SEMINGGU SAMPAI DUA KALI AKU MASAK ASAM PEDAS


SEMINGGU SAMPAI DUA KALI AKU MASAK ASAM PEDAS | KALAU dah kata sampai dua kali masak asam pedas, maknanya memang sangat 'gian' beno laa kan nak makan asam pedas. Betul, memang lama sangat Sis tak masak asam pedas. Asal nak masak, ada je halangannya, ada je rezeki lain sampai, so asyiklah bertangguh. 

Dan akhirnya, bila dapat ikan hasil memancing Suami, apalagi seminggu sampai dua kali aku masak asam pedas. Bagi puashati makan sampai puas. Cuma pelik juga, dua kali masak, dua kali rasa pedas lada tu berbeza, sedangkan Sis kisar dalam satu blender dan Sis bagi dua dan simpan dalam freezer. So ikutkan mestilah sama je kan pedasnya. 

Tapi ni tak, kali pertama masak asam pedas Ikan Ketarap tu, pedasnya okay, kali kedua masak asam pedas ikan pari tu, makk aii, berapi bibir hahahaha.. 

Asam Pedas Ikan Ketarap

Asam Pedas Ikan Ketarap

Yang ni awal minggu lepas Sis masak, Asam Pedas Ikan Ketarap. Ikan hasil dari Suami memancing, dapat dalam 4 ekor besar lengan macamtu. Biasanya Sis bakar cecah dengan air asam, tapi haritu mood rajin, Sis masak asam pedas, perghh kemain sedap. 

Yang pertama ni masak pedasnya okay jerr, bahan dan cara pun masak macam biasa, sampaikan dah masak seperiuk tu pun, tiba malam, habis dah semuanya. Tinggal kuah aje, biasa kalau masak akan ada juga sisa sekeping dua ikannya, tapi kali ni licin hehehehe.. 

Tang kepala tu biasa arr, sapa punya lagi kalau bukan Suami yang punya, awal-awal dah 'cop' dulu kekekeke.. Oh, ya,.. asam pedas yang ni Sis letak daun limau purut, sebab daun kesum takde stok hahahaha.. so petik je kat kebun kecil Sism, jadilah, pun sedap juga... 

Asam Pedas Ikan Pari

Asam Pedas Ikan Pari

Dan selang beberapa harinya, dan kebetulan cili kisar yang Sis blender tu ada separuh lagi yang Sis simpan dalam freezer, so Sis masak sekali lagi asam pedas, tapi kali ni Asam Pedas Ikan Pari. Ikan pari ni Sis beli dengan jiran setaman ni, dia open order barang basah, memang kalau ada je Pari potong, Sis akan beli sampai dua kilo. 

Puashati beli dengannya, memang semua ikannya segar. Sis tunjuk Suami pun kata dia okay. Buat masa ni kalau Ikan Pari memang Sis masak asam pedas aje, sesekali je masak kari, tapi kurang sikitlah nanti anak-anak dan Suami makan, macam pelik kata mereka hahaha.. 

Dan kali ni punya kuah asam pedas, makk aii pedas berapi, padahal cili tu satu blender dengan cili asam pedas ikan ketarap tu, tu yang pelik beno tu hahaha.. agaknya terlebih letak lada hitam barangkali hehehehe.. apa-apa pun PUAS oii makan asam pedas seminggu sampai dua kali Sis masak. So minggu depan pulak masak lagi hehehe.. 

Tak Johor laa namanya kalau seminggu tak pekena asam pedas kan kan.. 


P/S: Rindu asam pedas air tangan Emak, huhuhu.. :(

17 comments:

  1. Waaahh.. sedap sangat laa tu sis masak asam pedas ni. Nak kena rasa. heeee

    ReplyDelete
  2. Samalah Sis. Tapi PC kadang lebih dua kali Sis masak asam pedas dalam seminggu. Sebab kami memang suka asam pedas. Tak kiralah asam pedas ayam ke, ikan ke.

    ReplyDelete
  3. kegemaran ramai ni asam pedas
    sil selalu msk so cik nur tumpang mkn. he hee

    ReplyDelete
  4. orang johor biasa lah tu kak, antara menu wajib hehehehe...
    best nya kak, ikan fresh bt asam pedas mmgla layan

    ReplyDelete
  5. Betul tu.. Apa barang kalau org johor tak berasam pedas. Suami ammi yg org melaka pun sama.. Asal turn dia masak je mesti nak masak asam pedas

    ReplyDelete
  6. wah asam pedas ikan pari...dulu duduk melaka biasa juga makan. duduk rumah pantai timur ni tak ramai yg masak asam pedas huhu

    saya singgah follow di sini ya :D

    ReplyDelete
  7. Sis..kte hari2 makan asam pedas pun x pe sis mmg suka sangat

    ReplyDelete
  8. ikan apa tu...hahaha..sedapnya masak asam pedas..ikan ke ayam semua suka

    ReplyDelete
  9. Nampak menyelerakan la sis lin. Sis pun baru2 ni masak asam pedas tapi sis masuk daun kari dan bunga kantan....nyum nyum....

    ReplyDelete
  10. Ana kalau asam pedas guna tak ikan pari, mesti ikan tenggiri.kuah kena lebih sebab boleh buat cicah dengan cekodok tak pun roti canai. Dapnya

    ReplyDelete
  11. Aduhai terliur lah tengok asam pedas ikan pari ni.. syok yer masak ikan fresh. Konfem sedap

    ReplyDelete
  12. fuhhh mmg padu asam pedas dia.. tgk pun dah tahu.. ni kalau msk smpi 3 kali maknanya dpt permintaan tinggi

    ReplyDelete
  13. Alahai menggiurkan asam pedas tu. Marsha asam pedas ni memang fav. Tapi tak berapa reti nak masak. Nt sis lin boleh x kongsikan resepi?

    ReplyDelete
  14. Wah nampak sedap lah asam pedas itu, sis pun nak try to masak asam pedas this weekend.

    ReplyDelete
  15. eh aku pun sekarang macam seminggu sekali wajib ada asam pedas pulak..hahahah

    ReplyDelete
  16. Asam pedas ikan pari tu feveret kita. Tapi seminggu sekali jarang juga buat asam pedas kita ni..

    ReplyDelete
  17. Asam pedas ni fav saya, setiap hari dapat makan pun takpe. Kahkahkahkah. Sedap kak asam pedas ni. Dapat daging tetel, ikan jenahak, ayam, telur mayung dan ikan pari. Cukup 5 hari berasam pedas. Hahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.