HAPPY MID-AUTUMN FESTIVAL


HAPPY MID-AUTUMN FESTIVAL | HARI INI 21 Sept adalah hari perayaan Pesta Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Malam tadi korang ada nampak dan lihat tak bulan? Yaa malam tadi bulan kemain cantik, penuh bulat macam kuih bulan hehehe. Sis sempat juga jenguk di luar tingkap lihat bulan, memang sangat cantikkk.. rugi korang yang tak menyaksikan bulan penuh tu, kemain bersinar-sinar bulan malam tadi. 

Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September. Ia selalunya hampir dengan ekuinoks musim luruh. Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang dan terang, menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas.

Kalau masa Sis duduk di Desa Jaya, waktu anak Sis kecil-kecil lagi, berjiran dengan kaum cina, Swee Lim namanya, tiap kali pesta kuih bulan, malamnya dia akan mengajak anak Sis main tanglung dengan anaknya. Berjalanlah kami sekeliling taman rumah. Seronokk sangat. 

Tanglung dia pun macam-macam jenis, tapi dulu femes tanglung Doraemon hahaha.. 

Happy Mid-Autumn Festival

Kalau Atuk Cina Sis ada, semestinya laa kami buat steamboat pada malam pesta kuih bulan. Makan beramai-ramai di luar rumah di bawah sinaran lampu minyak tanah bulan okay.. tu kenangan zaman Sis masih sekolah rendah dan Atuk Cina Sis masih sihat. Now dia dah takde dah.. 

Dan tahun ni pun alhamdulilah, puas makan Kuih Bulan dari pelbagai jenis dan rasa. Jujurnya yang paling Sis suka, adalah Kuih Bulan Snowskin atau Signature Yukino Mooncake dari SDS, sebab dia guna pure Musang King dan isinya penuh gilerr rasa durian, dah macam ko makan Mochi okay. 

Sis belum update sebab baru dapat kelmarin, nanti Sis share okay di blog, tapi di IG dan Facebook Pages Sis, korang boleh tengok. So far tiap tahun makan kuih bulan, yang SDS ni memang Sis suka, korang boleh cubanya, dan ianya Halal. 


Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting selain Hari Tahun Baru Cina. Perayaan ini disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan, selain dengan kuih bulan itu sendiri.

Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.

Untuk mereka yang meraikan; 

A bright moon and stars twinkle and shine. Wishing you a merry Mid-Autumn Festival, bliss, and happiness.

皓月闪烁,星光闪耀,中秋佳节,美满快乐!
Hào yuè shǎn shuò, xīng guāng shǎn yào, zhōng qiū jiā jié, měi mǎn kuài lè!


P/S: Harini tuan tanah kedaung bizi dari pagi sampai ke petang... harap maklum.. 

2 comments:

  1. tahun ni paling banyak dapat mooncakes...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, puas makan kuih bulan, muka pun dah bolat macam bulan hahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.