Header Ads


LAYANKAN ANAK-ANAK YANG NAK MAKAN SEOUL GARDEN


LAYANKAN ANAK-ANAK YANG NAK MAKAN SEOUL GARDEN | Agak lama sungguh sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tu, Sis anak beranak tak duduk makan di Mall. Yaa kalau makan dalam restoran yee ada, tapi kalau dalam Mall, inilah pertama kalinya kami makan.

Ini pun melayankan anak-anak yang nak sangat makan Seoul Garden. Ayahnya kerja siang hari, makanya Ayahnya hanya hulur duit dan Sis laa yang bawa dan layan anak-anak nak makan. Syukur juga sebelum Suami pergi kerja di hulurnya duit, Sis tak minta pun, tapi Suami hulur, Sis cecepat amik, sebelum hilang fikiran hahahaha.

Sepakat tanya anak nak kemana, memasing nak ke Jusco Bandar Dato Onn aje, sebab Sis pun nak masuk Daiso dan cari baju 'kerja' baru hehehe. Memang pantangkan kalau dah masuk Mall, ada je nak di belinya. So ke Jusco Bandar Dato Onn le kita.

Sampai aje terus menuju ke Seoul Garden. Si bujang dan Yana kemain ngadu lapar, lapar, hahaha..memang ngam le waktu kitaorang sampai jam hampir 2pm dah. Solat sesiap dulu kat rumah baru keluar. Yee sekarang susah le masuk Mall ke, nak solat kena giliran dan kena bawa telekung dan sejadah sendiri. Kadang tu penuh sangat, jadi nebes kita nak masuk surau sekarang tau, huhuhu..



Kalau di Jusco Bandar Onn, Seoul Gardennya ada di tingkat paling atas sekali, berdepan dengan Pizza Hut. Tapi kebetulan masa pergi tu, ehh penuh plak Seoul Garden, macam ada reunion dalam tu, tapi still boleh masuk, sebab banyak meja.

Seoul Garden ni masih dan tetap amalkan SOP, cuma bila Sis kata nak satu meja, dia kata 'tak boleh', then Sis jawab, 'kami serumah satu family', tapi tetap juga kata dia 'tak boleh nanti polis datang, kena saman RM5k' hahahaha..ni kes tak tengok tv dan baca berita up to date ke apa haaa? Kan dah boleh duduk meja ramai-ramai kalau serumah, aiyooo yooo..

Malas nak layankan pekerja macam bangla dia tu, Sis gan anak-anak terus je duduk, tapi meja dia tetap ada social distancing. Kelakar juga, apa kes oii nak makan bakar-bakar ni duduk jejauh, lawak sungguh..



Dapat aje duduk, pekerja dia tadi datang bawa menu. Katanya 'Kakak order sahaja tulis, tak boleh bangun amik, saya juga amik'..iyee laaa tau, sekarangkan mana bole beratur amik makanan ala buffet macamtu, tapi kalau di Seoul Garden ni, bukannya ada ramai orang, at least kalau ko control sorang-sorang amik makanan, rasanya ookay kot adeiii..

Dah kitaorang main tulis je laa apa nak, tanpa fikirkan apa ke bonda yang kitaorang amik makan hahahaha..tapi sebab anak dah biasa makan, so Sis iyekan aje laa apa yang anak order.

Tup-tup bila sampai ke meja, kuss semangat, okay dah tak payah order lagi, makan sampai kenyang semuanya, tak cukup baru round ke-2 hahahaha adeiii...

Cuma nak puji laa, menu dia pada hari Sis makan, semua rasa fresh giler, termasuk perapan-perapan daging, ayam dan seafood dia semua macam baru perap dan fresh. Yee ikutkan begitulah, tapi ada certain Sis pergi makan, bila makan, daging perapan mereka semua tak fresh rasanya dan potongan dia kemian nipis sampai hancur, so boila bakar, kecut dah tak sedap lee, takde rasa isi.

Tapi haritu makan situ, sedap! Potongan daging dia nipis tapi lebor, so puas le mengigit. Pekerjanya pun pakai penutup mulut dan sarung tangan, kebersihan pun bagus, sikit-sikit lap sana sini, Sis ko perhatikan aje budak bangla tu hahahahaha..

Settle makan, terus ke Daiso, dan juga merayap satu Mall. Dapatlah 2 pasang baju dan juga peralatan berkebun hehehe.. Balik terus hulur resit kat Suami, minta claim kakakakah..Selamat Suami tak bebel, cuma dia tanya, 'kenyang tak tadi makan?' hehehehe..

