PEMINAT CILIK YOUTUBER AQIL ZULKIFLEE


PEMINAT CILIK YOUTUBER AQIL ZULKIFLEE | BAGI mereka yang ada anak yang melayan youtuber ni, kompom anak korang kenal lerr dengan youtuber Aqil Zulkiflee ni kan? Silap-silap, pegang handphone bukak youtube, tak habis-habis youtube video si dak Aqil ni, betul tak? Hahahaha.. 

Yaaa kisahnya tu sama lerr macam anak-anak sedara Sis ni haa, Danny, Mia dan juga Apis. Tu pun kadang anak sedara yang dah kira 'remaja' tu pun, sama gak melayan video dak Aqil ni, sampaikan Sis dan adik-adik kata, 'Entah apa je laa video budak Aqil ni sampai bebudak suka beno nengok',  Hahahaha... 

Yaaa ko, ni pengakuan jujur level Mak-Mak ni, memang content dia tu kalau 'orang tua' macam Sis ni nengok, agak 'annoying' okay hohohohoh.. #MohonJanganKecam ..

Peminat Cilik Youtuber Aqil Zulkiflee

Tapi... korang jangan tak tau, dalam pada Sis atau sesiapa laa yang kata camtu, tapi dia punya subcribers youtube dia makk aoii 1.21M okay.. siap dah pernah dapat GOLD PLAY BUTTON budak Aqil ni. Ko ngase?.. dah tentulah video dia semua jadi kesukaan ramai kan.. sekali up je view kemain beratus ribu... dan salah seorang viewer dia haa anak-anak sedara Sis la hahaha...

Sebelum ni Sis dah pernah jumpa dah budak Aqil ni masa Sis ke Cafe dia, tu pun anak sedara Sis,Apis yang bagitau. Tapi Sis takde up dalam blog, lupa ke apa entah, tak tau laa.. Masa tu Sis tak kenal langsung budak Aqil ni oii, hahaha dengar nama dia pun dari anak sedara jer, rupanya anak-anak sedara Sis kemain mengilai dan jadi peminat cilik youtuber Aqil Zulkiflee ni kesahnya.. 

Peminat Cilik Youtuber Aqil Zulkiflee

Peminat Cilik Youtuber Aqil Zulkiflee

17th Street Cafe & Barber atau Aqilicious yang terletak di Kota Masai ni adalah kepunyaan dia. Tapi dak Aqil ni orang Melaka, pelik gak yaa camne boleh bukak di Johor pulak, tu Sis malas nak google hahahaha.. tu sebabnya laa Aqil ni tak selalu ada di Cafenya, lagi sekarang ni tak boleh merentas negeri, memang takde laa nampak bayang dia. 

Cafe dia ni lebih femes dengan menu Corndog dari kalangan pelanggan yang datang, termasuklah anak sedara Sis ni. Berkali-kali ajak Mama dia pergi, tapi sebab Mama dia belum dua dos vaksin, so Mama dia tak bolehlah nak bawak. Dan semalam bila Mamanya sudah lengkap dua dos, Mamanya pun layankan laaa si Danny, Mia dan Apis bawa ke Cafe budak Aqil ni.. 

Peminat Cilik Youtuber Aqil Zulkiflee

Peminat Cilik Youtuber Aqil Zulkiflee

Kemain muka puashati ekk dapat pi Cafe Aqil tu, tak habis-habis mulut bercakap, tu belum dapat jumpa orangnya lagi, agak kalau dapat jumpa, camne gayalah si Danny dan Mia tu hahahaha.. tarapamm pam pammmm.. 

Alhamdulilah, selain menu Laksa Johor yang Sis masak semalam, Mama Mia belanja pulak corndog sorang satu semalam, murah rezeki Mama Mia. Lagipun nak puaskan hati bebudak tu, lagipun bosan memasing, dapat pusing Kota Masai jadi lerr hahahahaha... 

Bolehlah tahan sedap corndog dia, cheese tarik dia kalau makan pepanas memang menarik, kalau dah sejuk, cheesenya menolak hahahahaha.. apa-apa je lerrr ko.. adeiiii anak-anak.. 


Korang tengoklah video youtube dari DDFamily Chaos yang di ambil oleh Mia sendiri hahaha.. 

Tapi kan, nasib jugalah content video Aqil tu boleh laa 'lulus' untuk di tonton oleh kanak-kanak, semua content dia kisah dia aje, sampaikan kucing mandi pool pun dia buat video hahahahaha.. adoiii.. jangan Ayyom ko tersampuk nengok sekali sudah.. haru kang.. 

Korang kalau nak try corndog dia boleh ke Cafe dia, ada gak menu lain yang di jual. Dan Cafenya pun boleh Dine-In dah, dengan syarat sudah lengkap dua dos. Korang kalau nak tengok muka Aqil tu, korang pi lee youtube dia ekk hahahahaha... 

17th Street Cafe & Barber 
24a, jalan ekoperniagaan 10, 
Taman kota masai , 
81700 Pasir Gudang, Johor



P/S: Budak-budak sekarang ek, layan youtuber ko hahahaha.. Sis dulu layan Doraemon jerr.. 

12 comments:

  1. asah bakat diaorang sis biar jadi hebat cam Aqil tu..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha maunya nak Maknya, anak dia mnta buat TT pun Maknya tak layan hahahaha

      Delete
  2. Ammi tanya anak-anak..dorang tak pernah tengok youtube Aqil ni.

    nampak nau ammi kejam suka block youtube kat handphone anak hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kira tak semua laa yang kenail Amie, tapi pelik juga, peminat dia milion hahahaha

      Delete
  3. Betul fanatik ni smpai ke kedai si aqil. Heheh betul2 ramai budak2 viewers aqil ni. Content dia best lah jugak. Saya pun layan kadang2. Tpi biasa lah annoying tu saya pun rasa jugak hahabah lupa dah apa tagline si aqil ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan dekat dengan rumah, tu yang memaisng excited.. rezeki je takde nak jumpa si Aqil tu..

      Delete
  4. Ya rabbi...Samalah budak berdua ni..Dok sibuk la tengok si aqil ni tau.Bila bgtau aqil ada bukak kedai kat sini, sibuk nak pegi jugak..Tapi tulah tak pegi-pegi lagi..Umi dia malas nak melayan..aqil zulkiflee gaga..gaming

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa kannn, bebudak suka tengok youtube dia kann, ko bawalah dia pi cafe Aqil ni haa, kasi puashati hahahaha

      Delete
  5. I haven't heard of this YouTuber before. But it's good that he now owns a cafe. That's awesome. I will check out his channel later. Thank you for sharing this information with me, Sis Lin.

    ReplyDelete
  6. Wahhhh corndog tu buat i lapar hahahhaa. Ade pulak menu laksa johor. Dah la kita lama mngidam hehehe

    ReplyDelete
  7. Ni lebih kurang ngan anak saya. Suka follow youtuber sampai nak beli segala benda mereka review. Preston Plays mereka follow. Ni mintak mak siapkan bilik utk streamer. Green screen bagai!!! Hahaha. Kita kena support. Mak sekali main game. 🤭🤭🤭

    ReplyDelete
  8. Hebat anak-anak sekarang. Ada bagus nya juga, sejak kecik dah belajar Jana pendapatan kann..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.