KORANG PANDAI MAKAN PEPAHAT TAK?


KORANG PANDAI MAKAN PEPAHAT TAK? | ADA yang pandai makan ke pepahat ni? Atau memang tak tau nama pepahat ni? Atau juga memang tak pernah nampak?. Tapi memang yaa pun, ada juga certain kawan Sis yang memang tak pelik nampak pepahat ni haa, siap tanya, 'Pebende tu Sis' hahahaha.. 

Sis dulu pun tak pandai makan, tapi bila tiap kali balik kampung belah Suami di Sabak Bernam sana, kakak ipar kadang rajin masak pepahat ni, kalau tak pepahat, dia masak mentarang, memang sedap wooo.. dalam pada tu, Sis jenguk gak laa macam mana nak masak pepahat ni, dan tanya juga kat kakak ipar, masak apa yang sedap pepahat ni. 

Sejak dari tu laa, bila ada jumpa je pepahat, memang Sis beli, percubaan pertama beli dan cuba masak je dah menjadi, terus jadi kesukaan Suami dan Sis. Anak-anak yang pun pandai makan kecuali si kakaknya.. dia semua benda jenis cengkerang dia tak suka. termasuklah kerang dan kupang. 

Dan batu-baru ni kebetulan kejiranan Sis ni ada open order makanan seafood frozen dan Sis ternampak ada pepahat, apalagi, memang Sis belilah dua kotak, sekotak tu isinya sekilo. Sekilo RM25, memang mahal tapi berbaloi giler kalau tengok pada isinya. 

Korang Pandai Makan Pepahat Tak?

Korang Pandai Makan Pepahat Tak?

Kalau beli pepahat jenis frozen ni Sis rasa paling muai dan berbaloi kot, sebab sekilo tu pepahatnya ersusun padat dan isinyanya tu memang betul beso dan berisi. Tak macam kalau kita makan kat kedai, sekali order, datang sepinggan tapi selak-selak kosong je takde isi.. pernah kena camtu?..

Sama macam kalau order lala juga, sampai sepinggan, tapi entah berapa ketul je isi lala yang ada, lain kosong je kann.. sebab tu laa bila ada open order frozen gini, Sis lebih suka beli, tak kisahlah kata tak fresh ke apa ke, yang penting, puashati makan. 

Kadang ada gak, kalau jumpa yang fresh beli, tapi sejak lama tak ke pasar ni, semua benda Sis beli online order jer.. senang dan selamat. 

Pepahat Masak Sambal

Dan utnuk kali ni, Sis masak pepahat masak sambal. Memang rata-rata kalau Sis baca dan tanya, ramai orang akan masak sambal aje pepahat ni. Tak tau kenapa, padahal Sis pernah masak lemak cili api, pun sedap... korang pernah cuba pepahat masak lemak?..

Nak masaknya pun senang, korang just cuci pepahat tu, tak payah buat apa-apa, tak payah nak kopek ke apa ke pepahat tu, just cuci bersih, then tumis laa bahan untuk di masak sambal tu. Bila dah garing sambalnya, masukkan pepahat dan kacau-kacau. Jangan masukkan atau tambah air, sebab pepahat tu akan keluarkan airnya sendiri. 

Lagi pekat smabal ko buat, lagi sedap sebenarnya, tapi masa Sis nak masak ni, alaaa time tu laa cili keringnya tinggal sedikit, so masak je laa mana ada.. tu yang nampak cair jer, ermmm... nak pecah telur, telur pun habis hahahaha.. takpe janji masak.. 

Untuk korang yang tak pernah cuba, silalah cuba.. makanan 'rare' ni, rugi kalau tak cuba. Sis suka, korang pandai makan pepahat tak?... 


P/S: Harini dah ada yang merentas daerah ke tu hehehehe.. 

22 comments:

  1. kerap kali juga nampak tapi tak pernah beli dan masak Sis.

    ReplyDelete
  2. Tak pernah pula kumakan ini..Dengor pun tak pernah..Lorhhhh

    ReplyDelete
  3. Ako x makan tapi Fatma sorang je makan :p

    ReplyDelete
  4. teringin nak makan tapi kat sini susah jumpa. pergi pantai asyik jumpa udang ketam kerang je. tu la biasa resepi pepahat ni jumpa masak sambal je. resepi lain jarang jumpa haha

    ReplyDelete
  5. tak pernah makan dan tak pernah cuba lagi... maklumla orang darat. Kat raub dan segamat mana wujud makanan laut yg camni

    ReplyDelete
  6. Saya pergi AEON selalu bampak pepahat segar. Tapi tak beli sebab tak pernah makan dan tak reti makan. Lala saya reti, pepahat ni saya tak tau nak sedut ke, tarik ke? Hahahaha.

    ReplyDelete
  7. Pernah makan di kedai stimbot..sedap. Ya, mmg ada yang tak lalu makan bila tgk fizikal si pepahat ni. Tapi skali cuba, pasti mencari lagi hehe

    ReplyDelete
  8. My BFF and I selalu makan pepahat di Shell Out. But I don't know that they are called pepahat. I called them bamboo or long shells. Hehehe. Thank you for sharing. Interesting post.

    ReplyDelete
  9. kita pandai makan ni sis tapi tk pernah masak sendiri, masa tu order goreng bercili, emmphh memang sedap, sambil taip ni pun terliur ;)

    ReplyDelete
  10. Sis suka Sis Lin. Boleh bayangkan makan pepahat masak cili dengan nasi panas. Tak pandang kiri kanan dah. Haha

    ReplyDelete
  11. Nina pernah masak sebab husband beli. Dah Cuba tapi tak berapa gemar. Kekadang husband beli kita tukang masak je

    ReplyDelete
  12. pernah makan 2 kali.. nak kata fav tu idokle.. heheheh.. lebih suka isi udang dan ketam lagi

    ReplyDelete
  13. Marsha pandai makan pepahat ni cuma jarang nak jumpa. Nak masak sendiri tak reti lagipun Marsha sorang je yang makan. Tapi memang kalau jumpa akan amik.

    ReplyDelete
  14. Kita x berapa pandai nak makan pepahat ni. Tapi kedai steamboat mesti ada tapi kita jarang amik..hehe..

    ReplyDelete
  15. Pertama kalimakan pepahat ni amsa pergi sekinchan. Sedap juga rasa dia. Kalau tgk masa hidup geli ,cara di agerak..ehhe

    ReplyDelete
  16. Uishh! Ni my family punya favorite ni, lagi2 if masak with Kam Heong style, memang licin pinggan 2 3 kali tambah nasi ni... (Y) tapi Nell jarang makan seafood. heaven for them la makan my portion sekali :P

    ReplyDelete
  17. Pernah makan sekali masak sendiri jer hehehe tapi kat steamboat banyak pepahat ni huhuhu liat jer radanya sedap kenyal2 huhuhuhh

    ReplyDelete
  18. Daku ni seorang yang kesian Sis. Hampir semua makanan laut daku tak makan sebab dulu belajar pasal hidupan laut hahaha
    Nak tau apa? PM tepi hahaha

    ReplyDelete
  19. Orang kata sedap. Tapi Iza memang tak boleh pergi la pepahat ni. Tak boleh masuk tekak Iza. Husband Iza suka la pepahat ni. Kalau makan memang dia je la. iza tak.

    ReplyDelete
  20. Oh yes! i like pepahat in chinese we called it bamboo clams, sedap kalau stir fry with chilli.

    ReplyDelete
  21. kalau sarawak panggil ambal. masak kari kering². sedap juga

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.