KORANG DAH SIAP SEDIA BELI DAN SIMPAN FACE MASK?

Sis Lin
22
KORANG DAH SIAP SEDIA BELI DAN SIMPAN FACE MASK? | Haper, belum lagi? Ooo Sis dah hehehe. Yaa Sis dah mula beli sikit-sikit buat stock dari sana sini seller di Shopee, buat persediaan sebelum kerajaan meWAJIBkan pemakaian face mask di seluruh Malaysia bermula 1 Ogos 2020.

Ko berani ek, banyak duit ke nak bayar saman haaa? Tak baca ke? Kalau tak pakai face mask, kena tangkap, kena saman, ko bayar Rm1000k tu, haa nak ke? Tak kira kat mana sekalipun, operasi besar-besaran akan di lakukan. So kalau sayang duit RM1000k tu, baiklah beli face mask yang baru RM1.20 sekeping tu dari ko nak bayar saman semahal tu ya.

Nak murah lagi haa beli kat Shopee, paling rendah seller jual Rm10.90 jer untuk 50 keping, tak ke murah tu? Nak dengan taknak je kan ko nak patuhi SOP tu. Yang degil memang akan buat BODOH jer, dan lagi satu, ada sepesis orang, taknak beli, kejenya asyik nak minta orang bagi je, senang cakap nak FREE jerr... manyak cantikkk...

Takut nak beli online? Tu kena jadi pengguna yang bijak. Bijak membeli bijak laa memilih. Belilah dari seller yang rating rate dia tinggi, yang ramai review kata bagus, di jamin bagus, original dan pos pun tak sangkut. Jangan main beli jeee bila nengok murah. Dah murah tu janganlah beli murah sangat oii...bijakk sikit kepala otak tu yaa.. jangan nak jimat, tapi bila dapat bendanya, indah kabar dari rupa. So berhati-hati juga.


Sis beli mana? Ermm tak baca le tuu...sebelum ni kan Sis ada kongsikan, Sis beli mana face mask tu, tapi takpe bagi yang baru baca dan tak baca lagi, korang boleh baca perkongsian Sis beli Face Mask Murah Shopee ni yaa.. Dah ramai dah kengkawan Sis sama beli dengan seller ni, tengok pun dah makin susut stock seller tu hehehe..

Ye lerr, pestime nampak face mask ada bau-bauan buah-buahan gini, tu yang memborong tu. Ikutkan ada lagi 2 kotak face mask Sis beli, tapi satu dah Yana amik masuk kereta, bau apple, satu lagi anak bujang plak amik, beli yang putih tu. Dan yang ada tu haa (gambar atas), untuk simpanan di rumah.

Kalau yang dalam bekas plastik tu, tu face mask Suami bawa balik dari opis dia. Opis dia company support face mask untuk pekerja, so Suami bawa le balik untuk kegunaan dia juga, dan sesekali Sis pakai gak...

Tapi.....


Haaa tengok... pakai face mask yang Suami bawa balik tu, muka Sis naik jerawat di bahagian dagu, ermmmm entah kenapa ntah.. Kalau pakai face mask lelain takde plak sebelum ni naik jerawatnya, apakah tidak bagus face mask tu? atau kebetulan memang nak naik jerawat muka Sis tu...entah laaa..

Tup-tup elok nau di dagu lee dia naik kann, sebab tu le kata dan salahkan face mask hahahaha.. cuba naik kat pipi ke atau di dahi? Haaa tu salahkan produk plak ek.. kakakakakah macam-macam ek..

Apa-apa pun, korang tolonglah!! Tolong laaaa...patuhi SOP, dan bagi mereka yang baru pulang dari luar negara tu, silalah laporkan diri dan tolonglah kuarantin mengikut prosedur yang di tetapkan.. kalau sebelum ni kerajaan bagi kelonggaran kuarantin di rumah, tapi korang boleh merayap minum kopi di kedai mamak, dan carta kes baharu menjadi semakin naik sehari ke sehari....now sekarang, akibatnya dah kena kuarantin di tempat yang asal seperti mula dulu...

Dah orang bagi kelonggaran, ko degil! Degil tak menyusahkan orang takpe, ni menyusahkan semua orang tau tak???..takde otak ke haaa... ingat main-main ek Covid19 ni, tak tengok berita, tak tengok betapa ramai orang hilang pekerjaan, ekonomi Malaysia pun merosot... entah apa yang ada dalam kepala otak ko pun tak tau..! Lembu pun tak degil macam korang laaa... huhuhu..

