kelulut ni, ada juga khasiat lain jika korang amalkan, antaranya; 

1. Menurunkan kandungan gula dan merawat kencing manis.
2. Pemangkin dan membantu untuk menyembuhkan luka.
3. Rawatan untuk masalah mata.
4. Meransang kesuburan.
5. Khasiat madu kelulut untuk kanser.

Pelbagai analisis mendapati bahawa madu kelulut mengandungi bahan seperti asid fenilpropanoik, vitamin c, mineral, glukose, polyphenol dan sumber lain yang mana penting untuk tubuh badan. Pengasasnya Dr Abdul Aziz Azimullah berkata antara tujuan utama pihaknya mengusahakan produk ini disebabkan hampir 90 peratus madu kelulut yang dijual di pasaran adalah tiruan.

So korang kalau nak membeli, pastikan ikut saluran yang betul dan pastikan yang original dari penjual yang di sahkan.. jangan nanti dapat yang tiruan pulak yaa.. 

Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara

Selain dari madu kelulut, Sis juga mencuba Minyak Kelapa Dara mereka. Yang ni Sis guna beberapa titisan aje dalam air minuman harian Sis. Untuk Suami pun Sis beri juga dia minum. Alhamdulilah so far okay aje penerimaan badannya. Lagipun Suami ada sakit jantung, so memang sesuailah dengan dia. 

Amalkan pagi dan petang atau malam dalam 3 hingga 4 titis. Banyak khasiatnya tu. Walau tak nampak kesannya, tapi bila dah di amalkan, korang akan rasa kelegaan dan keselesaan badan tu.. Ye laa kita yang minum kita tau laa kan.. sendiri yang rasa. 

Untuk pembelian korang boleh je beli secara online di Shopee atau di lamam website mereka. Untuk pertanyaan dan info lanjut, boleh Contact No: 019-718 3581 atau ke laman sosial mereka; 



P/S: Suami dah suruh beli lagi dah ni, nanti beli di Shopee aja.. 

12 comments:

  1. Bagus madu ni kan. Peminat madu kelulut boleh la mengamalkannya. Ada orang dia kata madu kelulut ni ada strong taste. Ada rasa pahit sikit. Kalau tengok khasiat madu ni memang banyak, untuk kesihatan, untuk kulit yang cantik, dan banyak lagi.

    Minyak kelapa dara ni pun bagus juga.

    ReplyDelete
  2. Macam tau-tau je Rawlins ngah cari testimoni pasal madu kelulut and this comes up. Macam nak kena beli je hehe

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Bila amalkan sesuatu yang beri kesan baik pada tubuh dan kita boleh rasa dan nampak hasil itu sangat menggembirakan kan Sis.

    ReplyDelete
  4. Madu kelulut asli memang banyak khasiatnya

    ReplyDelete
  5. cik nor pun dah cuba..best madu dia..berkhasiat

    ReplyDelete
  6. madu kelulut ada rasa masam2 sikit sedap.

    ReplyDelete
  7. Madu kelulut ni memang best kak. Saya pun amalkan setiap pagi. Hehe. Bestkan produk organik. Bagus untuk kesihatan dalaman dan luaran.

    ReplyDelete
  8. madu kelulut byk khasiat.. tp sy xpernah try.. hihi

    ReplyDelete
  9. wah sis lin makan kurus lah yer skrg lepas amalkan madu kelulut. rasa nak try jugak lah. thanks sharing manfaat madu ni

    ReplyDelete
  10. Terbaik produk ni, susah juga nak jumpa madu asli sekarang. Yang ada pun kebanyakannya campuran. Terma kasih untuk perkongsian.

    ReplyDelete
  11. Kalau boleh tahu, kelulut itu artinya apa ya kak?

    Madu kelulut ini nampak sedap ya. Berkhasiat pula karena asli tuch.

    Saya juga konsumsi madu tiap pagi. Satu sendok makan atau campur ke air hangat.

    Sehat selalu ya.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.