MENU LAUK KAMPUNG PALING SIMPLE TAPI MENYELERAKAN


MENU LAUK KAMPUNG PALING SIMPLE TAPI MENYELERAKAN | SEMALAM entah apa rajinnya nak tukar selera, asyiklah makan ayam, makan daging dan seafood, so semalam kebetulan ada ikan kembong besar dalam freezer, Sis terus plan nak masak menu lauk kampung paling simple tapi menyelerakan. Dan ternyata, alhamdulilah, tak sampai Maghrib, semua lauk licin hehehe.. 

Rajin dia tu, sampaikan awal pagi Sis dah masak, belum jejak jam 12pm semua lauk pauk dah siap masak dan hidang, ko ngase?.. Sampaikan Yana yan g tengah bekerja, bila Sis hantar gambar ke family group wahtsapp, dan dan lee dia terus balik nak makan hahahaha.. 

Menu Lauk Kampung Paling Simple Tapi Menyelerakan

Menu Lauk Kampung Paling Simple Tapi Menyelerakan

Menunya pun bukan apa laa sangat lauknya, Sis cuma masak, Ikan Goreng Kembong, Sayur Lemak Kobis dan Kacang, Sambal Belacan dan Ikan Asin Goreng, tu jerr lauknya, tapi padanan lauk sebegitu, cukup membuka selera betulkan.. 

Makan pula dengan nasi panas, perghhhh boleh menambah nasi kalau tak tahan godaan sambal belacan dan sayur lemak tu.. Sis siap ratah sayur lemak tu dengan sambal belacan, sedap macam makan lontong gitu.. puashati semalam masak dan makan. 

Then lepas makan, ada laa pencuci mulut tu haa, kawan Suami bagi Jambu Batu 3 biji beso, siap dengan kuah rojak lagi, so Sis potong-potong hidang sekali, barulah anak makan, kalau tak di potong, memang membatu le jambu tu dalam peti ais hahaha.. 

Sesekali masak menu lauk kampung gini memang laa sedapkan, sampaikan anak bujang cakap semalam, 'Kalau tak, hari-hari asam pedas' hahahaha, sabo je laa anak aku.. Okaylah, nanti Mak masak lagi, kita tukar pulak dengan Sayur Lemak Labu, uiii sedapnya... 


P/S: Time menaip ni, hujan selebat tidak turun... Alhamdulilah.. 

16 comments:

  1. Replies
    1. Kannn, sesekali menu lauk kampung gini memang menyelerakan..

      Delete
  2. Simple tu yg kadang2 bahaya. Takut lupa brapa kali dah senduk nasik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe Ammi, sekali makan tak ingat pinggan hahaha

      Delete
  3. Pulak ada sambal tu ya Sis. Kawan baik masak lemak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, memang kawan lee makan berpinggan hahaha

      Delete
  4. Sedap tengok ikan goreng tu.. besar dan pasti sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan ikan kembong besar, memang sedap goreng aje, isinya lembut Kid..

      Delete
  5. menyelerakan semua menu sis lin.. :)
    kalau ada kesempatan jemput join GA shida ya sis lin tq~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah Shida, rezeki anak-anak..
      Okay..

      Delete
  6. sejak2 ni alas meja dia lawa betul...

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Yee Eda, sesekali boleh, selalu, hancuss diet hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.