GAME PERCUMA UNTUK KANAK-KANAK DAN DEWASA

Sis Lin
20
GAME PERCUMA UNTUK KANAK-KANAK DAN DEWASA | MINGGU ni adalah minggu cuti sekolah pertengahan tahun untuk anak-anak kan?. Walaupun Sis ni takde anak kecil yang bersekolah rendah dan menengah, tapi bab cuti sekolah ni memang Sis take a noted, sebabnya Sis ada ramai anak saudara yang masih kecil dan bersekolah, so time cuti sekolah ni memang Sis tunggu. 

Salah satu sebabnya, time cuti sekolah anak saudara akan datang rumah Sis untuk bercuti, dah macam gaya 'balik kampung' gitu. Memasing memang tunggu time cuti, sebabnya bila cutilah baru dapat keluar rumah dan bolehlah ke sana ke sini walau ke rumah Sis (Mak Long) aja. 

Ye laa kita pun faham kann, jika hari sekolah, walau tidak sekolah bersemuka, kelas PdPR tetap di jalankan di rumah, kalau dah hari-hari mengadap kerja sekolah dan fokus kepada pembelajaran dalam kelas PdPR, kalau tak anak, kita sebagai Mak Pak pun bosan gak kan.. 

Game Percuma Untuk Kanak-Kanak Dan Dewasa

Contohnya, adik-adik Sis laa, memasing kekadang hampir fed-up dengan kelas PdPR ni, ada masa stress nak layan semua kelas. Mana tak, kalau anak sampai 4,5 orang? Tak ke jadi 'Mak ko ijo' kann, macam-macam perangai anak keluar, lain laa kalau anak dah sekolah menengah, dah boleh handle sendiri. Situasi tu memang Sis faham sangat, sebab dah laluinya dulu. 

Dan untuk menceriakan dan melapangkan minda anak-anak saudara ketika datang bercuti ke rumah Sis, Sis dah sesiap sediakan game percuma untuk kanak-kanak dan dewasa untuk mereka bermain di plays.org. Rasanya ramai jugalah yang dah tau pasal game percuma ni. 

Yaa jangan kata anak-anak saudara je, game plays.org ni memang jadi game Sis untuk bermain ketika mood tengah blur nak cari idea nak update blog, siap bookmark sesiap masa mula terjumpa game ni tau. Paling suka main game ni sebab dia takde iklan ads, so kalau time ko main tu, memang takde gangguan iklan, tak payah nak tunggu atau klik 'X' okay.. tu yang seronoknya, budak pun tak bosan. 

Game Percuma Untuk Kanak-Kanak Dan Dewasa

Game Percuma Untuk Kanak-Kanak Dan Dewasa

Kalau korang 'kaki game', haa plays.org ni memang banyak gilerr game dia okay, lebih dari 100 game yang tersedia untuk korang search dari pelbagai kategori. Contoh; Arcade Classics, Awe Shoot!, Cartoon Games, Comics Games, Education, Solitaire dan banyak lagi... 

Bukan setakat game, tapi untuk pembelajaran minda anak-anak pun ya. Ada certain game tu memang menguji iQ anak-anak ketika bermain. Sampaikan memasing berlumba nak menang kalau nak selesaikan game tu, so memang eloklah untuk perkembangan minda anak-anak. 

Kalau Sis semua Sis suka main, suka cuba semua game, sebab lain game dia lain cabarannya, walau nampak macam game bebudak je oii tapi bila ko dah start main, selagi tak selesaikan misi dalm game tu, aje gilerr duduk tak bangun hahahaha.. 

Game Percuma Untuk Kanak-Kanak Dan Dewasa

Game Percuma Untuk Kanak-Kanak Dan Dewasa

Apa kelebihan dan bestnya game di plays.org ni, setiap game yang korang main, tidak di minta untuk bayar bila game upgrade, so korang main aje tanpa had. Permainan gamenya pun senang dan mudah untuk dimain. Yang penting tak payah nak muat turun aplikasi, dan tak perlu nak daftar atau setup akaun pengguna. Tu yang bestnya. 

Budak-budak kann cepat jemu, so dengan adanya lebih 100 game dalam plays.org ni, memang budak sakanlah bermain tanpa habiskan data telefon. Mak Pak pun senang hati nak buat kerja dengan tenang sebab semua gamenya tidak ada unsur ganas dan sesuai untuk semua peringkat umur. 