Eh eh dah ler, buat stress je fikir dan bebel orang macam ni.. cakap depan pun tak guna! Lagi kan menulis ni, lagi tak heran kan..ermmm

So siapa-siapa nak beli face mask, haa bacalah atas tu yaa.. belilah selagi tengah murah ni, nanti kompom harga jualan naik punya.
#SisSharing


P/S: Menunggu Suami balik mancing ni, entah ada ikan ke tak ni.. jeng jeng jeng..

Post a Comment

22Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Hari ni kes +ve kat JDT meningkat
    risau juga.

    ReplyDelete
  2. Sis selalu berangan kot, tu yg tumbuh jerawat... hihi.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Bukan kena komen lebih kurang 10 perkataan ke atau dah bole sikit?

      Delete
  4. Ya sudah start beli untuk dipakai pada bulan August ni. Kenalar bersedia kan.

    ReplyDelete
  5. Saya dah start stock up 3 ply face mask sejak PKP bulan March kak. sebab yang kain tu tak sesuai. Walau ada filter kecik tu. Hidung gatal. Muka merah-merah. Pastu pakai yang 3 ply pun tumbuh jerawat kecil. Pemakaian dia sekali pakai dan dan jangan lama-lama. Kalau kuat berpeluh, memang kena tukar kerap kak. Naik merah ruam-ruam. Nasib baik sekarang SOP tak perlu pakai ketika memandu. Lemas sungguh. Haha

    ReplyDelete
  6. lepas ni kena prepare dua tiga mask dalam bag. simpan elok2 supaya kekal bersih. bukan apa, kadang2 skin kita breakout sbb duk ulang pakai mask yang tak bersih dah.

    ReplyDelete
  7. Dah beli kat shopee tapi tak confident nak pakai. Takut gatal.

    ReplyDelete
  8. Face mask memang satu jeperluan sekarang. Kak pun dah jadi habit setiap kali keluar mesti nak pakai face mask. Klu tak rasa lain lak.

    ReplyDelete
  9. Insya’Allah Saya sudah siap sedih dgn face mask. I also have reusable one. Huhuhu......Tapi sejak pandemic nie Saya pun jarang sgt kuar rumah. Hanya kuar Bila ada urusan sahaja. I miss the old normal.......

    ReplyDelete
  10. aik pakai mask naik jerawat? tak ernah lak jadi mcm tu. tapi memang tak selesa pakai mask ni. tapi nak buat mcm mana kan? kena elak dari terkena penyakit

    ReplyDelete
  11. Biasa lah kita manusia bila kerajaan dah kuat kuasa baru nak pakai kalau tidak memang buat tak peduli jer hehehe.. Kita pun tengah cari stock sekotak ni senang nak keluar hehehehe..

    ReplyDelete
  12. So far pakai jenis kain je. Rasa2 nanti boleh pakai tak. Ke kena beli mcm sis pakai tu. Risau jugak naik jerawat sbb ramai complain kena kan.

    ReplyDelete
  13. InsyaAllah dah standby stock face mask dan hand sanitizer siap-siap... Dah siap-siaga dah... Laa ni pun masih takut-takut juga nak ke sana ke sini sebenarnya... Dok pergi keje balik keje je... Bila perlu je baru keluar...

    ReplyDelete
  14. Ramai juga yg komplen psl maak ni.. mmg memberi kesan naik jerawat.. tp pakai mask mmg pentingkan

    ReplyDelete
  15. Dh beli stok mask utk kami sekeluarga.. Memg grab bila murh dekat shopee.. Takut kang dia naik harga yahudi lagi.. Gila.. 1 ogos memg wajib pakai mask. Sediakan juga jneis fabrik tu.. Setakat ni pakai dua2 ni ok lagi

    ReplyDelete
  16. Terima kasih ingatkan beli facemask sis lin. Saya dah beli dah... yang biasa dah beli, yang have-have punya pun dah beli.. hehe

    ReplyDelete
  17. Banyak sales di shopee sekarang pasal mask ni. Nak beli murah2 ni takut jadi mcm sis lak 😅. Anyway borong la stok utk simpanan. Kita tk tahu pkp ni sampai bila

    ReplyDelete
  18. Dah beli dh siap utk anak2 sekali beli. Tu pun rasa mcm tak cukup.. Tapi biasa la suami mesti ckp cukup walhal tgk la nnt mesti x ckup.. Haha

    ReplyDelete
  19. nak kena start beli mask balik ni sbb stok dh habis dkt rumah huu

    ReplyDelete
  20. Dah! sebelum August dah stock up face mask yang secukup nya untuk family

    ReplyDelete
  21. aku tak berapa suka face mask buah2an tu...dia tak kemas tutup kat hidung..kalo pakai spek, ok..sebab boleh kepit dengan spek..ady pun cakap tak best..huhu..takpe lah, kembali kepada medicos..tu buat emergency aje..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!