Header Ads


PAKAI TOPENG MUKA TERLALU LAMA, KULIT MUKA AKU JADI BERMASAALAH


PAKAI TOPENG MUKA TERLALU LAMA, KULIT MUKA AKU JADI BERMASAALAH | Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, pemakaian topeng muka sudah menjadi satu kemestian sewaktu keluar rumah. Ada ketikanya kita pun rasa tak selesa dan rasa lemas kan? Sis pun time mood ke-laut, kekadang tu tak pakai pun, agak masuk kedai yang ramai orang barulah Sis pakai.

Pemakaian topeng muka jelas bertujuan bagi mengurangkan risiko si pemakai daripada terdedah kepada jangkitan virus COVID-19. Namun, timbul pula masalah lain akibat daripada pemakaian topeng muka yang berterusan iaitu masalah kulit wajah.

Yaa tu ler satu masaalahnya yang Sis hadapi. Bila dah seharian pakai, dan keadaan cuaca terlalu panas, kulit muka Sis mula gatal dan naik bintik-bintik ruam, terutamanya di dagu, huhuhu dah banyak kali dah kena, jadi seriau kalau nak pakai topeng muka.

Tapi nak buat macam mana, terpaksa laa juga pakai dan serasikan diri dalam suasana norma baharu ni. KoraNg ada masaalah yang sama tak macam Sis?


Topeng muka sebabkan keradangan dan masalah kulit muka

Ada sesetengah orang yang boleh mendapat iritasi atau keradangan pada kulit wajah mereka apabila mengenakan topeng muka. Apatah lagi jika topeng muka yang dipakai itu digunakan dalam jangka masa yang agak panjang.

Sebagai contoh, petugas barisan hadapan yang memakai topeng muka selama berjam-jam sewaktu bertugas. Mungkin kita juga pernah memakainya dengan kadar waktu yang lama seperti sewaktu menaiki kenderaan awam atau ketika di tempat kerja.

Antara punca mengapa keradangan kulit ini boleh berlaku adalah disebabkan kurangnya laluan udara pada wajah, yang menyebabkan kelembapan berkumpul pada kulit muka. Selain itu, geseran antara topeng muka dan juga kulit wajah juga boleh menyebabkan keradangan.

5 jenis masalah kulit yang boleh berlaku dan cara merawatnya

Berikut adalah 5 jenis keadaan atau masalah kulit yang boleh berlaku, disebabkan oleh pemakaian topeng muka:

#1. Topeng muka sebabkan kulit yang kering, gatal

Pemakaian topeng muka secara berterusan boleh menyebabkan kulit menjadi gatal dan juga menggelupas. Jika topeng muka tersebut diperbuat daripada kapas atau sebarang bahan yang boleh menyerap kelembapan, kulit muka akan menjadi bertambah kering. Ini kerana kain topeng muka tersebut menyerap minyak semula jadi pada muka korang.

Bagaimana untuk merawatnya:

  • Gunakan pencuci wajah yang bersifat lembut
  • Selepas selesai mencuci wajah, lapkan muka korang dengan menggunakan kain yang lembut sehingga kering. Jangan sesekali menggosoknya.
  • Setelah itu, gunakan krim pelembap untuk melembapkan kembali wajah korang. Gunakan krim yang mempunyai kandungan ceramide, gylcerin dan hyaluronic acid kerana sebatian ini mampu mengekalkan kelembapan kulit

#2. Jerawat

Bagi mereka yang lebih cenderung untuk mendapat jerawat, pemakaian mask muka boleh menyebabkan jerawat bertambah dengan lebih banyak. Ini kerana, bakteria dan mikroorganisma lain boleh berkumpul dan membiak di sebalik mask muka yang dipakai itu. Apatah lagi dengan kewujudan kelembapan daripada nafas atau peluh, jerawat akan menjadi lebih mudah terbentuk.

