LIMA BELAS MINIT BERJALAN KAKI DARI HOTEL KE SURIA KLCC

LIMA BELAS MINIT BERJALAN KAKI DARI HOTEL KE SURIA KLCC | Kalau bagi Sis 15 minit tu agak lama oi hahaha. Mana tak kena marah dengan anak-anak, jalan 15 minit pun nak ajak naik kereta hahahaha. Hujung minggu baru-baru ni, anak-anak last minit plan ajak Sis bercuti ke KL dan Genting Highlands. Asyik nengok Emaknya duduk nagadap laptop buhsan, maka anak Sis,Yana mengajak pergi bercuti, padahal kami takut juga sangkut jem, sebab Malaysia cuti panjang.

Tapi alhamdulilah sepanjang perjalanan dari Johor ke Shah Alam, kami tak sangkut jem. Kalau ada pun cuma kereta perlahan aje. Tapi dari Utara nak ke Melaka, kuss semangat, punya panjang jemnya, bersambung ke Seremban dan juga Nilai, phewww jenuh tu mereka sangkut jem.

Malam sebelumnya anak-anak dah booking hotel di Agoda. Kami sepakat semua bermalam di tengah-tengah badaraya Kuala Lumpur, iaitu di Vortex Hotel Suites & Residences. Korang boleh bukak Agoda untuk tempahan. Anak dapat book dan beli yang biliknya ada 2, untuk 4 orang dengan harga RM 260 1 malam. Kecuali Ayahnya aje yang tak ikut sekali. Masih sibuk kerja di sana.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/08/lets-go-travel-and-enjoy-mother.html

Seawal pagi Sis dah gerak, terus ke Shah Alam nak amik Kakak. Anak bujang Sis malam sebelumnya dah sampai Johor dari Mersing. Kakak-kakaknya paksa balik suruh ikut. Jadi dapatlah kami berkumpul anak-beranak tanpa Ayahnya kali ini.

Sampai Shah Alam terus ke bandar Kuala Lumpur, tapi kami lunch dulu. Pasang waze rasa sekejap aje sampai Kuala Lumpur tu. Check in hotel jam 3pm, memang ngamlah masa kami sampai tu.



Korang kalau nampak bangunan tinggi bolat berkaca camtu, haaa tu ler Vortex Hotel Suites & Residences tempat Sis dan anak-anak menginap. Memang betul-betul tengah bandar. Tak sangka juga dapat tidur hotel kat dalam bandar Kuala Lumpur ni, biasa dengan Suami menginap di Shah Alam aje. Alhamdulilah, terima kasih anak Sis, Yana.

Hotel kami booking ni ada 2 bilik tidur, katil saiz queen, sofa bed, tv astro, hall beserta dining, dapur, ruang menggosok, 2 tandas, juga mesin basuh, dapur memasak, oven, microwave semua ada, senang cakap macam homestay tau, semua kelengkapan sedia ada sebab tu namanya Suites & Residences dan juga paling best sekali, view dia boleh nampak menara Kuala Lumpur. Itu yang paling best sekali!.



Haaa nampak tu, satu gambar tu waktu siang hari, view dari dalam bilik, dan satu lagi gambar waktu malam. Memang Sis tidur malam tak tutup langsir, Sis biarkan aje macamtu. Seronok nengok Menara Kuala Lumpur tu bercahaya hehehe. Jakun pun jakunla, janji kita kecapi nikmat kepuasan bercuti tu. Bila lagi kan? ..

Lepas dah rehat-rehat sekejap, tunaikan apa yang patut, petang sikit anak-anak ajak keluar ke swimming poolnya. Saje nak meninjau, ikutkan nak mandi, sekali anak-anak ni boleh lupa bawa baju mandi, duk nganga je le nengok orang mandi.



Lepas Asar kami duduk membawa ke hampir Maghrib, lama ke tak lama. Kami anak beranak duduk sambil berOOTD dan juga berborak dan berehat melihat matahari terbenam. Sangat relax sekali. Walaupun cuaca agak panas tapi bila dah tepi pool gini, sejuk aje, memang rasa nak terjun aje hehehe.

Masa ni Suami call, macam-macamlah dia tanya, yang anak pulak, sorang-sorang nak bercakap dengan Ayahnya, nak bagitau kat sini bestlah semua, sampai Ayahnya kata rugi tak dapat join hehehehe. Takpe Ayahnya, adik dah janji nanti dia bawa Ayahnya pulak bercuti ke tempat lain hehehe. Doakan adik murah rezeki katanya, aamiinn..



Haa cuba nengok gambar pertama tu, nampakkan sebelah kiri tu ada bangunan bolat tu? Haa itulah tempat Sis menginap, ini pemandangan dari depan pintu masuk Vortex Hotel Suites & Residences. Memang jelas nampak dekat beno lee Suria KLCC tu. Kalau ikut waze, 15 minit aje berjalan kaki. Makanya berjalan kakilah kami anak beranak.

