SELAMAT DATANG JULAI 2020


SELAMAT DATANG JULAI 2020 | Wowww harini dah 1 Julai 2020 kan, bermakna dah setengah tahun 2020 berlalu. Ermmm apa ada banyak ke yang korang dah berjaya tunaikan atau laksanakan sepanjang setengah tahun ni? Kalau untuk diri Sis sendiri sejujurnya, takde yang nak di banggakan tapi setakat harini, alhamdulilah, masih di beri peluang untuk nikmati bahagia bersama keluarga tercinta.

Yaa, untuk tahun 2020 ni, seawal tahun kita dah banyak mengalami bermacam situasi dan hidup dalam ketakutan, gara-gara wabak virus Covid19 tu. Bermula dari bulan Mac sampai laaa ke harini kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang dah masuk fasa 4 yaitu Pemulihan. Pun kita belum menang lagi, wabak tu masih berlegar-legar ke sana ke sini mencari mangsa. Kita ni haa kena waspada dan berhati-hati.

So korang, amacam pagi 1 Julai 2020 ni? Yang ada anak sekolah tabika dan pra-sekolah, harini dah mula laa kan sekolah. Sama juga dengan anak sedara Sis,Mia tu, harini dah mula bersekolah semula, kemain tak sabar nak jumpa tecer kesayangan dia dan juga kawan-kawannya. Ye laa budak kan, dia mana tau risau, yang dia faham dah boring duduk rumah aje hehehe.

Sis? Pepagi harini selepas Suami pergi kerja, bukalah 'opis' ni kejap, then blog walking sana sini kejap, baca email, jawab email, kemudian haa ada masa sikit ni, tu yang update ni haa entri ni. Sebab kejap lagi nak off opis dan nak keluar pi pasar jap beli barang dapur untuk masak malam ni.


Iyoo, malam ni Sis ada event potluck di rumah Sis. Ala kitaorang saja balas balik open raya yang tak jadi-jadi nak buat tu, so kira ni macam reunion raya le gitu hahahaha. Tema pun baju raya. Alaa bukan ramai mana pun, sekadar dapat jumpa setelah sekian lama gila tak jumpa mereka.

Menu-menu pun memasing semua bawa menu sendiri, kemain meriah dalam list menu. Tak apalah, biar banyak janji cukup makan, jangan kurang, kang segan Sis selaku tuan rumah. Menu-menunya nanti laa Sis kongsikan dalam sebuah entri ya.

Dan kepada korang yang dah mula happy-happy menjelang bulan Julai ni, yee laaa sebab dah banyak kelonggaran yang kerajaan telah umumkan, termasuk gak Suami Sis tu haaa, kemain senyum bila kata kedai urut dah di buka harini, badan dah sakit-sakit katanya minta urut...  tapi ingat yaa korang! Sentiasa amalkan SOP dan sentiasa berhati-hati tidak kira walau di mana sahaja ya.

𝐏𝐀𝐓𝐔𝐇𝐈 𝐒𝐎𝐏 𝐇𝐈𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐊𝐋𝐔𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐁𝐀𝐑𝐔

  • Kini pembukaan lebih banyak sektor sosial yang dibenarkan beroperasi, selepas lebih tiga bulan ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
  • Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan sejak 10 Jun 2020, sektor sosial mula dibuka beransur-ansur dengan kelonggaran dan kebebasan diberi kepada rakyat untuk ‘hidup’ dengan amalan kebiasaan baharu dan kawalan kendiri bagi mengekang penularan wabak COVID19.
  • Selain pembukaan prasekolah, tabika serta tadika kerajaan dan swasta, mulai 1 Julai juga lebih banyak kelonggaran termasuk membenarkan taman tema beroperasi, selain saringan suhu badan dilakukan sekali sahaja di pusat beli-belah.
  • Selain itu sebanyak 54 taman tema termasuklah taman tema air akan beroperasi semula, yang melibatkan lebih 10,000 tenaga kerja di seluruh negara.
  • Selain itu, pusat spa, pusat perapian kesihatan atau wellness dan urut kaki, pawagam, teater serta acara secara langsung di dewan tertutup dan juga aktiviti riadah kolam renang turut dibenarkan beroperasi pada 1 Julai.
  • Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan penganjuran majlis sosial termasuk majlis perkahwinan, majlis pertunangan, majlis berkaitan keagamaan seperti tahlil, akikah, doa selamat serta majlis sambutan ulang tahun perkahwinan dan hari lahir mulai pada tarikh sama.
  • Semua pihak diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan (KKM), termasuk memastikan jarakan sosial dipatuhi pada setiap masa dan mengehadkan jumlah pengunjung berdasarkan kapasiti ruang serta saiz kawasan.
  • Bagi majlis sosial seperti majlis perkahwinan dan akad nikah pula, jumlah tetamu yang dibenarkan adalah tidak melebihi 250 orang pada satu-satu masa sama ada ia dijalankan di masjid, dewan, rumah ataupun lokasi lain.
  • Pastinya kita tidak mahu timbul pula kluster kenduri kahwin seperti di Bandar Baru Bangi sebelum ini atau pun kluster taman tema, atau apa jua kluster baharu sekalipun, maka sebab itulah pentingnya untuk kita mematuhi kawalan kendiri di kala berseronok.
  • Harus sentiasa ingat bahawa perang terhadap COVID-19 belum lagi tamat meskipun sudah ada petanda baik yang menyaksikan negara berada di landasan betul untuk menuju sifar kes, sekali gus bebas daripada ancaman COVID19, berdasarkan kes jangkitan yang kembali mencatatkan satu angka semalam.

