IKAN PEKASAM CILI API, SEKALI MAKAN PASTI TAMBAH NASI LAGI


IKAN PEKASAM CILI API, SEKALI MAKAN PASTI TAMBAH NASI LAGI | BILA kata menambah nasi jerr, uiii bahaya betullah kan hahaha.. lagi-lagi kalau ko tengah kurangkan nasi, memang mengugat iman dan mata betul kalau ternampak. Tu sebab kalau time puasa, jarang sekali Sis nak masak ikan pekasam cili api ni, memang makan tak ingat haper kang. 

Tu Sis, kalau Suami, kadang nampak aje baki semalam punya ke, dia main cuit ratah, eee lagi bahaya, kalau masak memang hadap sekali habis laaa.. Nasib baik juga Yana pandai makan, so kalau masak dua ekor gitu, boleh habis laaa makan. 


Ikan pekasam ni Suami beli masa kami singgah beli air kelapa dan limau barli di Bandar Seri Alam tu. Suami ternampak pakcik tu ada menjual ikan pekasam, tu dibelinya sampai 3 bungkus, kata Suami buat stok, sebab nampak fresh ikan pekasamnya, iyolaaa bang.. 

Kalau style Sis, memang Sis goreng ikan pekasam cili api macam ni, lagi sedap makan. Lagi pulak kalau ikan pekasammnya banyak isi beras dia, lagi di goreng dengan cili api, lagi sedap woooo.. korang nak resepi? Okay, Sis tuliskansi bawah ni, resepi ikan pekasam cili, sekali makan pasti tambah nasi lagi hehehe..

Ikan Pekasam Cili Api

Resepi Ikan Pekasam Cili Api 

Bahan-bahan :
  • Ikan Pekasam paket
  • Bawang besar 
  • Bawang putih
  • Cili api
  • Belacan

Cara Memasaknya :
  1. Goreng ikan pekasam dalam kuali/pan yang tidak melekat dengan minyak yang sedikit hingga garing masak.
  2. Kemudian ketepikan ikan pekasam tu di hujung kuali.
  3. Bawang besar, bawang putih, Cili api dan juga belacan tu, korang cincang, atau macam Sis, Sis guna chopper aje. 
  4. Tumis bahan yang di cincang tadi di dalam kuali bersebelahan dengan ikan pekasam tadi.
  5. Masukkanlah bahan perasa sedikit. Pastikan jangan letak garam, sebab ikan pekasam tu dah masin. Sis akan tambah lada putih dan lada hitam aje sebagai penambah rasa.
  6. Bila dah garing, ikan pekasam tadi tolak ketengah kuali dan kaup-kaupkan bahan tumis cili tadi ke atas ikan. Then tutup api. 
  7. Masuk dalam pinggan, ceduk nasi makan.. 

Senang je kan, janji ada pekasam.. takde pekasam, boleh je guna bahan tu dan bahan untuk ikan asin lain, pun sedap wooo.. paling sedap, ikan keli goreng hahahaha.. selamat mencubanya.. 


P/S: Harini nak masak Asam Pedas Ayam, lama tak masak asam pedas ayam.. 

8 comments:

  1. Dulu akk buat stok jugak pekasam ni tapi tulah, bukan bertambah nasi sekali tapi berkali2, tobat laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sama laa Kak, ni pun ada stok tu, nanti je laa masak, bahayaaa

      Delete
  2. hahah mcm suami ammi haritu. ammi goreng pekasam utk dia buka puasa..makan tak hengat pastu nak ngaji lepas maghrib dah x boleh. tercungap mengah. risau gak ammi kene sakit jantung ke apa..aduhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekekeke kann Amie, boleh bertambah nasi senak perut.. tapi tetap nakk..

      Delete
  3. Ikan pekasam ni jangan buat main-main, boleh menggila makan nasi. Mantap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, memang kalau masak bau je dah membuka selera, apa lagi time makannya hehehe

      Delete
  4. sedapnya ikan pekasam..memang sedap tu kalau makan nasi panas2..jadi penamah nasinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, sekali makan, bertambah nasi hehehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.