Bagaimana untuk merawatnya:
  • Bagi merawat jerawat yang muncul, gunakan pencuci muka bukan komedogenik (non-comedogenic), iaitu jenis produk penjagaan kulit wajah yang berfungsi menghalang penyumbatan liang pori. Gunakannya sebanyak 2 kali sehari
  • Kurangkan penggunaan mask muka dengan cara mengurangkan pergerakan keluar rumah tanpa keperluan mendesak. 

#3. Rosacea berlaku disebabkan pemakaian topeng muka

Rosacea adalah satu keadaan di mana saluran darah pada wajah menjadi mengembang atau membesar, lalu menyebabkan pipi, dahi, hidung dan juga dagu menjadi kemerah-merahan. Antara punca yang menyebabkan rosacea berlaku adalah disebabkan haba atau kepanasan. Apabila korang memakai topeng muka, bahagian wajah yang terlindung boleh menyebabkan suhu kulit meningkat dan menyebabkan rosacea berlaku.

Bagaimana untuk merawatnya:

  • Terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang boleh didapati di farmasi bagi merawat rosacea. Tetapi ia memerlukan preskripsi daripada doktor terlebih dahulu sebelum membelinya. 
  • Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan kepastian berkenaan masalah kulit yang sedang dialami. 
  • Selain itu, korang boleh cuba menyejukkan kulit korang dengan merenjis sedikit air sejuk pada kulit kemerahan tersebut

#4. Dermatitis

Pemakaian mask muka yang berpanjangan juga boleh menyebabkan kerengsaan kulit yang disebut sebagai dermatitis. Ia biasanya menyebabkan kegatalan, kekeringan, kerengsaan malah kemerahan pada kulit. Kulit juga mungkin menjadi bersisik atau menggelupas bahkan boleh membengkak.

Bagaimana untuk merawatnya:

  • Bagi kes dermatitis yang sederhana dan tidak serius, korang boleh mengambil ubat antihistamin seperti Benadryl
  • Boleh juga menggunakan krim steroid topikal seperti krim dengan kandungan hydrocortisone sebanyak 1%
  • Gunakan juga jenis pencuci muka yang lembut dan tidak merengsakan kulit

#5. Rasa sakit pada kawasan tertentu di telinga dan juga hidung

Korang pasti boleh bayangkan jika memakai mask muka dalam tempoh yang lama. Korang akan berasa sedikit sakit atau tidak selesa pada bahagian telinga iaitu tempat di mana tali topeng tersebut disangkut selain pada hidung. Rasa sakit yang dialami tersebut disebabkan oleh geseran antara topeng dan juga kulit wajah korang.

Bagaimana untuk merawatnya:

  • Rehatkan wajah korang daripada memakai topeng muka buat seketika. 
  • Jika korang berada di kawasan yang agak selamat, tanggalkan sebentar mask muka untuk memberikan kelegaan pada telinga dan hidung korang. 

Kesimpulannya, bagi mengelakkan korang daripada mengalami keadaan-keadaan seperti berikut, cuba untuk kurangkan pergerakan keluar rumah. Keluar rumah hanya bagi urusan-urusan penting sahaja. Apabila korang kurang keluar rumah, maka korang juga tidak perlu memakai topeng tersebut.

Hal ini akan dapat mengelakkan wajah daripada masalah kulit seperti yang dinyatakan di atas. Mencegah itu ternyata lebih berkesan daripada mengubat.

Fakta Perubatan Disemak oleh  
Oleh 


P/S: Nak taknak kita kena juga patuhi SOP...agak tak sihat, jangan keluar rumah, tu jerrr lebih selamat..


4 comments:

  1. samalah. kaella kadang rasa nak bagi lubang sikit dekat mask supaya hidung dapat nafas sikit heheh. tapi keluar rumah tak pakai mask rasa risau ok cam benda wajib tertinggal hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Kaella, sekarang bila perlu keluar atau di tempat ramai, baru pakai...habis muka tumbuh ruam semua huhuhu

      Delete
  2. Alhamdulilah. saya ok xde masalah kulit muka lepas pakai mask, maybe sebab pakai sekejap je ms kat luar, dlm opis dah bukak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lee, sejak-sejak ni laaa naik ruamnya, ke masknya tak elok ke, entah laaa...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.