Header Ads


BELIKAN SUAMI GARMIN FISHFINDER STRIKER-4 UNTUK HARI JADINYA HARI INI


BELIKAN SUAMI GARMIN FISHFINDER STRIKER-4 UNTUK HARI JADINYA HARI INI | Alhamdulilah, untuk tahun ni masih ada di berikan rezeki untuk Sis belikan Suami hadiah sempena hari lahirnya harini 28/7 hasil dari menabung sikit-sikit duit blog dan juga duit adsense Sis, syukur alhamdulilah.

Kalau tahun lepas, Sis belikannya mesin pancing Bosnaa SW8000, untuk tahun ini Sis belikan Suami Garmin Fishfinder atau senang kata GPS untuk kesan di mana lubuk ikan atau tempat ikan 'membawang' berjemaah. Sis memang lama tahu Suami nak GPS ni, sebab selalu perasan Suami asyik laa membelek kat Shopee GPS ni, then Sis belek dan tengok harga, dari situ laa pasang niat, Sis kumpul sikit-sikit nak belikan untuknya, alhamdulilah niat tercapai.

Lebih dari 14 minggu dah menunggu, risau juga takut sampai lewat atau selepas birthday atau kang tup-tup Suami beli sendiri, tapi nasib baiklah sempat sampai ngam-ngam semalam sampai, dan harini birthday Suami..


Mula nak beli tu Sis agak risau juga, betul ke ni? Okay ke yang ni, seller okay ke, ye laa beli dalam harga yang mahal, kita takut plak kena tipu atau duit lesap aje kan. Takkan nak tanya Suami, kang dia tau pulak. So Sis belek dan belek, jumpa satu seller ni, baca review dan rating, semua bagus. Dan ramai rate 5 bintang servisnya, so terus laa Sis order.

Sebelum tu Sis chat dulu dengan sellernya. Sis tanya macam-macam tentang GPS ni, nak yakinkan Sis, Sis tanya, boleh ke guna di Malaysia, sebab barang ni kan luar negara, takut setting tak boleh plak ngam dengan Malaysia. Tapi dia kata ini yang okay dan ramai orang guna. Kalau memang ke laut besar atau senang kata nelayan, ada satu lagi, GPSnya besar lagi..tapi sekadar laut biasa mancing suka-suka tu, yang ini pun dah okay sangat katanya.



Harga Sis beli RM699 di Shopee. Kalau di kedai Sis tak tau, sebab memang tak survey pun harga di kedai walk in, hanya beli terus di Shopee. Ada juga yang sama tapi harga murah, tapi review tak ada dan rating 1 bintang, ngeri pulak nak beli. Sebab apa Sis amik Seller yang ni, sebab rata-rata Sis baca, semua beli dan guna jenis ni. So Sis beli aje laa yang ni.

Pos memang lama ler, sebab oversea kan, dalam masa 14 hari macamtu. Sos memang betullah, hampir 14 hari dah ni, semalam sampai, memang on time betul!.. Ianya di datangkan dalam satu kotak, dengan set lengkap segala wayar dan barang pemasangan beserta panduan memasangnya. Nampak tak susah juga nak memasangnya, cuma kena baca betul-betul step by step.


So sampai aje barang, Sis balut cecantik, dan malamnya Suami sampai rumah terus Sis SURPRISE!!.. Hahahaha..gelak Suami malam tadi... yang anak-anak pun tukang gelak nengok Emaknya surprise Ayahnya hahaha.

Sebab belum pun jam 12am, tapi Sis dah surprise awal hulur hadiahnya. Memang Suami tak jangka akan dapat GPS ni haaa.. sebab Sis tak bagitau pun barangnya dah sampai hehehehee..ye laa nak bagi surprise kan, kenalah bijak berahsia hehehe..

Apa-apa pun, Sis sangat bahagia melihat wajah Suami gembira, suka sangat bila dapat GPS ni.. macam excited tak sabar nak pasang dan nak mencubanya.. terharu pulak Sis..

Happy Birthday Suamiku sayang. Di kau adalah ayah terbaik untuk anak-anakku dan lelaki terhebat dalam hidupku. Semoga dirimu selalu sihat dan terus dipanjangkan umur. Terima kasih untuk kebahagiaan yang telah kau berikan kepadaku selama ini. Semoga Isterimu ini akan terus menjadi isteri terbaik untukmu. Hari ini usia mu semakin bertambah dan bertambahnya usia mu itu telah membuktikan yang kita telah semakin lama bersama. Terima kasih untuk segala pengorbananmu wahai Suamiku. Aamiinn..


P/S: Moga lepas ni dapat ikan besau ya Suamiku.. !! 

15 comments:

  1. Wahh untung suami sis dapat hadiah istimewa dari sis.. lepas ni boleh suami sis guna pergi tangkap ikan besar2

    ReplyDelete
  2. Sayang suami Sis Lin dapat kejutan hadiah macam ni. Love bini support hobi laki. ^^

    ReplyDelete
  3. Kalau bab hadiah, memang kena tengok apa insan tersayang minat. Baru lah sayang lebih kat akakkkk. Hehehe. Bawa balik ikan best best lagi nanti. Ekekekeke

    ReplyDelete
  4. Senyum lebarlah suami sis gamaknya ye :) bahagia dia dapat isteri yang faham & support hobi dia. Moga bahagia selalu sis & suami.

    ReplyDelete
  5. boleh dapat jerung dah ni, bawak balik masak asam pedas. hahaha

    ReplyDelete
  6. Tertanya2 jugak, biasa nelayan ada guna apps ni untuk cari ikan jugak eh? Advance tech sekarang 😅. Kaki pancing or candat sotong tgh laut mesti cari alat ni

    ReplyDelete
  7. Hb en Suami
    Mancing kat laut aje
    jangan mancing kat darat

    ReplyDelete
  8. Bagusnya sis support minat suami siap hadiahkan lagi. Haha ena tak tahu pon pasal ni. Mantap harga tu kan. Mesti makin sayang

    ReplyDelete
  9. Wah.... Tentu seronok husband sis dapat hadiah ikut minat dia. Kita pun baru tahu pasal bendalah ni. Anyway, happy birthday to husband sis lin. Moga sihat sejahtera, dilimpahi rezeki yang berkat dan sentiasa dalam lindungan Allah. Aamiinnn...

    ReplyDelete
  10. First time dengar gos ikan hehhehe.. tapi belikan sesuatu yg suami suka mmg sangat bermakna kan

    ReplyDelete
  11. Seronok lah tu dapat hadiah yang suami sis suka kan. Hahaha. Apatah lagi kita ni kalau orang perempuan dapat hadiah yang laki macam mana lah agaknya.

    ReplyDelete
  12. wahhhh nie kalau kaki pancing memang sukalah kalau dapat hadiah macam nie. mesti senyum sampai ke telinga suami sis lin tu. happy birthday buat suami sis lin ya =)

    ReplyDelete
  13. Sis..mesti Encik Abang kaki pancing ni... Happy Birthday untuk suaminya sis ye...

    ReplyDelete
  14. syok laaa lepas ni tangkap ikan besar2..

    ReplyDelete
  15. untuk dapat gajet ni.. mmg bahagia si abang sayang hahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.