Yang gelihatinya, setiap 5 minit berjalan, berhenti, 5 minit berhenti, bukan penat, tapi anak-anak gasak bergambar hahaha. Teruja nampak itu Suria KLCC yang cantik mengeluarkan lampu warna bendera Malaysia. Memang masa hari yang Sis pergi tu Hari Merdeka 31hb Ogos.



Walaupun 15 minit, sampai Suria KLCC tu berpeluh gak oii hahaha. Lemak dah terbakar barangkali hahaha. Masuk aje dalam, phewww mak aii ramainya orang, sana sini orang, celah sana celah tiang, celah ascalator semua orang hahaha. Kira sesak jugalah. Anak-anak ajak makan, dalam kepala Sis, kedai apa apa ajelah yang ada kat dalam KLCC ni, mesti mahalkan, ermmm...

Nak taknak cari juga tempat makan, walaupun kena beratur. Ingat nak makan kat Madam Kwan's tu, tapi mak aiii lagi panjang beratur, makanya makan ajelah di Little Penang Cafe ke entah namanya, lupa daa Sis. Harga dia standard aje macam kedai makan atau cafe biasa tu. Cuma agak tak selesa sebab orang ramai, ada yang menunggu, so nak duk lelama tu sian pulak.

Lepas makan anak ajak ke tempat air pancut KLCC tu, alaa ni pun Sis tak tau namanya. Taunya pancutan air berirama gitu. Haaa tempatnya di tingkat atas sekali eh ye kot, lupa jugalah hahahaa. Sebab perasan macam naik escalator, erkk sorilah Sis lupa. Hahahaha.

Kalau kat sini makk aii ramainyaaa laaa, pelik tu macam kat luar negara ko, kebanyakkannya semua macam warga asing gitu, erkk..Kelass ko main lepak KLCC ko! Sis ko pun ni lerr baru sampai hahahaha.

Dulu pernah pergi KLCC ni, Suami bawa anak-anak ke Aquaria tu. Masa tu anak-anak sekolah rendah lagi. Punya lama kan tak datang sini hehehehe. Maklum kami orang Johor aje hahahaha. Orang KL mestilah selalu pergi kann..


Malam sampai bilik, duduk nengok laa ngadap Menara KL tu lagi hahaha, anak-anak pun sama, ni pun Sis amik gambar curi-curi masa anak merenung masa depan duk asyik melihat Menara KLCC tu hehehe..

Yang tak menahannya, malam tu Sis tidur mimpi hantu Langsuir ko!!! Apa ke hal laaa Langsuir ikut Sis ko bercuti ni..eeeee...anak-anak duk gelakkan Sis bila Sis cerita. Ada ke Langsuir tu kejar Sis, terkencit-kencit Sis berlari, nasib tak terkencing atas katil 😆 .

Okaylah nanti kita sambung lagi. Nanti Sis cerita Sis dan anak-anak naik Gondola atau bahasa omputihnya Cable Car naik Genting Hinghlands. Best woooo..tunggu ea..

OkBai, nak sesiap nak pergi #FoodReview petang ni..
Bai..


P/S: Kalau ada Suami sekali memanglah seronok tapi apakan daya, tanggungjawab kerja di utamakan.

12 comments:

  1. Adoi... Tgh syok2 bleh plak dikejo cik lang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerrr boleh pulak dia ikut bercuti sampai ke KL sana Kak @Seri aishhhh

      Delete
  2. Nak juga dia masuk dalam mimpi Sis ye..Allahuakbar..cahaya ditengah bandaraya..sesekali kan Sis..apa salahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laaa @PC, nak juga dia ikut hahahaha...
      Iyerr tak berkedip kalau nengok depan mata ..

      Delete
  3. Replies
    1. Seronok @Wak, lagi pulak bersama anak-anak ..

      Delete
  4. Best betul bila anak- anak dah besar..harap Dania nanti layan SA sama macam anak- anak sis layan sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah @Suria, mudah-mudahan ada rezeki anak-anak untuk kita ..

      Delete
  5. hahahhaha seronok baca...dulu pergi KLCC banyak kali jugak, tapi kebanyakannya lalu dalam tu nak ke tempat lain, dengan pergi conference kat situ, tapi tak pernah la saja2 jalan2 dalam tu nak shopping ke ape..sebab situ kan jammed..bukan jammed kereta je, jammed dengan orang pun ye jugak...hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makaseh @Sunah sudi membacanya hahaha..
      Nanti jom kita pi KLCC hahahaha, jenjalan cari makan..hehehe

      Delete
  6. dah macam adik beradik bila bergambar...^_^

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.