Header Ads


MAKAN NASI LEMAK DAUN SEMPO DI KONG KONG LAUT


MAKAN NASI LEMAK DAUN SEMPO DI KONG KONG LAUT | Assalamualaikum korang, apa khabar? Haaa kalau tak sihat pi la check ya, kang lain plak penyakit tu. Yaa biar mencegah sebelum parah ookay.

Maaf ya kalau ada yang bertanya Sis tu. Yaa dah 2 hari Sis kesibukkan sampai tak nyempat nak blog walking sana sini, nak update blog sendiri pun sampai mood malas datang Sabtu lepas dan akhirnya semalam pun hanya 1 blog posting je Sis update. Memang tak sempat, super duper bizi!!

Apa yang Sis bizikan? Nantilah Sis akan kongsikan kemudian ya. Tapi alhamdulilah, Suami amat memahami, memang setiap hujung minggu Suami akan bawa Sis keluar seharian. Sabtu Suami dah habiskan masa memancing, so Ahad masa bersama Sis.

Macam biasa laa pepagi kami dah keluar mencari sarapan. Tapi pagi semalam agak lewat sikit keluar sebab hujan turun kemain lebat!. Tapi dalam hujan juga kami berlari masuk kereta hahaha. Sebelum makan, pagi tu kami pergi kedai menjual jajan, Suami membeli makanan biskut tin, dan Sis beli jajan-jajan nak packing nanti.


Lepas dah settle semua, terus Suami bawa ke Kong Kong Laut hantar barang then kami sarapan di sana. Sis hanya tunggu aje di meja makan sambil order air, Suami yang order dan mencari sarapannya. Tiba-tiba datang Suami dia bawa 2 nasi lemak yang berdaun sempo tu. Waaa teruja kejap Sis melihatnya. Last makan beralaskan daun sempo ni waktu ke Belitung dulu. Tak sangka plak di Kong Kong pun ada.

Korang tau ke daun sempo tu apa? Alaaa yang orang bungkus tempe tu laa, haa itulah daunnya.. Nasi lemak tu berlaukkan sambal sotong aje. Tapi serius cakap, memang sedap!. Nampak macam sikit je nasinya, tapi bila makan, ehh bersuap-suap plak tak habis-habis hahahaha.


Belum pun habis nasi lemak daun sempo tu, Suami pi ordernya sate daging tu. Yaa dia memang tau Sis suka makan sate, tu yang pepagi pun nampak sate, katanya terus ingat kat bini hahahaha 'Suami beli jiwa' nampaknya hahaha.

Habis ke makan? Habis tak habis kena habiskan juga. Rezeki jangan di buang-buang. Memang Sis kalau makan, akan makan licin. Kekadang siap perabiskan yak Suami punya, sayang! Sebab tu Suami suka belikan Sis makanan, dia tau bininya akan perabiskan hahaha.


Lagi satu, korang kalau makan di Kong Laut pepagi tu kan, korang bolehlah menjamu mata melihat para peniaga menjual ikan, semua ikan segar dari laut. Suami pun beli gak ikan dan juga siput gonggong. Siput gonggong tu bukan senang nak jumpa, so bila dah jumpa, memang Suami akan beli.

Selesai makan, Suami singgah laa melihat boat dia sekejap dan kemudian kami terus lagi selesaikan urusan kami sampai lewat petang baru laaa sampai rumah. Nasib laaa anak-anak semua dah besar dah faham, so kalau Ayah dan Emaknya balik lambat, memang takde laa yang menelefon tanya. Pepandai laa memasing nak masak dan makan.

Lagipun anak sulung Sis dah balik, memang riuh le rumah. Balik aje rumah memang Sis dan Suami keletihan giler! Balik tengok anak-anak dah masak dan dah siap makan. Malam pun Suami beli aje, memang tak larat nak masak weiii...

Selagi tak selesai urusan kami, memang akan bizi laaa kami hingga hujung minggu ini. Moga Allah permudahkan semuanya. Aamiinn..

So lepas ni kalau nampak nlog Sis hanya update satu atau dua atau mungkin tak update, Sis ookay cuma bizi sesangat ya! .. nanti Sis kongsi ya.

Now off dulu, ni pun update guna handphone sambil tunggu kereta servis.
Jumpa nanti ookay. Bai.


P/S: Alhamdulilah, terima kasih Ya Allah .. 

21 comments:

  1. Menarik palk tengok nasi lemak guna daun tu..x pernah la SA cuba for sure...

    ReplyDelete
  2. faham akan kebizian itu..Sedap kan nasi lemak berbungkus daun ni.Kita tak pernah lagi makan nasi lemak daun sempo ni..selalunya daun pisang tu jelah

    ReplyDelete
  3. Setiap kali baca mesti ai baca Laut Hong Kong.

    ReplyDelete
  4. Ada aura tersendiri nasi lemak guna daun ni...saya pun suka pergi kat satu warung di Gelang Patah ada nasi lemak guna daun ni...

    ReplyDelete
  5. Rawlins tertelan air liur plak bila tengok packaging nasi lemak gitu - memang membangkit selera la kalau makan nasi lemak bungkus daun kan

    ReplyDelete
  6. first time tahu pasal daun sempo ni. Kalau beli tempe pun selalunya yang dalam plastik ataupun daun pisang haha

    ReplyDelete
  7. wah uniknya! first time nampak nasi lemak dalam daun macam tu. selalu nampak bungkus pakai daun pisang, tu pun macam susah dah nak jumpa :)

    ReplyDelete
  8. Aduii nampak menyelerakan kak! Serius! Sarapan pagi esok nak masak nasi lemak. Hahaha.

    ReplyDelete
  9. Kak pun blm pernah mkn nasi lemak daun sempo ni nti nak ajak suami cari

    ReplyDelete
  10. Alamak.. nampak sedapnya nasi lemak sis hehe.. makanan sarapan yg selalu sy amik kurangnya seminggu sekali

    ReplyDelete
  11. Woww menarik nya nasi lemak ni.. Biasanya iena dengar nasi lemak daun pisang je. Nmpk sedap and menyelerakn betul nasi lemak ni😍

    ReplyDelete
  12. Woww menarik nya nasi lemak ni.. Biasanya iena dengar nasi lemak daun pisang je. Nmpk sedap and menyelerakn betul nasi lemak ni😍

    ReplyDelete
  13. Woww menarik nya nasi lemak ni.. Biasanya iena dengar nasi lemak daun pisang je. Nmpk sedap and menyelerakn betul nasi lemak ni😍

    ReplyDelete
  14. omg.. mouthwatering by just looking at it!! i wanna go try this nasi lemak too!!!!

    ReplyDelete
  15. First time dgr tmpt nama kongkong laut.. Nak try Google lokasi dia di mana lah.. Nasi lemak daun sempo nampak menarik dan sedap.. Nanti leh try..

    ReplyDelete
  16. haah la aku pun last makan mi belitung dulu tu alas daun sempo ni..

    ReplyDelete
  17. wahhh nampak sangat menyelerakan ya. boleh cuba nanti hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.