Alhamdulilah, tu le kisah Sis dengan anak-anak, tu tak cukup sorang tu. Si Kakaknya di Shah Alam tengah sibuk dengan A'Nastasea dia.. dah hampir 80% done untuk di promosikan, stay tuned laa korang ya..

Okay cukup dulu sini, nak masak.. nanti sambung lagi ya..


P/S: Bila hujung minggu dah tiba, apalagi, masa untuk 'dating'.. lalalalala.. 

33 comments:

  1. SA ngan Dania pun suka makan kat Seoul Garden...cuma harga dia mahal skit kan...SA walau mahal janji sedap dan selesa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee SA, harga memang mahai dari dulu, kalau pelajar dan warga emas ada le dapat diskaunnya ...tapi berbaloi lerr, makans ampai kenyang..

      Delete
  2. saya tak pernah masuk seoul garden :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa lepas ni kena cuba, ada rezeki cubalah...

      Delete
  3. Naim tak pernah lagi mencuba Seoul Garden ini. Iyyalah masa PKPB masih ketat dengan undnag-undang. Semoga anak-anak happy kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Naim, kalau ada anak-anak kecil ke, better tunggu laaa dulu, ni sebab melayankan anak-anak ni haaa, Emaknya masuk le juga..

      Delete
  4. Nanti bila cukup korum ulang lagi Sis.Lucu pulak nak makan bakar-bakar tapi kena dududk asing-asing.Aduh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa PC, yang sulung tu lagi lee suka makan Seoul Garden ni...
      Kan kann ada ke duduk jejauh, then Sis lantak je laa hahahaa

      Delete
  5. lama rasanya kaella tak makan seoul garden ni. alahaii jadi craving pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe nanti try laaa, sekarang ruang banyak kosong hahahaa

      Delete
  6. Tak pernah lagi masuk seoul garden ni. Aktiviti menggembirakan anak-anak adalah yang paling mnyeronokkan.
    Saya follow sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Azirah..ada rezeki boleh cuba..
      Done follow juga..

      Delete
  7. Lama dah tak masuk Seoul Garden. Sejak PKP hari tu. Bila tengok Sis Lin dah singgah dan makan... dan dan terasa nak singgah juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe sekarang banyak ruang ksoong Eiza, maklumlaaa SOP kan, tapi tu le kelakar nak duduk jarak-jarak membakar..

      Delete
  8. Adik2 za pun suka makan kat seoul garden ni tapi za tak suka sgt.. Za suka makan jenis ala carte je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo bagusnya Zaza..Sis pun jenis suka melayan, sebab lambat nau nak tunggu dia masak hahahaha

      Delete
  9. saya memang suka makan kat seoul garden. Dapat makan sebulan sekali kat sini dah ok. memang berbaloi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Madi, ini pun rasa sebelum PKP tu kot tak pergi makan, ni lee baru cuba makan restoran hehehe

      Delete
  10. wah dah lama jugak tak ke seoul garden. kalau nak makan dekat seoul garden ni, sehari sebelum memang saya tak akan makan apa2, nak readykan perut. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha adeiii ko sama dengan Sis, kalau nak makan menu buffet macam ni, mesti nak kena kosongkan perut hahahaha

      Delete
  11. Huishh, lama betul tak singgah ke Seoul Garden nihhh, Fuhh! Last masa aman belajar kat Melaka, pastu dah tak pergi langsunggg..gitu ek skrg, musim PKP ni..Huhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makk aii lamanyaaa oii Nona...jom Nona kita dating sini hehehe

      Delete
  12. sedapnyaaa hehe lama tak makan seoul garden terliur ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan, Sis pun lama gak tak makan ni, last makan tahun lepas hehehe

      Delete
  13. lama tak bersteamboat kat luar. biasa steamboat kat rumah je. Tak pernah try Seoul Garden, biasa g Johny Steamboat dekat area opis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan...Sis plak lama tak singgah Johnny...kalau dulu selalu gak makan sebab dekat..

      Delete
  14. Kami sekeluarga belum pernah lagi dine-in kat Seoul Garden ni... selalunya Dubuyo je.. tengok menu tu nampak menyelerakan... nanti bolehla Cuba Seoul Garden pula kannnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo Sis balcklist Dubuyo tu, hahahah perh=gi sekali dapat layanan hampeh dan menunya indah khabar dari rupa dan rasa... huhuhu

      Delete
  15. Dah lama tak makan seoul garden ni. Nak cuba juga lar. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah, now walau dalam SOP, tapi kualiti menu dia tetap sama..

      Delete
  16. Wow so nice to have Korean food at Seoul Garden! I love Korean food too. nak visit it one day too la but I still try stay at home most of the time now.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Rane, anak i semua suka makan makanan Korea..
      Baguslah you, stay at home is better, stay safe ya..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.