Header Ads


WORDLESS WEDNESDAY - POKOK HALAU NYAMUK


WORDLESS WEDNESDAY - POKOK HALAU NYAMUK | Rumah siapa ada pokok ni? Bagus! Musim-musim hujan sekejap, panas sekejap ni, eloklah korang yang suka berkebun tu beli dan tanam pokok halau nyamuk ni, atau lebih di kenali dengan nama Pokok Geranium.

Yaaa pokok ni bagus dan berkesan untuk menghalau nyamuk dari lepak membawang di celah-celah pokok kita tu haa.. Tumbuhan ini di katakan mengandungi geraniol dan sitronelol berbau harum yang sangat tidak disukai nyamuk. Korang beli dan tanam pokok ini dalam pasu kecil dan letak di kebun korang di balkoni ke atau dalam rumah di ruang tamu, bilik tidur atau dapur.

Selain dapat menghalau nyamuk, bunganya yang cantik juga menjadi hiasan. Tapi Sis punya ni baru lagi, so belum berbunga. Ada 3 pokok Sis beli.  Semua Sis letak di kebun mini Sis aje. Nanti laa kalau rajin alihkan dalam pasu-pasu kecil, letak semua sudut rumah.. kalau rajinnn.






P/S: Tak silap ada lagi jenis pokok halau nyamuk yang lain tau..korang google ler yaa.. 

22 comments:

  1. haah ada tengok org share beberapa pokok yang boleh halau nyamuk, sedut habuk hehehe

    ReplyDelete
  2. selalu kak ana nampak pokok ni tak ada beli lagi SL :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Kak, banyak orang bela yang ni haaa...

      Delete
  3. cantik daunnya. Sesuai sangatlah kalau ada pokok ni di rumah saya. Selalu kena gigit nyamuk. Orang lain tak kena pun..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik daun dan sedap baunya, cuma bau dia je nyamuk tak suka, sebab kuat sangat baunyaa... cubalah beli sepasu..

      Delete
  4. Boleh tanam banyak2
    letak keliling rumah untuk takutkan nyamuk

    ReplyDelete
  5. Ini bagus ni letak dalam bilik. Kadang-kadang senyap-senyap bergelap nyamuk gemor... ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, betul sangat...kuat tau baunya, kita manusia wangi, nyamuk je yang tak suka baunya...

      Delete
  6. ada juga niat nak beli tapi asyikla tak terbeli-beli... itulah nak kene beli dan tanam jugak ni, dana tak tau cemana lah bunga nya ye kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer Dana, beli sepasu, nanti besar, boleh anak-anak kan dalam pasu kecik..

      Delete
  7. tumpang tanya sis, kalau nak halau 'org' nak kena letak pokok apa ye dekat rumah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kalau nak halau orang, ko campak je bunga taik ayam kat muka dia hahahahaha

      Delete
  8. Rumah babah mamah ada ni.Tapi tak tahulah pulak ni pokok halau nyamuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa PC, nurseri tu kata, banyak opis yang beli pokok ni hahahaha...

      Delete
  9. Wah baru tau nie.. nak kena beli juga lah nanti. Tq sharing Lin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak Sue, nanti bolehlah pergi beli hehehe

      Delete
  10. sekali imbas bila tengok, ingatkn pokok ulam raja. hehe

    ReplyDelete
  11. Laa yeke baru tahu. Hehe. Kita selalu sembur aje dalam umah ni. Dala blok umah ni hot zon slalu kena fogging ada je kes denggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe lepas ni belilah satu pasu Ena, sepasu sini jual RM15..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.