JANGAN DENGKI, SETIAP ORANG REZEKI DAN UJIANNYA BERBEZA

JANGAN DENGKI, SETIAP ORANG REZEKI DAN UJIANNYA BERBEZA | ALHAMDULILAH pagi ni bangun Subuh dengan hati yang tenang, bahagia dan begitu positif sekali. Tak tau lah kenapa, nak kata dah memaafkan 'sesaorang' tu, rasanya belum boleh terima dan belum masanya lagi, tapi Subuh tadi memang memberi ketenangan buat diri Sis.

Terima kasih Allah kerana masih lagi beri peluang untuk meneruskan perjalanan hidup dan beri masa untuk terus bertaubat ke arah jalan yang benar. Bak kata status facebook Sis pagi ni, 'Kau manusia. Bukan malaikat. Normal kalau kadang kau baik, kadang kau jahat. Tapi ingat, sia-sia jadi jahat kalau tak jumpa jalan taubat!' .. so apalagi, setiap kali solat, usahalah untuk kerjakan solat Taubat.. baik ke kita, jahat ke kita, buatlah.. Allah sahaja yang Maha Tahu.. 

Dan yang paling penting, buang jauh-jauh perasaan hasad dengki kepada orang lain. Perasaan iri hati dan hasad dengki terhadap orang lain merupakan penyakit yang hampir setiap orang pernah mengalaminya. Inilah penyakit hati yang susah nak kawal. 

Orang yang mempunyai penyakit hasad dengki ini jika dibiarkan akan membuatkan hatinya menjadi tidak tenang kerana asyik memikirkan ketidakpuasan hati terhadap orang lain. Dia akan rasa gelisah jika ada orang lain melebihinya. Sebab itu, sebolehnya kita perlu jauhi dari sifat dengki ini.


Dalam hidup ini jangan terlalu dengki dengan kelebihan orang lain. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dan jangan pernah iri hati terhadap kejayaan orang lain. Itu rezeki mereka, rezeki kita tetap ada Allah bagi nanti.

Kadang kala manusia ini tidak boleh lari dari sifat sombong yang tak pernah rasa bersyukur dengan apa yang mereka ada. Kita selalu melihat ke atas, yang membuatkan kita selalu tidak pernah merasa cukup. Orang ada itu, kita pun nak.

Kadang kala kita rasa hidup kita ini tidak bahagia seperti orang lain. Kita selalu membanding-bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Kenapa kehidupan orang lain lebih sempurna dan lebih bahagia daripada kehidupan kita.

So macam mana cara kita nak merawat atau menghilangkan perasaan dengki jika sebelum ini pernah ada perasaan iri hati dan dengki dengan kejayaan, kesenangan dan apa sahaja orang lain dapat dan kita tak dapat yang membuatkan hati menjadi tidak senang. Jadi bagaimana kita nak menghilangkannya?. 

Jom kita cuba buat perkara yang di bawah ni. Pelan-pelan kita pujuk hati dan rawat hati kita. Yang penting, kita kena bersyukur seadaanya. 

1. Bila melihat orang lain lebih daripada kita jangan sesekali kita ada perasaan iri hati dan dengki kepada mereka. Kalau tidak hati tidak akan tenang. Apa yang kita perlu lakukan ialah bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ini. Tak perlu nak rasa cemburu atau iri hati. Setiap orang ada rezeki dan ujian yang berbeza. Jadi bersyukurlah..lagi banyak bersyukur lagi banyak rezeki yang datang.

2. Bila melihat orang lain mendapat kejayaan jangan sesekali kita ada perasaan iri hati dan dengki kepada mereka. Sebaliknya, kita ucapkan "Tahniah" dan bergembiralah bersamanya. Bila mengucapkan tahniah kita dapat mengelakkan dari sifat hasad dengki dan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama manusia.

3. Jaga hati kita supaya tidak ada perasaan dengki pada orang lain dan banyak banyakkanlah bersyukur, istighfar dan berdoa kepada Allah supaya memudahkan kita untuk mengubati penyakit hasad dengki ini.

Kesimpulannya, perasaan iri hati dan dengki merupakan penyakit hati yang amat bahaya dalam diri kita dan harus dibuang jika ada penyakit ini. Semoga kita semua dijauhkan dari penyakit hati ini.


P/S: #AkuYangTulisKauYangPanas ... tu pun dengki juga kann hohohohoho.. 

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Bila tak dengki rezeki lebih lancar. Hati tenang. Fikiran lapang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat benar PC, jiwa takkan tenang kalau ada perasaan dengki...

      Delete
  2. rasa dengki sentiasa akan muncul tunjuk hint dia bila kita nampak kebahagiaan dan kejayaan orang lain..bila perasan kemunculannya, cepat2 beristighfar dan sedar diri tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, kadang tu ada tanpa kita sedar, bila tersedar, cepat=cepat ucap alhamdulilah, syukur seadaanya.. ni bahagian aku..

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post