Header Ads


LIRIK LAGU KUASA - JOW FLIZZOW ft THE TYPEWRITER


LIRIK LAGU KUASA - JOW FLIZZOW ft THE TYPEWRITER 
Written by Joe Flizzow and ALYPH
Music produced by ALYPH


Hanya dengan bayangan saja
Kita kurang gunakan akal
Cita-cita nak ke hujung dunia
Hanya nak mencari kuasa

Bintang tak boleh bersinar
Bersinar tanpa kegelapan
Kami hanya ingin bebas
Hanya nak mencari kuasa

Nak mencari kuasa
Nak mencari kuasa
Nak mencari kuasa

Bila gergasi terjaga suaranya kedengaran
Bila semut yang kecil kerjasama tiada berat
Bila tanya orang bijak apa perlu di angkat
Letak bawah dulang emas julang dulu martabat

Pulangkan dakwat dan pena
Tulis dan ukir sejarah benar
Jangan kau berhenti memahat
Lekas bangun dari lena
Dan berlari terus ke garisan tamat

Semua bermula dengan satu langkah
Berbekalkan hanya kudrat
Dan tawakal dengan izinnya
Ku percaya semuanya pastikan selamat

Hanya dengan bayangan saja
Kita kurang gunakan akal
Cita-cita nak ke hujung dunia
Hanya nak mencari kuasa

Bintang tak boleh bersinar
Bersinar tanpa kegelapan
Kami hanya ingin bebas
Hanya nak mencari kuasa

Kadang ku lalai dalam setiap pusingan
Putaran bumi di paksi merunsingkan
Anak kecil genggam krayon melakar lukisan
Penuh kesucian dan berakal fikiran

Dan dalam diam ku pasti cemburu
Kalau ku bebas kenapa masih memburuh
Kesenangan kekenyangan ratah bunga kewangan
Durian runtuh semasa musim luruh

Dan jika semua syarikat bersendirian
Apa benar matlamat tulus dimimpikan
Berpendidikan penuh pendirian
Harapan ibu bapa untuk anak diinginkan

Berikan aku sepuluh orang muda
Pastiku bisa mengoncangkan dunia
Rahsia terbungkar, no
Si zalim tercekik makan gelojoh

Kepala berlilit perangai tak senonoh
Di hina tertawa mereka seloroh
Di herdik hodoh
Tapi di detik dan masa anjakan paradigma

Termakbul doa dalam hikmah
Dan bila kebenaran mencuci semua fitnah
Lengkap lah mukadimah
Dan bila yang ditindas akhirnya bertakhta
Mereka kan merasa kuasa

Hanya dengan bayangan saja
Kita kurang gunakan akal
Cita-cita nak ke hujung dunia
Hanya nak mencari kuasa

Bintang tak boleh bersinar
Bersinar tanpa kegelapan
Kami hanya ingin bebas
Hanya nak mencari kuasa

Muzik video Youtube : https://youtu.be/YEJXvOsD6hI 


P/S: Korang fahamkan betul liriknya... realiti dunia sekarang... 

6 comments:

  1. tak pernah dengar lagi lagu ni..okay nak gi dengar kt youtube dulu..tq share sis lin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa kat youtube aje Ct dengornya...sambil update blog, sambil mendengar hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. Kan kan, hebat gabungan mereka berdua ni Fizah..

      Delete
  3. Hai, lagu menarik hasil karya anak muda, pernah dengar sekali dalam meletops...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..penyanyinya plak memang otai, so lagunya jadi mantap!

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.