Header Ads


CARA MUDAH MASAK CHILI CRAB SINGAPORE YANG SEDAP


CARA MUDAH MASAK CHILI CRAB SINGAPORE YANG SEDAP | Hola! Morning semua, selamat hari Isnin yang barakoh kepada semua. Dah makan sarapan ke tu? Atau ada yang berpuasa? Selamat menjalani ibadah puasa sunat ya buat mereka yang berpuasa.

Agak lama juga Sis tak kongsikan menu resepi atau masak-masak di blog Sis ni. Bukan sebab tak masak, tapi hari biasa tu, Sis masak menu yang dah pernah Sis masukkan resepinya di sini. Dan pagi ni pun sama, nak taknak arghh Sis up jugalah menu Resepi Chili Crab Singapore ni. Cumanya yang beza, kali ni Sis masak ikut resepi blogger Mat Gebu.

Kalau sebelum ni Sis ikut resepi Secuitrasa,  Resepi Chili Crab , tapi kali ni Sis ikut resepi Mat Gebu plak. Dari segi bahan dan cara masak, paling senang dan mudah resepi Mat Gebu ni, So kita cuba.



Ketam Nipah ni Suami beli Jumaat kelmarin. Dan Sis masakkannya hari Sabtu esoknya. Memang hampir setiap minggu Suami akan beli ketam nipah ni dan minta di masakkan. Sebab Sis ni dah 'profesional' bab cara membunuh ketam nipah ni, makanya bila Suami bawa balik hidup-hidup, Sis dah tak heran dah hahahaha..

Biasa Suami belilah dalam 5 atau 6 ekor. Sis akan masak semuanya, takde simpan-simpan, biar puas makan semua, tak rebut. Dan kali ni Suami kata masak Chili Crab lagi. Anak kata masak Lemak Cili Api, tapi Suami kata tak sedap ketam ni masak Lemak Cili Api, so apalagi, jom kita memasak!.



Sebelum tu ketam tu di bunuh kasi mati dulu ya. kalau tak tau, boleh try cara mematikan ketam nipah yang Sis kongsikan tu. Senang ajer. Mula-mula memang takut dan tak biasa, tapi bila dah tau tekniknya, alaaa 'kacang' ajerr hahahaha..

Lepas dah mati, ketam tu di cui bersih. Sis kerat dua ketamnya, dan body cengkerangnya Sis simpan dan di masak sekali nanti. Ikutlah suka korang. Setelah itu, ketam itu di gorengkan. Hanya letak garam dan serbuk kunyit aje sikit. Pastikan minyak betul panas baru di goreng ya.



*Ni Sis copy paste dan edit resepi asal dari Mat Gebu, nanti korang gandakan bahan mengikut berapa banyak ketam korang tu ya. 

Bahan-Bahannya : 
2 camca besar sos cili
1 camca besar cuka makan
1 biji telur, dipukul sedikit
6 biji bawang merah*
4 biji cili merah*
1/2 inci belacan*
2 biji buah keras*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
(Semua bahan bertanda * dikisar halus)
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasaknya : 
- Masukkan bahan kisar halus dan sos cili tadi, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.
- Masukkan cuka, air dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Masukkan ketam, gaul rata dan masak sekejap. Tuang telur tadi disekeliling ketam. Biar sekejap dan gaul rata-rata hingga menyaluti ketam tadi.
- Masak hingga pekat, matikan api dan hidangkan.
- Taburlah dengan daun bawang atau bawang goreng sebagai hiasan jika perlu.

Resepi asal Mat Gebu 


Taraaa siap sudah Chili Crab Singapore yang Suami minta masakkan. Kali ni letak telur lebih sikit, so kuah dia sedap makan!. Licin sekelip mata walaupun ada perebutan sepit pada malam itu hahahaha... Alhamdulilah, nanti tunggu anak yang sulung balik pulak baru Suami beli lagi. Yang sulung tu lagi le hantu makan ketam ni.

Kalau dulu nak makan ketam ni, kena pi kedai seafood aje, now sejak Sis dah pandai membunuhnya, tu yang Suami sakan beli jee, sebab dia tau Sis dah boleh masak ketam ni.. Tapi yaaa, Sis tak pernah masak ketam nipah ni Lemak Cili Api, sebab Suami kata tak sedap. Korang pernah cuba ke? ..

Kalau biasa nampak pun memang kedai masak Black Pepper atau masak Chili Crab aje kan, lain masakan tak pernah plak orang ada kongsi resepinya.. kalau korang tau, nanti share kat Sis ya.. kot laaa boleh try resepi lain.

Okaylah, nanti sambung lagi, now dah membelai pokok kejap, baru beli pasu semalam, so nak alihkan pokok ke dalam pasu baru.

OkBye.


P/S: Resmi Sis bab masak ni, kalau Suami kata benda tu tak sedap masak itu ini, memang Sis takkan cuba menu tu, begitulah Sis ko hehehe.. 

12 comments:

  1. Saya kalau masak ketam tak pernah belah dua. Rasa sayang takut isi ketam tu terkeluar kat tepi tu. Hahahah..

    Biasanya saya buat masak 3 rasa je..
    Anak2 suka..

    Sama la kita..kalau suami dan anak2 kata tak sedap memang tak masak dah menu tu. Kalau nak pi beli je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo Sis kalau masak memang kerat dua, tapi tengok pada ketam punya saiz..
      Kan kan, kena ikut majoriti, kalau kata semua tak sedap, memang tak masak lee lagi..

      Delete
  2. Ketam nipah memang sedap..tapi sayang anak-anak tak suka makan ketam

    ReplyDelete
  3. Betul, Lin.. ketam ni tak sesuai masak lemak, dia sesuai Chinese Style. nak masak pun kung kang kung kang riuh dapur macam kat restoran cina, hahaha. Akk kalau masak ketam, tak suka goreng dulu, akk lagi suka kukus, isinya lagi sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Kak, kadang teringin gak, tapi Suami kata taks edap, sayang kalau kang masak semua tak makan..
      BIasa Lin kukus gak, cuma resepi yang ni kata goreng, Lin goreng plak..

      Delete
  4. Saje je kan...kita dah la lama x makan ketam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe sabar SA, sikit aje lagi hahahaha

      Delete
  5. besarnyaaaa ketam !! puas hati makan kalo besar cemni.
    saya nak pinjam resepi eh.. tapi x pulangkan tau. nak study nak cuba..
    tapi nak kena cari ketam gemok2 dlu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa besaq, sebab tu kena jadi pembunuh ketam yang profesional hahahaha

      Delete
  6. bagus laki bini suka makan dan tau masak macam mana sedap..gerun aku tengok sepit ketam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr ko, makan tak gaduh punya, sebab selera sama hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.