Tapi kalau dah teruk nau 'gian' nya tu, terpaksa jugalah yaa Mak Pak control, jangan sampai pulak 'ponteng' kelas PdPR yaa.. semua masih di bawah pemantauan juga. Dan anak-anak pun kena faham juga, dah Mak Pak kasi 'green light' so pepandai ko lee nak adjust masa bermain dan belajar, ye dakk?..

So kalau korang nak dapatkan game percuma untuk kanak-kanak dan dewasa, korang boleh laa ke plays.org okay, jangan kata hakak tak payung yerr.. 

Have fun and selamat bercuti anak-anak.. 


P/S: Tak sabar tunggu anak-anak saudara semua 'berkampung' di rumah, yehaaaa... 

Post a Comment

20Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. cuti sekolah ni bolehlah bagi diorang main game online ni.Kesian pulak diorang tak dapat nak keluar kebosanan duduk dalam rumah.Yang penting ada limit nak bermain kan

    ReplyDelete
  2. baru lepas uninstall game Free Fire dari HP no. 2 tu. Dok hadap benda tu je x sudah-sudah padahal awak nak UPKK.

    Main candy crush je udah hahahha

    ReplyDelete
  3. Hahaha ni ako yg main ni.. Bahaya bg bdk2 rumah ni.. Kang mmg gian dibuat ya hahah

    ReplyDelete
  4. memang tak berenti la kalo main game ni.. ;)

    ReplyDelete
  5. mmg sesuai sgt untuk budak2.. kita pun boleh main skali, hehe

    ReplyDelete
  6. Hehe best kan layan free online games ni..terimbau zaman kecik2 dulu

    ReplyDelete
  7. dah cuti sek. he he tak perasan
    pg td kejut ank rupanya xda kelas online

    ReplyDelete
  8. Seronok main games kat sini..banyak betul pilihan..haha

    ReplyDelete
  9. Yang suka main game seronoklah main game free je. Banyak pulak tu gamenya.

    ReplyDelete
  10. Cuti sekolah ni as usual dok rumah ajer sebab sis dan suami tak cukup lagi 2 dos vaksin. Kalau jalan2 kat mall pun nak dine in tak boleh, nak pergi sesetengah kedai kena 14 hari selepas Dos 2....Hmmm....

    Good idea juga letak game ni kan? Tak le boring. Dalam laptop sis pun ada game. Candy Crush, Solitaire dan Bubble Witch Saga. Dalam phone ada Papa Pear dan Candy Crush. Hehehe....isi masa lapang...

    ReplyDelete
  11. banyaknya game dalam tu! Ok Aten nak kena cuba gak ni. Banyak game menarik dalam tu :D

    ReplyDelete
  12. Banyak jugak game percuma ya..iena tak main game so tak tau sangat. Bagus la ade game percuma takde la bebudak bosan dok rumah kan.Boleh main game. Kang nak download game yang kene bayar mak mak marah..

    ReplyDelete
  13. wah menariknya bagus juga perkenalkan game ni dekat diorang at least ad entertainment utk diorang buat di rumah sekolah pn katanya nak buka

    ReplyDelete
  14. seronok sebenarnya main free online game ni..boleh ilangkan stress

    ReplyDelete
  15. Kang kalau download habis space yang hado ni heh ketagih hehehhee.

    ReplyDelete
  16. Wahh ada game percuma boleh sekali sekala lepas anak2 pening belajar PDPR kan nak hilang tension boleh main game sekejap jangan leka sudah lah. Mak ayah kena pantau juga selalu hehehehe

    ReplyDelete
  17. Thanks for sharing these games, i think my anak buah might like it too.

    ReplyDelete
  18. Wah, nampak menarik. Sambil main boleh juga asah minda dengan sesetengah game yang ada.

    ReplyDelete
  19. wah banyak tu sampai 100 pilihan game. thanks sharing . boleh la bagi anak2 main weekend nanti

    ReplyDelete
  20. Nell pun main game ni skrg... best kan macam back to our childhood tapi in better version.. cantik sikit visual dia... banyak choice pulak... (Y)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!