HI-TEA KAMI HARGANYA CUMA RM22 SAHAJA UNTUK 2 ORANG

HI-TEA KAMI HARGANYA CUMA RM22 SAHAJA UNTUK 2 ORANG | Murahkan hehehe bukan senang nak dapat harga murah, rm22 sahaja untuk 2 orang, kalau share berdua cuma bayar rm11 seorang sahaja. Murah ke mahal? Tapi nak beli korang kenalah donlod Fave, kalau takde Fave, korang walk in harganya rm29.90 (2pax), mahal sedikit aja, tapi still murah lagi. 

Baca SINI untuk panduan membelinya . 

Nak di jadikan cerita, pada mulanya Sis beli untuk Sis dan anak yang Sulung tu, dia memang suka berhi-tea ni. Dan sewaktu duduk bersembang dengan geng-geng blogger lain, tercerita pasal hi-tea ni, derang pun kata macam best je kan, dan apalagi memasing free, so Sis beli lagi 4 baucer, dan kami sepakat Jumaat 8/2 baru-baru ni, kami semua pergi. Kalau ikutkan 4 baucer 8 orang, tapi tak cukup sorang, kami hanya ber-7 sahaja. 

Hi-Tea nya di Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru. Sebelah The Zone Bebas Cukai tu haa. Parking senang, boleh park dalam hotel atau park depan hotel. Ada masa full juga, ikut nasiblah. 

View tempatnya cantik, pakailah cecantik, nanti boleh OOTD hahahah.


Tengok tu, bukan main bergaya berpinky-pinky gitu kan hehehe. Meriah dan happening, walaupun beberapa ketul aje. 

Lebih kepada pink, sebab request budak besday girl si Farahain nak suruh pakai pink hohoho tapi Sis ko pakai purple hehehe.


Tadi bergambar di luar dari kawasan Hi-Tea, yang ni bergambar di depan Palm Louge tu. hehehe.
Macam biasa, muka Sis ko takde sebab Sis ko yang amik gambarnya hahahaha.

Manis-manis semuanya kann..halah halah halah ..


Dan inilah tempat kami berhi-tea rm22 tu hehehe. Korang kalau datang awal, korang boleh pilih tempat yang mana korang nak duduk. Berbaloi kan kalau tengok tempat dan hi-teanya tu kan. 
Jadilah ..dapat duduk dan makan me time sambil berborak beramai-ramai. 

Lebih kepada gelak ketawa aje. Bila dah jumpa macam-macam cerita ado ..


Lagi gambar dari kami heheheh. 
Bukan senang nak berjumpa dan bergambar, makanya amik kesempatanlah bergambar sebelum makan. Kang lipstik hilang pulak katanya Farah hahaha. 

Korang mesti dah zoom zoom menu tu kan hahaha. sabar kejap lagi Sis cerita hehehe. 


Ini Sis bagi antara contoh terdekat menu yang ada. Dia ada 3 pilihan.

English set, Fusion Set dan Johorean Set. Set rm22 tu korang pilih antara satu set tu. Make sure sehari sebelum korang call dan buat reservation ya. Nanti kat sana, mereka akan minta tengok baucer tu dan mereka sendiri akan swipe baucer tu. Korang jangan memandai nak swipe sendiri . 

Gambar atas ni antara contoh menu english tea set. Burger, pizza dan juga scone, serta buah dan air. Kenyang juga makan tau. 


Yang ini Johorean set. Nama pun johorean kan, so mestilah menu dia kuih muih trasional, juga ada roti jala, keledek goreng dan juga teh. Kalau nak tukar kopiO pun boleh tapi tak boleh refill, teh boleh refill. 

Set yang ni Sis rekemen , juga set english set tu, sebab menu dia agak berat dan kenyang la juga. Sebab menu biasa korang makan. 


Dan set yang ni Fusion Set. Lebih kepada manisan. Kalau korang datang just nak hanging up borak sesajer dengan kawan , okay set ni korang boleh amik, ibarat buat geli-geli je la korang makan hehehe. 

Sis pun tak berapa makan set ni, sebab nampak semuanya agak manis. ada puff, kek cheese, macaroon, choc brownies, chicken wrap dan juga ada meatball blognese. Disertakan juga dengan teh. 


Kebetulan 8/2 besday Ain dan Sis pulak nak sambut belated Kim yang dah terlepas tu, so pakat belikan kek sambut sekali kat sana. 

Happy Belated Day Ain & Kim 
May Allah bless both of you..


Kek korang boleh beli kat kaunter sana, ada macam-macam jenis jual, roti pun ada, harga ikut jenis kek dan roti. Dan ada jugal jual set kopi + kek rm12.90 . 

Kot mana tau korang tak kenyang makan hi-tea tu, boleh le beli kek dan roti yer..ada jual kat sana. 


So kalau korang nak berhi-tea dengan harga yang murah, bolehlah korang beli di Fave ya. Dan search carilah nama seperti dalam gambar tu. 

Nanti klik Buy Now, tick berapa banyak nak beli, dan terus bayar. Bayar online, atau visa masterkad pun ada. 

Selepas bayar, dapat aje baucer, JANGAN SWIPE , biarkan aje, dia akan ada simpan di muka depan my vouchers. Bila nak guna korang bukak baru swipe di tempat kejadian.

Faham? Kalau tak faham, baca dulu syarat dan terma dan cara untuk redeem di Fave tu.
Okay! Selamat berFave hehehe.

Nanti sambung pulak Hi-Tea Geng Bas Sekolah Sis pulak hahahaha.
Dalam sehari, 2 kali Sis ko berhi-tea hahahaha. 

Tapi happening!! okBai..





P/S: Ramai yang tanya, alhamdulilah. Rezekilah buat Berjaya dan juga Fave, Sis ko tolong review jer sebab BAGUS!   :)


Post a Comment

10 Comments

  1. Haa..maceh sis..saya share yg ni kat status wassap saya yaaa..senang kawan2 belek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh @Sunah , sharing aje, supaya kita sama-sama kongsikan kan...

      Delete
  2. oooohohoi makanan ditayang.. apa ni bikin kite terliorrrrr ni..
    kite xdak hitea.. ada hot tea adala hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha jom meh datang Johor, nanti kita berHi-Tea sesama ya @Siti ..

      Delete
  3. Replies
    1. Kannn dah sangat murah dah @Dilah, ramai sangat PM & DM tanya..rezeki merekalah kita promote...

      Delete
  4. Syoknya ber hitea sekali sekala dengan gegirl, meriah betul tgk ha dah la harga murah set hi tea tu, sure kenyang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Julia, kalau Ju dekat, boleh kita pergi sama-sama ..

      Delete
  5. thank you sis! makanan hi tea dia best and murah pulak tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesama @Farah..next time ada rezeki kita pergi lagi ya ...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com