Sumber telegram MKN
#KitaJagaKita


P/S: Ajom lee kita mula mengemas dan memasak masak..!! 

38 comments:

  1. semoga semuanya akan baik2 di masa mendatang, aamiin

    ReplyDelete
  2. X berasa dah pertengahan tahun..

    Jemput join giveaway ya ☺️

    https://ejulz.blogspot.com/2020/07/giveaway-by-ejulz-mamapie.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann tau-tau dah separuh tahun dah kan..

      Delete
  3. Tahun 2020 ni kenapa semuanya rasa sekejap eh, raya rasa sekejap, tahu-tahu pulak dah masuk bulan baru haihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Faizzah, sebab kita terlalu mengejar PKP cepat berlalu...tu sebab pantas aje masa..

      Delete
  4. Replies
    1. Alhamdulilah, meriah sangat...terlebih makan dah rasa..

      Delete
  5. Ya pada bulan ini juga sekolah semua akan dibuka semula. Semiga segalanya dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiin, moga anak-anak patuhi SOP yang di berikan...

      Delete
  6. bestnya ada potluck! Haritu masa raya dah buat jamuan dah, potluck ni susah sikit sebab memasing pun tak sempat nak masak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa betul, tapi memang geng Sis suka nau buat potluck hahaha boleh cuba makan bermacam makanan..

      Delete
  7. pOtluck bestnya.. Banyak lauk pauk nih nanti. Semoga julai lebih bersinar apabila semua dah more back to normal. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan lauk pauk, tapi berjenis makanan ado hahaha...

      Delete
  8. Alhamdulillah dah masuk julai kan Sis.masing-masing pun dah nak mulakan persekolahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa PC, semalam dah mula juga sekolah, lepas ni semua naik dah, tambah meriah jalanraya..

      Delete
  9. Dah setengah tahun. Moga dipermudahkan segala urusan kita dengan norma baharu ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Shad, aamiinn, moga kita semua dilindungi..

      Delete
  10. Sekejap je dah setengah tahun kita menjalaninya. Semoga dipanjangkan umur Sis Lin sentiasa.

    ReplyDelete
  11. Maknanya dah separuh perjalanan kita pada 2020 ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Wak, diam tak diam, dah separuh tahun dah ni..

      Delete
  12. bulan 7 merupakan bulan yang paling saya suka, sebab bulan ni bulan kelahiran saya :)

    ReplyDelete
  13. Semoga semuanya baik2 belaka. Kita belum menang. Masih risau lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa kita belum menang, kena berhati-hati dalam setiap gerak geri..

      Delete
  14. alhamdulillah welcome july 2020 yang awesome! insyaAllah kita lebih baik

    ReplyDelete
  15. cepat betul masa berlalu ek...terkejut sikit da berlalu setengah tahun! tapi tetap aku suka bulan julai selama-lamanya...kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ye lerr, sebab ko lahir bulan Julai hahahaha

      Delete
  16. Welcome July and pray for the best to come too! Mesti ikut SOP to stay safe kan. Let's adapt the new normal lifestyle

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameenn, hope July will be good to us...

      Delete
  17. Kita dh hntr anak masuk tadika semula. Ikutkan hati mmg xnk hntr tapi papanya ckp smpai bila nk kurung. Kena jalani kehidupan mcm biasa. Tapi alhamdulillah lah sekolah nya pun ikut sop betul2. Tiap masa update kat apps sekolah temperature anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee betul tu Zaza, kita kena bersedia dalam kehidupan norma baharu ni...kesian juga kat anak-anak kalau kita kurung mereka kan... janji anak sihat, boleh pergi sekolah..

      Delete
  18. Welcome julai. Rindu MCO. Semua baik aje. Dengar cakap. Duduk diam diam d rumah. Sekarang dah tempoh pemulihan. Maka, banyak la tengok ibu bapa lupa bahawa COVID-19 ni masih ada. Kat shopping mall siap bawa kanak-kanak dan bayi. tanpa pakai face mask. Penjarakkan sosial lg la kelaut. Huhu. Sekarang kita jaga diri kita dan dan org bawah jagaan kita sahaja. Nak tegur org awam, karang bergaduh. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerrr Ruby, sama Sis, suka situasi MCO, sebab banyak masa kat rumah, bila kata dah bole keluar, semua nak keluar huhuhu terus rasa macam cukture shock plak gahahaha ...

      Delete
  19. Sis, saya baru baca, tema baju rayaaaa..HAHAHAHA~
    Masheh sis, jemputtt....Jemput ler lagikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sengal le ko Nona oiii...lauk menu pun jadi jadi taik hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.